Karius Masih Menerima Ancaman Dari Peminat Ekoran Aksi Dungu Di UCL

Loris Karius mengatakan bahawa beliau masih menerima ancaman melibatkan nyawanya setelah kesalahan besar yang dilakukan ketika Liverpool tewas 3-1 kepada Real Madrid semasa final Liga Juara-Juara 2018.

Selepas dari peristiwa hitam itu, Karius tidak lagi bermain untuk Liverpool dalam mana-mana perlawanan kompetitif.

Beliau masih trauma dengan aksi hambarnya yang menjadi punca Liverpool terlepas gelaran ke enam Liga Juara-juara musim 2018/19.

Pemain berusia 26 tahun itu telah dipinjamkan kepada Besiktas hingga akhir musim nanti dan beliau masih dalam kontrak bersama Liverpool hingga 2022.

Penjaga gawang kelahiran Jerman itu mengatakan bahawa beliau menerima pelbagai ancaman termasuk melibatkan nyawanya selepas melepaskan gol penting jaringan dari Benzema dan Bale.

Beliau kemudian turut mendedahkan bahawa sebenarnya di dalam perlawanan itu dirinya mengalami gegaran otak ekoran dari pertembungannya dengan pertahanan Madrid, Sergio Ramos.

“saya seharusnya lebih agresif mengenai hal begini di depan umum.”

Jelas Karius kepada Sport Bild.

Karius menegaskan beliau sudah melupakan segala hal yang terjadi dalam perlawanan itu. Walaupon beliau ada melakukan kesilapan dalam perlawanan itu namun Karius berharap akan dapat kembali beraksi bersama Liverpool.

“Saya tidak memikirkan apa yang berlaku di Kiev lagi,perkara itu sudah lama,sudah hampir dua tahun berlalu,”

Dipetik dari kata-kata Karius Oktober lalu.

“Terlalu Banyak keadaan yang tidak jelas dalam perlawanan itu, saya mengalami kecederaan yang teruk, tapi tiada siapa pun bercerita tentang itu. Orang boleh cakap apa saja mereka mahu, saya sudah tidak peduli lagi dengan semua itu.”

“Selepas saya diperiksa, baru kami sedar tentang gegaran itu(kena rempuh dengan Ramos), tetapi ketika perlawanan berlangsung, banyak lagi hal yang saya perlu utamakan.”

“Saya gembira Liverpool memenangi Champions League musim lalu, dan mereka mempunyai peluang yang baik untuk melakukannya sekali lagi musim ini, jadi mari lihat jauh mana Liverpool akan mara, saya masih berhubung dengan Jurulatih penjaga gol dan beberapa pemain lain.”

“Saya tidak pernah menjadikan ianya sebagai alasan. Tetapi saya kecewa para peminat tidak memahami keadaan dan mengejek kesilapan saya ketika sedang mengalami kecederaan di bahagian kepala.”

Karius turut mengatakan bahawa peminat Liverpool kebanyakannya sudah melupakan aksi di malam itu, selepas the reds berjaya menjulang kejuaraan Liga Juara-juara semusim selepas dari itu.

Sebaliknya para peminat kini menunjukkan sikap dan reaksi tidak menghormatinya dan berlebihan dalam menangani emosi masing-masing.

“Ya ugutan dari mereka itu ada. Tapi saya tidak boleh mengambilnya terlalu serius.”

“Kebanyakkan mereka yang mengugut saya itu tidak memakai gambar di profile mereka, dan saya percaya kalau saya terjumpa mereka di tempat umum pasti mereka akan diam dan tak bercakap apa-apa.”

Bersama Besiktas beliau turut mempamerkan aksi serba tidak menjadi dan yang menyedihkan lagi adalah Karius sering keluar berhibur dan tidak menunjukkan disiplin yang baik.

Karius sebelum ini sudah diberi amaran berkaitan masalah disiplin beliau yang suka berhibur di kelab malam hingga menjejaskan aksi dalam padang serta latihan sendiri.

Nampaknya selepas perjanjian pinjaman Karius selesai, Besiktas akan melepaskan beliau. Jadi Karius mungkin akan kembali ke Liverpool memandangkan Adrian dijangka akan kembali ke La Liga.

BACA:  Alisson 'Marah' Dengan Diri Sendiri Selepas Bertukar Menjadi Karius