Gergasi Italy yang tidak dapat disangkal lagi di Serie A, Juventus kini di bawah pimpinan Andrea Pirlo mengalami kemerosotan apabila melalui musim terburuk mereka dalam tempoh 10 tahun tahun.
Pirlo hadir menggantikan Maurizio Sarri dan pemecatan Maurizio Sarri ini terjadi selepas tersingkirnya The Old Lady dari saingan Champions League di peringkat kalah mati di kaki pasukan Perancis, Lyon.
Dengan kekalahan melalui peraturan gol tempat lawan itu satu mesyuarat tergempar diadakan bagi membincangkan masa depan Sarri kurang 24 jam selepas tersinggkir.
Ufficiale | Maurizio Sarri sollevato dall'incarico. https://t.co/rYAzQtGAg9 pic.twitter.com/oOYWGJGM4Y
— JuventusFC (@juventusfc) August 8, 2020
Dapatan daripada mesyuarat itu dapat dilihat bahawa Sarri tidak seiring dengan visi dan misi Juventus untuk menggapai kegemilangan.
Pemecatan Maurizio Sarri telah diumumkan pada 8 Ogos 2020, jam 8:44 malam dan pada 9 Ogos 2020, jam 2:02 Juventus secara rasmi mengumumkan Andrea Pirlo sebagai pengurus baharu.
Pirlo telah diikat kontrak selama dua tahun menyaksikan pemain lagenda Italy itu akan kekal di Turin sehingga 30 Jun 2022 jika tidak dipecat seperti Sarri.
UFFICIALE ✍️ Andrea Pirlo nuovo allenatore della Prima Squadra ➡️ https://t.co/gFxYuC28cj#CoachPirlo pic.twitter.com/6xWUAJ5u19
— JuventusFC (@juventusfc) August 8, 2020
Sebelum itu, pada 1 Ogos 2020 Juventus telah mengumumkan bahawa Andrea Pirlo telah dilantik sebagai jurulatih pasukan Juventus bawah 23 tahun.
Bermula musim 2020/21 Pirlo akan memperkasakan skuad kedua Juventus itu dan projek Juventus bawah 23 tahun ini merupakan hasrat dan cita-cita Presiden kelab.
Lapan hari kemudian Pirlo telah dinaikkan pangkat kepada jurulatih pasukan utama walaupun belum sempat bertugas, satu pencapaian menakjubkan dari Pirlo. Cepat nau naik pangkat.
Disaingan Champions League bagi musim 2020/21 cerita sama berulang lagi seperti musim lalu apabila sekali lagi tersingkir dipusingan 16 terbaik dengan peraturan gol tempat lawan.
Jalan cerita sama cuma watak dan tempat berbeza, musim lalu pasukan Ligue 1 dari Perancis, Lyon menendang Juventus keluar dan musim ini giliran pasukan Portugal, FC Porto pula.
Juventus tewas 1-2 digelanggang lawan pada perlawanan pertama dan bangkit mengikat agregat dalam perlawanan kedua dengan keputusan 2-1 selepas 90 minit permainan.
Terikat agregat memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan dan perlawanan berakhir dengan kemenangan 3-2 berpihak kepada Juventus dengan agregat 4-4.
FC Porto layak dengan kelebihan gol tempat lawan. Musim lalu Maurizio Sarri dipecat selepas tewas di pusingan yang sama walaupun bergelar juara Serie A.
Apakah Pirlo bakal menerima nasib yang sama kerana peluang untuk Juventus mengekalkan kejuaraan Serie A tampak samar walaupun peluang itu masih ada.
Musim Terburuk Juventus Dalam Tempoh 10 Tahun
Di bawah kendalian Andrea Pirlo yang merupakan legenda kelab seiring dengan visi dan misi Juventus kini mengalami musim terburuk di Seria A dalam tempoh 10 tahun selepas 23 perlawanan.
Dalam 23 perlawanan Juventus mencatatkan 13 kemenangan 7 seri dan 3 kekalahan dan berada di tempat ketiga dengan perbezaan 10 mata dibelakang Inter Milan selaku pendahulu.
Kebangkitan semula Inter Milan dan AC Milan juga mungkin antara punca kenapa Juventus Juventus mengalami musim terburuk mereka.
Sejak 10 musim lalu hanya dua kali sahaja Juventus berada dikedudukan kedua selepas 23 perlawanan iaitu pada musim 2017/18 dan 2015/16 dan hanya dibezakan dengan karak satu dan dua mata sahaja.
Kemudian mereka mengejar dan menjadi juara pada kedua-dua musim tersebut. Adakah Juventus di bawah Pirlo kini mampu melakukan perkara yang sama?
Sejak musim 2011/12 Juventus telah memegang gelaran Serie A, sebanyak 9 Scudetto telah diraih mereka secara berturut-turut. Mampukah Pirlo melebarkan kepada gelaran yang ke-10 berturut-turut?
