Croatia telah menendang keluar Kanada dari saingan Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar selepas menghadirkan kekalahan kedua kepada Kanada dalam saingan kumpulan F.
Piala Dunia 2022 merupakan penampilan kedua Kanada dalam tempoh 36 tahun selepas kali terakhir mara ke pusingan akhir adalah pada tahun 1986.
Di Piala Dunia 1986, Kanada juga tersingkir di peringkat kumpulan dengan tiga kekalahan kepada USSR, Perancis dan Hungary.
Naib juara Piala Dunia 2018, Croatian dan juga Kanada memerlukan kemenangan dalam pertemuan ini untuk mencerahkan peluang mara sejauh mungkin.
Namun Kanada tersingkir daripada Piala Dunia selepas hanya dua perlawanan walaupun sekali lagi menyajikan permainan yang menghiburkan ketika Croatia menang 4-1 di Stadium Antarabangsa Khalifa.
Kembali ke pusingan akhir selepas 36 tahun bermain, Kanada teruja dalam perlawanan pembukaan menentang Belgium namun mendapat kekalahan.
Cerita yang sama sekali lagi terjadi pada hari Ahad, Croatia akhirnya menang selepas dua gol daripada Andrej Kramaric dan masing-masing satu daripada Marko Livaja dan Lovro Majer memadamkan gol awal Kanada.
Gol pembukaan Alphonso Davies adalah gol pertama negaranya di Piala Dunia, tetapi ia adalah kekalahan kelima daripada lima di pentas Piala Dunia.
Jaringan Alphonso Davies merupakan jaringan terpantas Piala Dunia setakat ini hanya selepas 67 saat permainan bermula.
Maghribi 0-0 Croatia
Permainan diantara Morocco dan Croatia ini berlangsung seimbang sejak wisel permulaan di mana Croatia dilihat lebih menguasai perlawanan.
Namun dari segi serangan Maghribi dilihat lebih mengancam. Selepas 20 minit Maghribi telah melakukan empat percubaan berbanding Croatia hanya satu.
Maghribi bermain baik dan penuh berdisiplin yang berjaya mengekang gerakan daripada pemain Croatia dengan efektif.
Penghujung babak pertama kekangan Maghribi semakin kendur, Croatia hampir membuka jaringan pembukaan dengan satu gerakan cantik dari kiri hasil umpanan Borna Sosa.
Namun tolakan Nikola Vlasic telah dihadang oleh penjaga gol Maghribi, Bono. Kemudian rembatan padu Modric pula sedikit melewati palang.
Separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan dengan hanya satu percubaan tepat saja berjaya dihasilkan melalui Vlasic.
Bersambung permainan, Croatia dilihat terus menguasai permainan tetapi masih gagal untuk menghasilkan sebarang gol begitu juga dengan Maghribi.
Permainan berakhir dengan keputusan seri 0-0.
Kesebelasan UtamaMOROCCO XI: Bounou, Hakimi, Saiss, Aguerd, Mazraoui, Ounahi, Amrabat, Ziyech, Amallah, Boufal, En-Nesyri.
Pemain Simpanan: Hamdallah, Zaroury, Sabiri, Mohamedi, Chair, Aboukhlal, Ezzalzouli, El Yamiq, Dari, Cheddira, Tagnaouti, El Khannous, Benoun, Attiyat Allah, Jabrane.
Kesebelasan Utama CROATIA XI: Livakovic, Juranovic, Lovren, Gvardiol, Sosa, Modric, Brozovic, Kovacic, Vlasic, Kramaric, Perisic.
Pemain Simpanan: Stanisic, Barisic, Erlic, Majer, Grbic, Livaja, Pasalic, Petkovic, Budimir, Orsic, Vida, Ivusic, Sutalo, Sucic, Jakic.
Belgium 1-0 Kanada
Selepas Maghribi dan Croatia hanya seri untuk perlawanan pembukaan kumpulan, Belgium turun menentang Kanada untuk perlawanan kedua yang berlangsung di Ahmad Bin Ali, Qatar.
Belgium dibarisi beberapa pemain bintang dari sisa pasukan generasi emas mereka yang sudah hampir ke penghujung tidak diletakkan sebagai calon juara namun mampu untuk pergi jauh.
