“Sepanjang Musim Berada Di Gym” – Peminat Terkedu Lihat Perubahan Fizikal Karius

Loris Karius mungkin tidak menghabiskan masanya di atas padang, tapi beliau memanfaatkan masa yang ada untuk sentiasa berada di gym dan hasilnya sungguh luar biasa menakjubkan.

Gambar terbaru beliau menunjukkan perubahan ketara pada fizikalnya dengan Karius nampak seperti seorang ahli bina badan profesional.

Penjaga gol legenda Liverpool itu masih memiliki kontrak bersama kelab dengan beliau baru-baru ini berkongsi gambarnya berada di gym selepas tamat workout.

Gambar tersebut dimuat naik dengan caption, ‘Petang yang dimanfaatkan dengan sebaiknya’ (bersama emoji otot).

Emoji itu jelas sekali menggambarkan tentang keadaan beliau sekarang, dengan penjaga gol dari Jerman itu nampak jauh berbeza dari dirinya yang dulu.

Karius memakai baju latihan Liverpool tapi melihat kepada fizikalnya, beliau langsung tak nampak seperti pemain bola sepak.

Beliau nampak seperti seorang ahli bina badan atau petarung MMA kerana fizikalnya yang katang, sasa dan tegap seperti The Dwayne Johnson.

Ketika beliau masih lagi menjadi penjaga gol utama Liverpool, badan beliau dilihat lebih kurus dan langsung tak mempunyai otot.

Sekarang, perbezaan paling ketara adalah di bahagian dada dan lengan beliau dan jelas sekali Karius sedang melalui perubahan fizikal yang sungguh drastik.

Peminat turut meninggalkan pelbagai komen pada muat naik tersebut, kerana terkejut melihat perubahan fizikal Loris Karius itu.

“Adakah dia bertugas sebagai penjaga gym Liverpool selama ini? Karius badan kamu nampak sangat besar, kamu mungkin boleh cuba sukan gusti.”

“Ini lah yang orang panggil perancangan masa depan, bro tawaran berlakon menanti kamu selepas ini, kamu dah boleh perlahan-lahan lupakan bola sepak.”

“Wow! Adakah kamu memang habiskan masa dekat gym saja? Perubahan fizikal yang betul-betul buat saya terkejut, tak sangka kamu ada rangka yang besar.”

“Liverpool kena bawa dia untuk bersama skuad utama lepas ni, bagi dia main centre-back pula, bayangkan dengan fizikal ini, Karius berdiri sebelah Van Dijk, pemain lawan tak akan berani dekat.”

“Bro, bawa Minamino sekali, besarkan sikit badan dia, saya jamin kalau badan dia besar dia akan jadi pemain yang lebih bagus dan berkualiti.”

Karius menyertai Liverpool pada tahun 2016 yang lalu dengan beliau diberikan jersi bernombor 1 dan turut sempat menjadi penjaga gol utama skuad.

Beliau membuat 49 penampilan dalam semua pertandingan untuk kelab namun sudah tidak membuat sebarang kemunculan secara kompetetif selepas tamat aksi perlawanan akhir Champions League 2018.

Aksi perlawanan akhir dalam saingan Champions League pada tahun 2018 bertemu Real Madrid merupakan aksi kompetetif terakhir Karius bersama skuad utama Liverpool.

Beliau ketika itu menghadiahkan dua gol percuma kepada Real Madrid dalam aksi kekalahan 3-1 Liverpool di tangan Los Blancos itu.

Beliau dengan murah hati menghadiahkan gol percuma kepada Karim Benzema dan Gareth Bale dalam perlawanan itu.

Karius menangis teresak-esak selepas tamat perlawanan tersebut, dengan beliau turut dilihat meminta maaf kepada para penyokong Liverpool.

Beliau bahkan turut berdepan kecaman, makian dan ada peminat yang sampai memberi ugutan bunuh kepada Karius kerana terlalu bengang dengan kedunguan beliau.

Beliau kemudiannya menandatangani perjanjian selama dua tahun sebagai pemain pinjaman di Besiktas selepas Alisson Becker tiba di Anfield dari Roma.

Namun kontrak beliau telah ditamatkan pada Mei tahun 2020 selepas ada isu masalah tunggakan gaji.

Beliau kemudiannya menghabiskan masa pada musim lalu untuk beraksi bersama Union Berlin sebagai penjaga gol pinjaman, namun Karius hanya sempat membuat lima penampilan sahaja.

Karius kemudiannya kembali ke Anfield dan kini beliau merupakan penjaga gol keempat skuad di belakang Alisson Becker, Caoimhin Kelleher dan Adrian Lopez.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Mane: Liverpool Ada Kualiti Yang Cukup Untuk Tewaskan Manchester United