From Arteta to Pirlo – should legends EVER go back to manage the club they starred at? https://t.co/tT3xLlNfv2
— MailOnline Sport (@MailSport) March 1, 2021
Disaingan Champions League, prestasi Juventus di tidak lah begitu baik apabila tewas 2-1 di kaki Porto dalam perlawanan pertama pusingan kalah mati dan masih mempunyai peluang untuk layak.
Jika dilihatkan di atas kertas Porto sepatutnya boleh menjadi santapan Juventus dan tidak ada masalah untuk Juventus mara ke suku akhir namun itu tidak terjadi setakat ini.
Andrea Pirlo yang tampak sentiasa tenang kini diragui kepimpinan beliau dan apakah punca membawa kepada situasi ini?
Puncanya sudah pasti daripada Pirlo sendiri yang boleh dikatakan masih mentah dalam bidang pengurusan dan kejurulatihan dan ini lah punca-puncanya.
Kurang pengalaman pengurusan di tahap tertinggi
Melantik Andrea Pirlo sebagai pengurus sentiasa merupakan satu perjudian bagi pengurusan tertinggi Juventus kerani Pirlo hanya mempunyai reputasi sebagai seorang pemain legenda sahaja.
Mereka mungkin terpengaruh bagaimana Barcelona mengangkat Pep Guardiola ke dalam sistem satu masa dahulu, ataupun seperti Zinedine Zidane dengan Real Madrid.
Kelab tersebut berharap bekas pemain tersebut yang memiliki tempoh gemilang sebagai pemain turut mampu melakukannya di kawasan teknikal padang.
"If Juventus get it right, Andrea Pirlo could have the same effect Pep Guardiola had at Barcelona, or Zinedine Zidane at Real Madrid.' pic.twitter.com/LFcGZhOxWZ
— BBC Sport (@BBCSport) September 18, 2020
Namun apa yang dilakukan Juventus juga mungkin merupakan satu kesilapan mengambil kira Pirlo setakat ini kelihatan bergelut dalams setiap aspek pengurusan.
Pengalaman adalah salah satu perkara penting dalam bola sepak.
Tatkala jurulatih seperti Zidane dan Guardiola mengasah bakat masing-masing bersama skuad remaja selama beberapa musim, Pirlo sebaliknya tidak sempat berbuat demikian dek keputusan gelojoh Juventus sendiri.
Gagal terapkan corak permainan dikehendaki
Andrea Pirlo mengambil alih jawatan pengurus Juventus dari Maurizio Sarri dengan janji untuk memperbaharui jenama kelab dengan corak permainan menyerang berteraskan pressing.
Selepas perlawanan komptitif pertama yang dikendalikannya, Pirlo berkata:
“Melihat Champions League pada musim lalu, pasukan yang mara jauh adalah pasukan yang cepat mendapatkan bola selepas kehilangan bola. Pada saya itulah karakter permainan yang harus kami ada.”
BLOG: What to expect from Pirlo's Juventus
Everyone knows how Andrea Pirlo played his football, but how will he set out his #Juventus team? @eliosalerno87 looks at the tactical approach and return to 3-5-2 roots https://t.co/Iya8JznWqb #SerieA #JuveSamp #Calcio #SerieATIM pic.twitter.com/FPYZuMp5DG
— footballitalia (@footballitalia) September 20, 2020
Masalahnya apabila Juventus beraksi menentang pasukan kerdil seperti Sampdoria sekali pun, skuad kendalian Pirlo bergelut untuk mempraktikkan corak permainan yang beliau kehendaki.
Apatah lagi menentang pasukan yang lebih gah di Serie A dan Barcelona di Champions League.
“Buat masa ini terdapat banyak kekurangan kreativiti untuk mendapatkan bola [dengan pantas]. Kami mahu bermain corak menyerang; ia normal apabila lawan mendapat lebih banyak peluang.
🎙@Pirlo_official is addressing the media: "I don't think there are any problems with regards to playing tomorrow. We will be ready as always."#JuveNapoli #ForzaJuve pic.twitter.com/cgeUTBs6em
— JuventusFC (@juventusfcen) October 3, 2020
“Di midfield kita memerlukan lebih banyak persefahaman di kalangan pemain. Ia mengambil masa untuk memahami gerakan antara satu sama lain. Kami sedang berusaha keras pada fasa bermain agresif. Ia harus dipercepatkan.”
Kedengaran seperti Pirlo bergelut untuk pemain-pemainnya memahami corak permainan yang beliau kehendaki.
Terlampau bergantung kepada Cristiano Ronaldo
Walaupun terlepas beberapa perlawanan akibat jangkitan wabak, Ronaldo yang kini berusia 35 tahun masih dianggap melakukan permulaan yang baik untuk musim 2020/21.