Belgium hadir ke Qatar dengan reputasi yang agak gah selaku pemenang tempat ketiga Piala Dunia Rusia 2018 dibelakang Perancis dan Croatia.
Kanada pula membuat penampilan pertama mereka di Piala Dunia sejak tahun 1986.
Oh Canada at the @FIFAWorldCup π¨π¦
What a moment. #WeCAN pic.twitter.com/HER8EFWzNK
β Canada Soccer (@CanadaSoccerEN) November 23, 2022
Rembatan Tajon Buchanan telah terkena tangan Yannick Carrasco dan penelitian daripada Video Assistant Referee (VAR) menunjukkan kisah sebenar.
Kedudukan tangan Yannick Carrasco jelas terbuka dan rembatan Tajon Buchanan ke arah gol telah dihalang tangan Carrasco, cukup sifat untuk sepakan penalti.
Kesalahannya jelas dan VAR tidak mengambil masa yang lama untuk memberikan penalti kepada Kanada dan kad kuning kepada Carrasco.
Alphonso Davies tampil menggalas tanggungjawab namun gagal disempurnakan lantaran bacaan tepat telah dilakukan oleh Thibaut Courtois.
π‘ Former World Cup winner Cesc Fabregas has been left baffled after referee Janny Sikazwe failed to award Canada a second penalty in their clash with Belgiumhttps://t.co/eV6ZyJwcJ4
β Mirror Football (@MirrorFootball) November 23, 2022
Walaupun bola tepisan Courtois melantun kembali kepada Alphonso Davies namun sudut dan posisinya untuk menghasilkan gol adalah mustahil.
Pengadil perlawanan, Janny Sikazwe telah menafikan dua sepakan penalti yang agak jelas pada separuh masa pertama.
Pengadil dari Zambia itu telah mencetuskan kontroveri apabila dua kali meniup wisel penamat sebelum 90 minit permainan di Piala Negara Afrika awal tahun ini.
The last time Michy Batshuayi had a shot on target at the 2018 World Cup: π€¦ββοΈπ
His first shot on target in the 2022 World Cup: β½οΈ pic.twitter.com/PIQVrg7KCP
β CBS Sports Golazo β½οΈ (@CBSSportsGolazo) November 23, 2022
Michy Batshuayi meletakan Belgium dihadapan pada minit ke-44 selepas menyempurnakan suapan Toby Alderweireld dan menjadi gol tunggal perlawanan.
Kevin De Bruyne berada di kelas tersendiri berbanding rakan sepasukannya di Belgium dengan mendominasi bahagian tengah dan telah menghasilkan beberapa peluang yang sedap.
Malang buat Kevin De Bryune kerana kualiti pemain Belgium tidak setanding dengan rakan sepasukannya di Manchester City untuk melihat lebih banyak gol terhasil.
Canada are the first World Cup team since 1978 to attempt at least 20 shots and 1 penalty kick and not score a goal π³
They took the pitch to 'Started From the Bottom'. The latest victims of the Drake curse π pic.twitter.com/uHe69CLIAz
β ESPN FC (@ESPNFC) November 23, 2022
Kanada menjadi pasukan Piala Dunia pertama sejak 1978 yang telah melakukan sekurang-kurangnya 20 percubaan dan satu penalti namun gagal untuk menjaringkan gol.
Kanada nyata mendominasi perlawanan dengan deretan percubaan yang tidak membuahkan hasil dan lebih malang apabila dinafikan dua sepakan penalti.
Walaupun Kanada pasukan lebih baik namun kemenangan dan tiga mata tidak menjadi milik mereka.
Belgium: Courtois (7), Dendoncker (6), Alderweireld (5), Vertonghen (5), Castagne (6), Carrasco (4), Tielemans (5), Witsel (5), De Bruyne (5), E Hazard (6), Batshuayi (6)
Subs: Onana (5), Meunier (5), Trossard (5), Openda (N/A)
Canada: Borjan (6), Johnston (5), Vitoria (5), Miller (5), Laryea (7), Hoilett (6), Hutchinson (6), Eustaquio (6), Buchanan (6), Davies (6), David (6)
Subs: Larin (5), Kone (5), Adekugbe (5), Osorio (N/A), Millar (N/A)
Maghribi Croatia