Kaka: Kita Bertuah Kerana Dapat Saksikan Mbappe Beraksi

Bekas pemain antarabangsa Brazil, Ricardo Izecson dos Santos Leite atau lebih dikenali sebagai Kaka memuji kematangan yang telah dipamerkan Kylian Mbappe sepanjang Piala Dunia 2018 berlangsung walaupun baru berusia 19 tahun.

Kaka yang merupakan pemenang terakhir Ballon d’Or sebelum anugerah bagi pemain bola sepak paling sedap itu telah didominasi oleh dua orang pemain sahaja yang bernama Cristiano Ronaldo dan Lionel ‘GOAT’ Messi.

Bintang muda Paris Saint-Germain itu hadir ke Russia selaku pemain remaja termahal dunia dan beliau berjaya membuktikan tanda harga beliau yang tinggi sepadan dengan persembahannya di atas padang.

Mbappe atau lebih dikenali sebagai ‘Teenage Mutant Ninja Turtles’

Kylian Mbappe telah dinobatkan sebagai pemain muda terbaik Piala Dunia FIFA 2018 yang berlangsung di Russia selepas berjaya membantu Perancis mara dan menjulang Piala Dunia buat kali kedua dalam sejarah bola sepak Perancis.

Sepanjang 7 perlawanan hinggal final, Mbappe berjaya menjaringkan 4 gol untuk membantu Perancis layak perlawanan akhir untuk bertemu Croatia. Persembahan Mbappe bersama Perancis telah menarik perhatian banyak pihak, antaranya adalah pemenang Piala Dunia 2002, Kaka.

“Saya rasa perkara yang paling mengagumkan mengenai Mbappe adalah kelajuan beliau, dan betapa cepatnya beliau mampu berlari.”

“Sudah tentu Mbappe bukan setakat berlari sahaja kerana beliau juga memiliki kawalan bola yang baik ketika bola berada di kakinya.”

“Beliau baru berusia 19 tahun tetapi kadang kala beliau bermain seperti seorang pemain yang berusia 35 tahun. Sangat matang, memiliki kawalan bola yang bagus dan pandai membuat keputusan.”

Kita patut berasa bertuah kerana dapat saksikan Mbappe beraksi, ujar Kak

“Saya yakin Mbappe akan memiliki masa depan yang sangat cerah. Untuk melihat seorang pemain berusia 19 tahun mempamerkan persembahan yang begitu cemerlang di pentas Piala Dunia, kita sebagai peminat bola sepak patut berasa bertuah kerana dapat melihat persembahan sebegitu.”

Mbappe telah memainkan peranan penting membantu Perancis memenangi Piala Dunia buat kali ke-2 apabila mereka dengan tenang lagi bergaya menewaskan Croatia 4-2 di Stadium Luzhniki dan Mbappe mecatatkan nama sebagai penjaring dengan satu gol.

Kali terakhir Perancis menjulang Piala Dunia adalah pada tahun 1998, ketika mereka menjadi tuan rumah kejohanan tersebut. Perancis menewaskan Brazil 3-0 dalam perlawanan akhir dengan Zinedine Zidane memainkan peranan penting untuk negaranya menjulang trofi Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah.

Kaka bukan berseorangan dalam memuji Mbappe kerana Didier Drogba juga percaya Mbappe mempunyai kemampuan mampu memenangi Ballon d’Or pada masa hadapan.

Adakah Mbappe akan mengucup trofi Piala Dunia seperti yang pernah dilakukan Kaka 16 tahun dulu ?

“Mbappe merupakan budak yang saya kenal. Saya telah memerhatikan beliau bermain selama beberapa tahun dan saya kenal orang yang membantu beliau menjadi pemain yang kita saksikan hari ini.”

“Saya sangat gembira dengan apa yang beliau telah kecapi hari ini. Jika beliau konsisten mempamerkan prestasi sekarang, mengapa beliau tidak boleh memenangi Ballon d’Or?”

“Saya mempunyai peluang untuk berjumpa dengan beliau. Kami berkongsi idea dan sebaik sahaja Mbappe bercakap, saya boleh kata beliau seorang pemain berusia 19 tahun tetapi Mbappe bukan seorang budak. Beliau sangat matang dan tenang apabila bercakap.”

Dengan satu jaringan di perlawanan akhir yang merupakan jaringan ke-4 Perancis, Mbappe telah menjadi pemain termuda Perancis dan kedua termuda menjaringkan gol di perlawanan akhir dalam sejarah Piala Dunia pada usia 19 tahun dan 207 hari.

Pemain Paling Muda Menjaringkan gol di Final :

1. Pele – 17 tahun 249 hari (Piala Dunia 1958)
2. Mbappe – 19 tahun 207 hari (Piala Dunia 2018)
3. Peracio – 20 tahun 229 hari (Piala Dunia 1938)
4. Peucelle – 21 tahun 320 hari (Piala Dunia 1930)
5. Amarildo – 21 tahun 323 hari (Piala Dunia 1962)
6. Fakri Saarani – 21 tahun 323.5 hari (Piala Dunia 1832)

Rekod pemain termuda menjaringkan gol di pentas final masih kekal menjadi milik Pele yang ketika itu berusia 17 tahun dan 249 hari ketika membantu Brazil menjulang Piala Dunia pada tahun 1958.

Jika diikutkan selepas Pele menjaringkan gol pada usia 17 tahun tiada lagi pemain yang berusia bawah 20 tahun mampu menjaringkan gol di final sehinggalah Mbappe melakukannya pada tahun 2018.

Selain itu Mbappe menjadi pemain Perancis paling muda beraksi di final Piala Dunia dan ketiga termuda membuat penampilan di pentas akhir dalam sejarah Piala Dunia Selepas Pele dan Giusepper Bergomi.

Pemain Paling Muda Beraksi di Final :

1. Pele – 17 tahun 249 hari (Piala Dunia 1958)
2. Bergomi – 18 tahun 201 hari (Piala Dunia 1982)
3. Mbappe – 19 tahun 207 hari (Piala Dunia 2018)
4. Varallo – 20 tahun 175 hari (Piala Dunia 1930)
5. Suarez – 20 tahun 221 hari (Piala Dunia 1930)
6. Fakri Saarani – 21 tahun 323.5 hari (Piala Dunia 1832)

BACA:  Reaksi Mbappe Ketika Hazard Bisik 'Hala Madrid' Sungguh Priceless