Juara Kumpulan C: Belanda Meningkat Pada Masa Yang Tepat

Belanda tampil dalam kejohanan Piala Eropah dengan membawa beberapa isu. Salah satu darinya kecederaan pertahanan terbaik yang pernah dimiliki dunia iaitu Virjil Van Dijk. Jika Van Dijk ada mungkin kejuaraan kali ini sah milik Belanda.

Belanda terpaksa mengulangi apa yang dilakukan pada era Rafael Van Der Vaart dan Wesley Scneider. Zaman mereka kuat dibarisan serangan tetapi sedikit lembik di barisan pertahanan.

Frank De Boer terpaksa menggunakan 3 center back bagi mengukuhkan benteng pertahanannya. Di kelayakan Piala Dunia 2022 Belanda dibolosi 4 kali oleh Turki, pasukan lauk dalam kumpulan A.

Belanda juga diikat  Scotland 2-2 beberapa hari sebelum Piala Eropah bermula namun sejak itu Belanda mengalami peningkatan dan menjadi semakin baik pada masa yang tepat.

Anak-anak buah De Boer menjadi semakin bagus pada setiap perlawanan yang dilalui di peringkat kumpulan.

Pertahanan lemah, Denzel Dumfries tutup kelemahan dengan aksi cemerlang

Selain ketiadaan Van Dijk, De Boer tidak dapat membariskan trio center back terbaik yang dimilikinya. Matthijs De Ligt kerana masih belum cergas sepenuhnya. Belanda hampir dikejutkan dengan come back luar biasa yang ditampilkan oleh Ukraine.

Namun Dumfries menidakkan kisah dogeng yang mahu dicipta oleh negara kecil bola sepak eropah itu. Selain Dumfries, seorang lagi pemain yang agak jarang dipanggil Wout Weghorst menjadi antara pemain terbaik dalam perlawanan tersebut.

Sebelum kejohanan, Weghorst bukanlah pemain utama Belanda, gandingan utama Memphis Depay ialah Luke De Jong.

Belanda meningkat pada aksi ke-2

Kembalinya De Ligt dalam kesebelasan utama meningkatkan kualiti Belanda. Belanda mula merekod clean sheet dan muncul sebagai pemain ke-3 terbaik dalam perlawanan tersebut dibelakang Frenkie De Jong dan Dumfries.

Dumfries sekali lagi menjadi wira Belanda, membawa prestasinya pada perlawanan sebelumnya. Selain itu Depay mula bertindak seperti striker apabila berjaya membuka akaun jaringan.

Bahagian tengah Belanda, kombinasi Frenkie De Jong dan Georginio Wijnaldum semakin ampuh. Belanda menjadi pasukan lebih baik berbanding pada perlawanan pembukaannya.

Tidak lupa, ketika menentang Austria Belanda menjumpai satu lagi perkara positif itu Donyell Malen. Pemain ini merupakan pemain simpanan, masuk dan mencetuskan jaringan ke-2 Belanda.

Baca juga

Juara Kumpulan A: Itali Bersama Rekod Kebalnya Dan Sudah Mahir Menyerang

Terus meningkat

Ekoran prestasi baik yang ditunjukkan oleh Malen, De Boer memberi reward kepadanya untuk bermula -bergandingan dengan Depay di unit serangan. Ternyata Donyell bukanlah scammer.

Donyell mencetuskan jaringan pembukaan Belanda lawan Macedonia Utara. Jika Weghorst boleh menawarkan kekuatan fizikal, Donyell pula boleh memberi kelajuan di barisan hadapan.

Perlawanan ke-3 juga menyaksikan Wijnaldum sudah berada di tahap tertingginya seperti prestasinya di Liverpool. Pemain yang tersohor dengan peranan no.8 ini menampilkan kreativiti di tahap maksima.

Pertahanan Macedonia selalu diayam-ayamkan oleh Wijnaldum dan pemain ini seharusnya boleh menjaringkan lebih dari 2 gol. Mungkin Wijnaldum mempunyai sifat tidak suka membuka aib orang, maka dia rasa cukup dengan 2 gol peribadinya.

Cabaran sebenar

Cabaran besar Belanda mungkin berlaku di pusingan ke-2. Ia berikutan faktor kumpulan F yang mengandungi 3 pasukan gergasi, pasukan tempat ke-3 berpotensi menjadi lawan Belanda.

England bakal turun menentang Rapublik Czech dalam penentuan siapa juara boleh menamatkan peringkat kumpulan di tangga jika tewas. England menjadi prospek lawan Belanda.

Sementara itu Sepanyol juga berkeupayaan menamatkan tempat ke-3 kumpulan E, satu lagi calon lawan Belanda di pusingan 16 pasukan.

BACA:  Kisah Hakim Ziyech, Yang Digelar Bodoh Oleh Van Basten Kerana Memilih Morocco