Juara Kumpulan D: England Terapkan ‘Attack wins you games, defense wins you titles’?

England menamatkan kempen Piala Eropah peringkat kumpulan dengan meraih 7 mata dan menjadi johan kumpulan D.

Banyak komen yang agak skeptikal tentang kemampuan skuad yang dibimbing oleh Gareth Southgate.

Namun Southgate membuktikan pasukannya setaraf dengan Itali, Belgium dan Belanda.

England awal-awal sudah ‘tunjuk bunga’

Attack wins you games, defense wins you tittles falsafah pengurus tersohor Liga Perdana Inggeris (EPL), memberi isyarat England boleh muncul sebagai juara pada edisi kali ini.

Pada 2 aksi pemanas badan sebelum turun dalam kejohanan tersebut, England menewaskan Austria (1-0) dan Romania (1-0). Itulah bunga dan isyarat England tidak akan mejaringkan banyak gol di Piala Eropah 2020.

Ternyata ia benar apabila England menang dengan angka begitu pada 2 perlawanan peringkat kumpulan. Menewaskan Croatia (1-0), seri Scotland (0-0) dan menang Republik Czech (1-0).

Perlawanan yang mempunyai kurang gol pada kebiasaan membosankan tetapi jika pertahanan mereka ampuh, jangan diduga air yang tenang tiada buaya.

Dengan hanya  2 gol sudah cukup untuk England menjadi juara kumpulan dan falsafah Attack wins you games, defense wins you tittles menjadi benar.

Harry Kane tidak akan menjadi superstar EURO 2020

Jika corak keputusan tersebut terus berlaku, penjaring terbanyak EPL 2020/21 dan penjaring terbanyak Piala Dunia 2018 ini tidak akan menjadi superstar pada edisi kali ini.

Untuk rekod, percubaan tepat pertama Kane hanya muncul selepas England bermain 207 minit iaitu pada suku pertama perlawanan ke-3.

Pencubaan terhad tersebut bakal melihat penyerang ini perlu menunggu lebih lama dalam pencarian gol pertamanya.

Namun isu tersebut tidak menjadi masalah besar selagi Jordan Pickford dan kekawannya di barisan pertahanan terus mantap menjaga gawang gol dari dibolosi.

Baca juga

Juara Kumpulan C: Belanda Meningkat Pada Masa Yang Tepat

Sumbangan Sterling

Raheem Sterling membuktikan dia sememangnya patut berada di dalam kesebelasan utama England.

Penyerang sayap ini meyumbang secara terus kejayaan England menjuarai kumpulan D.

Gol England di peringkat kumpulan adalah 100% (2/2) dari sumbangannya. Sterling hampir mengumpul 3 gol namun lob awal ketika menentang Republik Czech hanya mencium tiang gol.

Sterling tidak memberi banyak sumbangan dalam game play England seperti Mason Mount namun penyudah darinya amat diperlukan oleh pasukan yang kurang menjaringkan gol.

Bagaimana rupa England tanpa 2 jaringan dari Sterling itu?

It’s not coming home

Back 4 lebih baik dari back 3

Sejak 3 tahun lepas Southgate menggunakan 2 formasi iaitu 4231 dan 343. Pada kempen kelayakan Piala Eropah Southgate menjadikan 4231 formasi asas pasukannya dan di UEFA Nation League 2019/20 Southgate bereksperimen dengan formasi 343.

Pengurus ini kembali menggunakan 4231 pada tahun ini sama ada di kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Eropah 2020.

Statistik menunjukkan England lebih berjaya dengan 4231 apabila hanya kalah 11% (2/18) berbanding 20% (2/10) ketika menggunakan 343.

England tidak dibolosi sejak 5 perlawanan lepas walaupun Southgate melakukan penggiliran kuat di barisan pertahanannya.

Pada 3 perlawanan peringkat kumpulan hanya John Stones yang kekal bermain dalam kesemua perlawanan.

Ujian sebenar England

England menjadi juara kumpulan D, situasi itu mengundang bahaya apabila bakal dijadualkan bertemu dengan naib juara kumpulan maut, F.

Sama ada Jerman, Portugal atau Perancis bakal menjadi potensi lawan mereka. Ketiga-tiga pasukan memiliki unit serangan kuat.

Portugal dengan Ronaldo, Jerman dengan peningkat hebat di bahagian wingback membantu serangan dan Perancis dengan Kylian Mbappe.

Ini semua akan menjadi ujian sebenar buat England yang tidak bolos sejak 5 perlawanan sebelum.

BACA:  English FA : Nasib England Di Tangan Penyokong