Kami Pernah Kalahkan Arsenal Tanpa Casemiro! – Erik Ten Hag

ten hag arsenal casemiro

“Kami Pernah Kalahkan Arsenal Tanpa Casemiro!” Erik Ten Hag, 2023.

Erik Ten Hag tampil menenangkan situasi ketika ramai bimbang akan perlawanan Premier League menentang Arsenal tanpa kehadiran Casemiro yang digantung satu perlawanan.

Pengurus Manchester United itu tampil memberi amaran kepada Arsenal bahawa Setan Merah sudah mempunyai rancangan permainan tanpa kehadiran Casemiro yang menjadi harapan saban perlawanan.

Ketika perlawanan menentang Crystal Palace, pemain yang dibeli dengan harga £70 juta itu menjawab kebimbangan ramai dengan mengutip kad kuning kelima yang membawa kepada penggantungan automatik.

Pada awal September, Erik Ten Hag telah membimbing anak buahnya untuk memberi kekalahan pertama buat Mikel Arteta dan sehingga kini kekal sebagai satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan Arsenal.

Dalam perlawanan itu Arsenal tewas 3-1 dan Casemiro pula baru tiba dan hanya bermain 10 minit sahaja masuk dari bangku simpanan, dengan mengenang kisah lalu, Erik Ten Hag percaya dengan pelan permainannya untuk menewaskan Arsenal sekali lagi.

Ketika ini, Arsenal yang dibimbing Mikel Arteta seperti tidak dapat disekat lagi apabila merekodkan 12 perlawanan tanpa kalah dengan 10 kemenagan dan 2 seri membolehkan mereka dipuncak dengan 5 mata di depan Manchester City.

Manchester United pula tiga mata mengekori jiran mereka dengan 8 mata dibelakang Arsenal selepas sekadar seri menentang Crystal Palace apabila dinafikan 3 mata pada minit akhir perlawanan.

Tanpa Casemiro sudah pasti Erik Ten Hag terpaksa mengubah permainan mereka dan mengakui sudah mempunyai idea untuk memberi Arsenal kekalahan kedua.

“Kali terakhir kami tewaskan Arsenal tanpa Casemiro. Kami mempunyai idea bagaimana untuk berdepan dengan perkara itu.”

“Sangat jelas ketika ini mereka (Arsenal) berada pada prestasi terbaik dan saya fikir mereka layak berada di posisi yang mereka miliki sekarang. Bagaimana mereka bermain, itu merupakan satu struktur yang bagus.”

“Ia merupakan satu mentaliti yang sangat bagus dan sikap mahu menang dalam pasukan. Kerana itulah mereka berada di senarai teratas. Mereka dalam larian (prestasi) terbaik. Terpulang kepada kami untuk menewaskan(hentikan) larian mereka dan kami akan melakukan segala-galanya untuk menang.”

Erik Ten Hag sekali memuji struktur pasukan Arsenal yang terus meningkat dan meningkat, pastinya menjadi idaman setiap pengurus.

“Pada ketika kami menentang mereka, anda boleh melihat pengurus dan staf kejurulatihan sudah lama bekerja untuk pasukan. Anda dapat melihat struktur yang sangat baik dalam pasukan.”

“Mereka semakin meningkat dipertengahan musim. Terdapat semangat yang sangat bagus dalam pasukan, jadi kami tahu apa yang perlu dilakukan. Kami perlu menjadi sangat bagus.”

“Kami perlukan persembahan yang sangat bagus. Tapi jika kami melakukannya, saya fikir kami juga mempunyai peluang yang baik untuk keluar dari persembahan itu dengan keputusan yang baik.”

Kemenangan Manchester United ke atas Arsenal pada awal musim boleh dikatakan menjadi titik tolak kepada prestasi cemerlang mereka ketika ini selepas mempamerkan aksi tiada masa depan dalam dua perlawanan pertama.

Peminat Arsenal memaki hamun pengadil apabila membatalkan gol pembukaan Gabriel Martinelli kerana Martin Odegaard mengasari Cristian Eriksen ketika gerakan dilakukan. Kesalahannya jelas tapi biasa la baru meriah.

Antony menjaringkan gol debut sebelum Bukayo Saka menyamakan kedudukan yang hanya bertahan 6 minit apabila Marcus Rashford meletakkan Setan Merah kembali di depan.

Marcus Rashford melengkapkan kemenangan 3-1 dengan gol ketiga dan dalam perlawanan itu Marcus Rashford menjadi watak penting dengan dua gol dan assist. Mampukah Manchester United memberi Arsenal kekalahan kedua musim ini di Stadium Emirates?

BACA:  Arsene Wenger Tidak Akan Letak Jawatan, Yakin Mampu Ubah Keadaan