Mungkin Pirlo berharap Ronaldo dapat memacu dan memberi inspirasi kepada Juventus sebagaimana ketika Ronaldo bersama Zidane di Real Madrid dan berjaya menjulang kejuaraan hatrik Champions League?
Walaupun masih hebat Ronaldo kini sudah bergelar pemain veteran.
Juventus have not won any of their three Serie A matches without Cristiano Ronaldo this season 🤷♂️ pic.twitter.com/ZxaH4nlaJu
— Goal (@goal) November 30, 2020
Di Champions League peringkat kumpulan, Juventus turut memenangi kedua-dua perlawanan apabila Ronaldo diturunkan beraksi.
Tahun lalu dalam lima perlawanan tanpa Ronaldo, skuad Pirlo diikat pasukan kerdil Crotone, Hellas Verona dan Benevento selain tewas kepada Barcelona.
Jelas sekali Pirlo terlampau bergantung kepada kebolehan individu Ronaldo sehingga Juventus lupa bagaimana untuk menang sekiranya pemain itu tidak beraksi.
Kebergantungan kepada Ronaldo juga akan menyebabkan 9 lagi pemain lain dipadang gagal mengeluarkan potensi diri ke tahap lebih tinggi.
Gagal cari kesebelasan utama
Walaupun Cristiano Ronaldo masih pemain utama Juventus, Andrea Pirlo bagaimana pun bergelut untuk mencari kesebelasan utama terbaiknya.
Tempoh pra musim yang pendek mungkin salah satu punca untuk menguji gandingan yang diperlukan. Tetapi pemain baru yang dibawa masuk juga tidak membantu.
Juventus struggled without Ronaldo 😌
— Goal News (@GoalNews) November 28, 2020
Sebagai contoh Arthur Melo yang dibawa masuk dari Barcelona sukar untuk mendapatkan minit perlawanan di bawah kendalian Pirlo.
Contoh lain adalah Matthijs de Ligt yang tiba dari Ajax pada musim lalu dengan reputasi agak besar.
Prestasi tidak menentu Paulo Dybala juga tidak membantu, terutama apabila beliau diharap mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Ronaldo ketika pemain Portugal itu cedera.
Pirlo is working to make Juventus less dependent on Cristiano Ronaldo, he is waiting for Dybala to regain his form, so he can be useful during the games. We can say Pirlo wants the best Paulo Dybala. [Aghemo, Sky journalist] pic.twitter.com/gjvySkye3q
— Forza Juventus (@ForzaJuveEN) November 30, 2020
Tanpa Ronaldo dan Morata, Juventus juga tumpul di jentera serangan pada musim ini.
Masalah ini menjadi punca utama mengapa Juventus gagal menewaskan pasukan kerdil seperti Verona, Crotone dan Benevento.
Kegagalan ini boleh menghantui mereka pada hujung musim ini.
Gagal selesaikan masalah pertahanan
Juventus dianggap melalui musim Serie A terburuk mereka pada musim lalu walaupun menjuarai kejuaraan liga buat kali kesembilan berturut-turut.
Taktikal Sarriball yang menekankan corak bertahan secara zonal antara perkara yang dipersalahkan.
Sepanjang musim Juventus bergelut dengan corak bertahan yang mereka tidak biasa lakukan, sehingga dibolosi 43 gol – terbanyak dalam tempoh sedekad Juventus dibolosi.
Matthijs De Ligt 🇳🇱 after Juventus vs Cagliari:
"There is a different mentality. With Pirlo 🇮🇹, we play more 'modern', defending one on one and I like that. We are at 70% of our potential, we will soon be at 100%. It is important for us to work even more."#Juventus pic.twitter.com/7CZZqgNl4N
— RouteOneFootball (@Route1futbol) November 22, 2020
Setelah diumumkan selaku pengganti Maurizio Sarri, Pirlo menggariskan antara perkara terpenting beliau akan lakukan ialah untuk menggantikan sistem bertahan secara zonal kepada man-to-man marking, dan percaya ia sistem yang lebih sesuai.
Namun selepas 13 perlawanan dilalui pada musim ini, skuad kendalian Andrea Pirlo telah dibolosi sebanyak 11 kali, dan merekodkan clean sheet sebanyak empat kali.
Barisan pertahanan Pirlo kelihatan semakin baik selepas 23 hanya bolos 20 kali dan bermakna hanya bolos 9 kali dalam 10 perlawanan terakhir.
Sarri dengan taktik bertahan beliau telah dilabel sebagai musim terburuk Juventus lalui walaupun bergelar juara.
Pirlo selepas 23 perlawanan pula dianggap prestasi terburuk Juventus dalam tempoh 10 tahun dan masa ada ruang untuk Pirlo terus maju dengan baki perlawanan yang ada.