Jorginho Pamer Aksi Midfield Berkelas Dunia Ketika Beraksi Bertemu Belgium

Jorginho mempamerkan aksi midfield berkelas dunia ketika beraksi bertemu Belgium awal pagi tadi, dengan beliau cemerlang mendominasi bahagian tengah padang.

Aksi hebatnya berjaya membantu Itali menewaskan Belgium 2-1 seterusnya melayakan diri ke peringkat separuh akhir saingan Euro 2020.

Nico Barella dan Lorenzo Insigne merupakan penjaring yang berjaya menjaringkan gol untuk Itali pada aksi babak pertama permainan yang dilangsungkan di Munich itu.

Romelu Lukaku kemudiannya berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol selepas menyempurnakan sepakan penalti di penghujung aksi babak pertama permainan.

Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat akai 45 minit pertama, dengan kedua-dua pasukan mempamerkan rentak permainan yang sangat menghiburkan sepanjang aksi babak pertama permainan.

Masuk babak kedua permainan, kedua-dua pasukan masih mengekalkan momentum yang sama, namun tiada jaringan yang berjaya dihasilkan.

Keputusan tersebut kekal sehingga wisel penamat dibunyikan dengan Itali cemerlang menewaskan Belgium 2-1 untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Terdapat ramai pemain dari skuad kendalian Roberto Mancini yang betul-betul berada di tahap persembahan terbaik mereka dalam perlawanan ini.

Ia termasuklah kecemerlangan dan kesempurnaan gandingan pertahanan veteran Leonardo Bonucci dan Giorgio Chiellini yang boleh dianggap sukar untuk ditembusi.

Namun tidak boleh diabaikan pemain seperti Jorginho yang dianggap merupakan nadi terpenting dalam membantu Azzuri untuk mencatatkan kemenangan dalam perlawanan ini.

Pemain midfield Chelsea itu berdepan dengan pelbagai kritikan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, namun beliau telah mempamerkan aksi permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan di Munich awal pagi tadi.

Apa yang lebih mengagumkan lagi, pemain berusia 29 tahun itu hanya tersilap membuat satu hantaran sahaja sepanjang 90 minit permainan dalam perlawanan ini.

Beliau secara keseluruhannya telah mencuba untuk membuat 71 hantaran, dan 70 darinya merupakan hantaran yang berjaya dan hanya satu sahaja gagal.

Beliau berjaya melakukan 99% ketepatan hantaran, ketika beraksi bertemu pasukan yang berada di kedudukan pertama dalam senarai ranking FIFA.

Sesuatu yang sangat menarik dan luar biasa menakjubkan dengan Jorginho jelas mendominasi sepenuhnya bahagian midfield padang.

Pada aksi babak pertama sahaja, beliau berjaya membuat 31 hantaran, dan kesemuanya berjaya menemui rakan sepasukannya tanpa ada yang terkandas.

Nilai tersebut digandakan pada aksi babak kedua permainan dan satu-satunya hantaran beliau yang terkandas berlaku pada aksi babak kedua permainan.

Beliau bermain di posisi midfield disamping Marco Verratti, dengan bekas bintang Napoli itu turut berjaya memenangi semula penguasaan bola sebanyak 9 kali untuk pasukannya.

Mungkin ramai yang tidak menghargai atau mengkritik aksinya, namun beliau jelas menjadi watak terpenting dalam membantu kemenangan Itali dalam perlawanan ini.

Peminat di media sosial tidak henti-henti memberikan pujian yang menggunung kepada Jorginho atas kecemerlangan yang beliau pamerkan dalam perlawanan ini.

“Saya rasa dia sungguh luar biasa, pengaruh dia begitu besar, tak siapa sangka dia akan berikan impak sebesar ini ke dalam skuad Itali.”

“Tengok aksi dia ketika bersama Chelsea nampak biasa saja, tapi ketika bersama skuad Itali dia seolah pemain lain, saya berani kata dia boleh masuk dalam senarai calon pemenang Ballon D’or.”

“Kalau tidak ada Jorginho dalam perlawanan ini, Itali mungkin tidak akan berjaya menewaskan Belgium. Dia memainkan peranan yang sangat penting.”

“Aksi persembahan berkelas dunia, kualiti pemain berkelas dunia, luar biasa, luar biasa, luar biasa, sungguh mengagumkan.”

Begitulah antara komen-komen dari para peminat yang begitu teruja dan bangga dengan aksi persembahan yang ditunjukkan oleh Jorginho dalam perlawanan ini.

Bukan hanya peminat, rakan sepasukan Jorginho, Insigne sendiri sempat menyatakan yang bintang Chelsea itu selayaknya untuk dicalonkan sebagai pemenang anugerah Ballon D’or.

Jorginho kini hanya perlu beraksi dua perlawanan sahaja lagi sebelum menambah satu lagi koleksi pingat di pentas terbesar saingan bola sepak Eropah untuknya tahun ini.

Beliau sebelum ini telah berjaya memenangi gelaran Champions League bersama Chelsea, dan tentunya beliau mahu lakukan hal yang sama bersama skuad kebangsaannya untuk memenangi gelaran European Championship.

Itali selepas ini akan beraksi bertemu Sepanyol di pusingan separuh akhir di Wembley minggu hadapan, dengan Jorginho akan berdepan dengan ketua pasukannya di peringkat kelab, Cesar Azpilicueta.

Perlawanan tersebut tentunya sangat menarik untuk disaksikan namun kelebihan jelas berpihak kepada Itali dengan skuad kendalian Roberto Mancini itu merupakan pilihan utama untuk memenangi kejohanan ini.

Sepanyol mungkin bagus di posisi serangan, namun midfield dan pertahanan mereka masih belum berada di tahap persembahan terbaik mereka.

Selepas memulakan kempen Euro 2020 ini dengan begitu cemerlang dan menakjubkan, Itali tentunya akan melakukan apa saja untuk mengakhirinya dengan kejayaan.

Skuad kendalian Roberto Mancini itu ketika ini sedang mengukuhkan lagi rekod kemenangan mereka dengan mencatatkan 32 perlawanan tanpa mencatatkan sebarang kekalahan.

Tugas berat menanti Sepanyol selepas ini dengan mereka perlu menggandakan usaha untuk mengekang pasukan yang sedang dalam prestasi terbaik mereka seperti Itali.

Sumber: Squawka

: SB

BACA:  Pernah Hampir Putus Asa Daripada Bola Sepak, Jorginho Muncul Pemenang Pemain Terbaik Eropah