Juara Saingan Premier League Musim Ini Mungkin Akan Ditentukan Menerusi Aksi Play Off

Liverpool dan Manchester City berpotensi untuk beraksi dalam satu perlawanan play off untuk menentukan siapa yang bakal menjuarai saingan Premier League musim ini.

Ia bakal menjadi penentu paling dramatik dalam sejarah yang mana kedua-dua pasukan akan terikat di penghujung musim nanti dan akan beraksi dalam perlawanan play off.

Walau bagaimanapun, untuk melihat hal itu berlaku, sudah tentu perlu ada keputusan luar biasa yang berlaku pada hari terakhir saingan Premier League musim ini.

Dan sepertinya hal itu agak mustahil untuk berlaku, namun dek kerana bola itu bulat, segalanya juga berpotensi untuk berlaku.

Persaingan dalam perebutan gelaran liga musim ini akan ditentukan pada hari terakhir musim ini selepas Liverpool berjaya kembali merapatkan jurang mata mengejar Man City yang sedang berada di puncak carta liga.

​Pemenang pada musim ini berpotensi untuk ditentukan menerusi penentuan play off dan hal itu sepertinya agak menakjubkan andai ia benar-benar berlaku.

Seandainya Manchester City tewas 6-0 di tangan Aston Villa, sementara Liverpool pula terikat 5-5 bertemu Wolverhampton Wanderers, maka Juara saingan Premier League musim ini hanya akan ditentukan menerusi aksi play off.

Andai keputusan itu tepat, ia akan meletakkan Liverpool dan City terikat dari segi pungutan mata, perbezaan gol, gol yang dijaringkan dan bolos.

Tambahan pula, mengikut kiraan head-to-head, kedua-dua pasukan sekadar mencatatkan keputusan seri 2-2 baik aksi di Anfield mahupun di Etihad.

Walaupun ia tak pernah berlaku sebelum ini, namun peraturan itu sebenarnya ada dalam buku undang-undang saingan Premier League.

Buku tersebut menyatakan bahawa:

“Andai dua kelab tak boleh diasingkan mengikut peraturan C.17.1 dan C.17.2, perlawanan play off di gelanggang berkecuali, format perlawanan, masa dan venue akan ditentukan oleh ahli lembaga Premier League.”

Andai hal itu benar-benar berlaku, ia jelas sekali bakal memberi masalah besar kepada skuad kendalian Jurgen Klopp itu, memandangkan mereka akan turun beralsi di pentas perlawanan akhir saingan Champions League bertemu Real Madrid pada 28 Mei nanti.

Aksi antarabangsa kemudiannya akan mula berlangsung pada 1 Jun dengan saingan UEFA Nations League juga akan turut dimulakan.

Walau bagaimanapun, adakah masuk akal untuk berlaku hal tersebut? Jelas sekali tak. Saja nak tulis bosan kan tak ada berita.

Liverpool sementara itu pada ketika ini sedang dalam usaha mereka untuk memenangi gelaran quadruple, apa lagi selepas kejayaan mereka menewaskan Southampton awal pagi tadi.

Comeback bertemu Southampton bantu Liverpool hidupkan peluang memenangi gelaran quadruple

Liverpool berjaya memastikan harapan mereka untuk memenangi gelaran quadruple akan terus hidup hingga ke hari terakhir saingan Premier League musim ini.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu berjaya melakukan comeback untuk menewaskan Southampton 2-1 di St Mary Stadium awal pagi tadi.

The Saints terlebih dahulu membuka tirai jaringan mereka dalam perlawanan ini menerusi Nathan Redmond pada minit ke-13 permainan.

Jurgen Klopp membuat sembilan pertukaran dalam skuadnya hari ini berbanding skuad ketika aksi perlawanan akhir saingan FA Cup bertemu Chelsea kemarin.

Salah seorang muka baru yang diberi kepercayaan untuk beraksi, Takumi Minamino berjaya meledak gol penyamaan pada minit ke-27 permainan.

Takumi Minamino berjaya menjaringkan gol bertemu kelab yang meminjam beliau pada musim lalu dengan satu jaringan yang menakjubkan.

Skuad The Reds turun dengan misi wajib menang untuk memastikan mereka terus memberi cabaran kepada Man City dalam perebutan gelaran liga musim ini.

Pendahulu saingan Premier League pada ketika ini, Manchester City memiliki kelebihan empat mata dan turut mempunyai rekod jaringan yang jauh lebih baik.

Maka, seandainya Liverpool tewas mereka akan sah dinobatkan sebagai Juara dan andai The Reds seri Man City sepertinya sudah hampir pasti bakal bergelar Juara.

Liverpool kehilangan Joe Gomez kerana dibelenggu masalah kecederaan pada aksi babak kedua dan dengan ketiadaan Trent Alexander Arnold dalam skuad, tempat beliau telah digantikan oleh ketua pasukan, Jordan Henderson.

Southampton terus menerus mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka pada aksi babak kedua permainan.

The Saints walau bagaimanapun terpaksa akur dihukum oleh Liverpool menerusi Joel Matip yang menanduk masuk bola yang cuba dikeluarkan oleh Mohammed Elyounoussi.

Ia merupakan gol kemenangan untuk Liverpool comeback menewaskan Southampton 2-1 selepas mereka awalnya ketinggalan 1-0.

Kemenangan itu bermaksud Liverpool berjaya untuk setidak-tidaknya menangguhkan kejuaraan Man City dan berpotensi untuk menjuarai saingan musim ini pada hari terakhir liga.

Liverpool hanya perlu memastikan mereka akan mampu menewaskan Wolverhampton Wanderers di Anfield pada hujung minggu ini, dan turut berharap agar Aston Villa akan mampu menewaskan Man City di Etihad.

Liverpool kini sudah berjaya mengesahkan kejuaraan Carabao Cup dan FA Cup pada musim ini, dan mereka bakal turun beraksi dalam aksi perlawanan akhir saingan Champions League bertemu Real Madrid hujung bulan nanti.

Klopp baru-baru ini turut tampil menghentam jadual padat skuadnya pada ketika ini.

“Kami bermain 120 minit pada hari Sabtu, kemudiannya kami perlu bermain pada hari Selasa. Come on.”

Jelas Klopp yang bengang dengan jadual padat yang perlu dilalui oleh anak-anak buahnya.

“Kita tak boleh bermain pada hari Rabu kerana perlawanan akhir Europa League bukan?”

“Ahhh, UEFA, sahabatku! Kami patut bermain hari Khamis?! Saya perlu duduk di sini dan katakan ini.”

“Tak ada sesiapa fikirkan tentang itu kecuali saya.”

Seandainya Liverpool berjaya menjulang gelaran Premier League pada hujung minggu ini, dan turut berjaya membawa pulang gelaran Champions League pada hujung bulan nanti, maka tidak syak lagi mereka layak dianggap skuad terhebat dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Untuk mara ke perlawanan akhir semua pertandingan yang disertai oleh mereka saja sebenarnya sudah boleh dianggap sebagai pencapaian yang sungguh menakjubkan, apa lagi andai mereka berjaya memenangi kesemua Piala tersebut.

Para penyokong jelas sekali akan sangat berharap magis akan berlaku pada hujung minggu ini agar mereka akan mampu meraikan kejayaan skuad menjulang gelaran Premier League kedua di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Guardiola Percaya Phil Foden Sudah Bersedia Untuk Dipanggil England