Jurgen Klopp Bedal Gary Neville Kerana Petik Lagu Keramat YNWA

Pengurus Liverpool telah membedal kembali keceluparan mulut tak berinsuran Gary Neville yang memetik lagu keramat Liverpool ‘You’ll Never Walk Alone’ (YNWA) semasa mengutuk European Super League.

Gary Neville merupakan bekas pemain yang terpaling lantang dan terpaling pertama menghentam idea pembentukan European Super League yang diumumkan secara rasmi kewujudan mereka.

Platform Sky Sport yang sepatutnya menjadi tempat perbincangan dan ulasan mengenai perlawanan Manchester United menentang Burnley bertukar menjadi medan Neville meluahkan perasaan.

Manchester United, Liverpool dan Arsenal menjadi mangsa kecaman Gary Neville yang meanggap pasukan ini tidak sedar diri dan tamak nak mati.

“Aku rasa jijik dengan Manchester United dan Liverpool. Liverpool mengatakan bahawa mereka adalah kelab rakyat, ‘You’ll Never Walk Alone’, kelab peminat.”

“Manchester United, 100 tahun, lahir dari golongan pekerja dan mereka masuk ke liga tanpa bersaing dan kekal di sana tanpa tersingkir.”

“Ini adalah satu penghinaan yang mutlak dan kita harus merebut kembali kuasa di negara ini dari kelab-kelab yang berada di puncak liga ini. Itu termasuk kelab aku.”

Gary Neville sangat agresif dan terlebih gula apabila mahukan kelab terbabit dihumban ke kedudukan terbahawa, mata dipotong dan wang dirampas.

Baginya ini adalah satu jenayah dalam dunia bola sepak.

Bedal Neville Petik lagu YNWA

Jurgen Klopp yang menentang dan menolak idea ini sejak tahun 2019 telah memberi maklum balas mengenai isu ini selepas perlawanan menentang Leeds United yang berakhir dengan keputusan seri.

Komen Gary Neville mengenai lagu keramat ‘You’ll Never Walk Alone’ (YNWA) oleh Gary Neville dianggap melampau oleh Jurgen Klopp dan tidak adil.

“Gary Neville bercakap tentang lagu ‘You’ll Never Walk Alone’, sejujurnya perkara ini harus ditegah. Kami berhak menyanyikan lagu itu, itu lagu kami, bukan lagu kebangsaannya dan dia tidak memahaminya pula.”

“Aku tidak mahu perkara seperti ini kerana tidak adil. Aku memahami semua perbincangan ini kerana aku juga tidak menyukainya tetapi jangan bercakap mengenai kelab lain seperti itu.”

Jurgen Klopp mempersoalkan tindakan Gary Neville mempertikaikan lagu yang sudah menjadi tradisi kelab dan bantahan dilakukan kepada Super League bagi mengekalkan tradisi seperti ini.

“Anda boleh menjadi emosional, tetapi aku berharap Gary Neville berada di tempat yang tidak ada wang dan bukan di mana-mana tempat yang mempunyai banyak wangnya, dia berada di Manchester United tempat paling banyak wang di sana, di Sky juga banyak wangnya, semua perkara ini, jadi jangan dilupa kita tidak ada kena mengena dengannya.

“Kita berada dalam situasi yang sama dengan anda semua dan kami harus bermain bola sepak. Itu benar-benar tidak bagus, aku harus katakan.”

“Sekiranya orang ingin mengkritik aku tentang perkara di padang, aku okay je, tetapi bukan perkara lain. Ini bukan mengenai aku, ini mengenai pemain, aku lelaki dewasa. aku rasa semua orang tidak boleh lupa. Kau boleh bertindak balas secara emosional tetapi anda juga harus mula memikirkannya.”

Mengkritik tradisi kelab, pemain dan penyokong yang rata-rata menentanang dan tidak ada kaitan dengan Super League bagi Jurgen Klopp adala suatu tindakan mengikut emosi dan tidak rasional.

Pendirian Jurgen Klopp dan Gary Neville sama seperti penyokong dan pendirian kelab atas berdasarkan keputusan pemilik yang tidak mampu dicampuri oleh orang lain.

Maka disini yang sepatutnya menjadi bahan kecaman adalah pemilik kelab bukannya tradisi, lagu, pemain, pengurus atau peminat.

T-Shirt Protes Leeds United

Jurgen Klopp juga tidak bersetuju dengan tindakan Leeds United meletakkan t-shit tertera perkataan’FOOTBALL IS FOR FANS. EARN IT’ dan logo Champions League di bilik persalinan.

Tindakan Leeds meletakkan t-shirt tanda protes ini telah memberi pemain dan pengurus Liverpool berada dalam keadaan tersepit, jika dipakai sudah pasti lebih memburukkan keadaan.

“Aku tak fikir perkara ini betul, mereka letakkan baju itu dalam bilik persalinan kami, semua orang tahu apakah maksud disebalik semua ini, sebagai pasukan kami tak perlukannya. Orang telah mengheret kami ke dalam situasi ini.”

“Aku tidak suka segelintir orang yang bercakap mengenai Liverpool. Pasukan ini merupakan sebuah pasukan bola sepak yang hebat dengan jutaan penyokong. Mereka juga tidak suka apa terjadi ketika ini, kita tidak boleh salahkan pasukan untuk itu.”

“Aku menerima kritikan untuk semua perkara dan berasa bertanggungjawab dan pemain juga rasa begitu. Sejujurnya tiada apa yang kami mampu lakukan.”

Tiada apa yang mampu dilakukan oleh pemain dan pengurus ketika ini yang terikat dengan kontrak bersama kelab walaupun menentang idea Super League dan semua ini keputusan pemilik kelab.

“Orang menulis mengenai apa sahaja yang harus mereka lakukan dengan kami sebagai kelab, ketika kami datang ke sini, orang berteriak kepada kami, ketika kami berjalan-jalan hari ini, orang berteriak kepada kami di bandar.”

“Kau semua perlu berhati-hati kami juga manusia dan kami juga mengetahui perkara ini sejak semalam macam kau.”

Tersepit Klopp disitu nak menentang gila-gila macam Gary Neville pun tak boleh sebab ada kedudukan dalam kelab dan idea Super League pun belum tentu berhasil, bertenang dahulu.

BACA:  Klopp Yakin Salah Tidak Akan Tinggalkan Liverpool Dalam Masa Terdekat