Kante Santai Makan Pizza Ketika Pemain Lain Berjoget Meraikan Kejayaan Chelsea Menjuarai Super Cup

Reaksi Kante ketika di dalam bilik persalinan Chelsea selepas kejayaan mereka menjulang kejuaraan UEFA Super Cup, menarik perhatian ramai.

Beliau seperti biasa sentiasa menghiburkan para peminat dengan tingkah laku comel dan lucu dan kali ini beliau sekali lagi menjadi topik perbualan para peminat.

Chelsea berjaya menewaskan Villarreal 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti, seterusnya menjulang Piala kejuaraan UEFA Super Cup awal pagi tadi.

Ia merupakan kejuaraan Eropah kedua mereka di bawah kendalian Thomas Tuchel yang baru sahaja mengendalikan The Blues pada pertengahan musim lalu.

Skuad Chelsea meraikan kejayaan mereka di bilik persalinan, dengan rakaman aksi-aksi para pemain tular di media sosial.

Mason Mount yang turut diturunkan pada aksi babak kedua permainan dalam perlawanan bertemu Villarreal telah memuat naik video yang memperlihatkan Trevoh Chalobah dan Tammy Abraham sedang menari kegembiraan.

Walau bagaimanapun, reaksi kedua-dua pemain itu tenggelam kerana dalam video tersebut, telah terlihat kelibat Kante yang sedang sibuk menikmati Pizza disebalik para pemain lain yang sedang berpesta itu.

Satu lagi video lain yang turut tular adalah video yang memperlihatkan Antonio Rudiger dan Kurt Zouma sedang menari, dengan pertahanan Jerman itu kemudiannya meminta Kante untuk menari sama.

Dengan senyuman manis dan manja, Kante menolak tawaran dari Rudiger dengan beliau terus tersipu malu di tempat duduknya.

Kante seperti biasa beliau bermain dengan sangat cemerlang dalam perlawanan ini dengan beliau mengetuai skuad Chelsea sebelum dikeluarkan pada aksi babak kedua permainan.

Beliau masuk ke padang dengan membawa Piala kejuaraan Champions League yang mereka menangi musim lalu, selepas menewaskan Manchester City di Porto.

Hakim Ziyech membuka tirai jaringan untuk Chelsea pada aksi babak pertama permainan, sebelum Gerard Moreno menyamakan kedudukan pada minit ke-73 permainan.

Chelsea menjulang kejuaraan Super Cup selepas menewaskan Villarreal menerusi penentuan sepakan penalti

Seperti yang berlaku pada Manchester United sebelum ini yang mana mereka ditewaskan oleh Villarreal menerusi penentuan sepakan penalti, Thomas Tuchel telah mengubah taktikalnya supaya mengelak berlakunya hal seperti itu.

Tuchel telah memasukkan Kepa Arrizabalaga di minit-minit akhir sebelum tamatnya aksi masa tambahan untuk penjaga gol Sepanyol itu beraksi di aksi penentuan sepakan penalti.

Ia terbukti satu keputusan yang bijak dan berjaya membuahkan hasil selepas Kepa menjadi wira Chelsea dengan beliau berjaya menyelamatkan sepakan penalti dari Aissa Mandi dan Raul Albiol.

Walau bagaimanapun, peminat di media sosial turut mempersoalkan tentang rekod Kepa dalam aksi penentuan sepakan penalti, dan pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh para peminat terhadap keputusan Thomas Tuchel itu.

Tidak hairanlah mengapa soalan tersebut menjadi soalan pertama yang perlu dijawab oleh Thomas Tuchel dalam temu bualnya selepas tamat perlawanan tersebut.

Sebenarnya, ia merupakan taktikal yang sememangnya sudah dirancang oleh Tuchel sejak awal beliau mengurus Chelsea dan ia diterapkan sehingga ke aksi di Windsor Park awal pagi tadi.

Tuchel mendedahkan tentang taktik perancangannya dengan menyatakan:

“Ia bukan sesuatu yang spontan.”

Jelas Tuchel kepada BT Sport.

“Kami sudah bercakap tentang itu kepada penjaga gol ketika kami mula sertai pertandingan Piala bertemu Barnsley (Februari lalu). Kami ada kajian statistik.”

“Kami sudah buat persiapan rapi yang Kepa ada peratusan lebih tinggi dalam menyelamatkan sepakan penalti.”

“Pakar analisis dan jurulatih penjaga gol menunjukkan pada saya dan mempersembahkan pada saya data-data tersebut dan kami bercakap kepada pemain yang ia akan berlaku dalam pertandingan kalah mati.”

“Kami bercakap dengan pemain dan Edou sangat menakjubkan. Kami lakukan apa yang perlu kami lakukan untuk pasukan. Memang ada bukti yang Kepa lebih bagus dari segi disiplin dan semua pemain ini memang betul-betul ada kesefahaman.”

“Saya sangat gembira untuk Kepa dan untuk Edou, dan mempunyai penjaga gol seperti ini yang tidak rasa sukar untuk dikeluarkan. Mereka gembira dengan perancangan saya untuk pasukan dan lakukan semua ini untuk pasukan.”

Chelsea akan memulakan aksi saingan premier league mereka pada hujung minggu ini bertemu dengan Crystal Palace.

Sumber: SB

BACA:  Kenali Insan yang Telah Mengesan Bakat Kante, Vardy, Drogba Dan Haaland