Kecewa Teruk Sampai Geleng Kepala Ferguson Dan King Kenny Ketawa Puas Selepas 5-0

Kecewa teruk yang bukan kepalang telah ditunjukkan oleh Sir Alex Ferguson usai Mohamed Salah menjaringkan gol kelima Liverpool sehingga menggeleng-gelengkan kepada seakan tidak percaya dengan apa yang terjadi.

Sementara itu legenda Liverpool, Sir Kenneth Mathieson Dalglish yang lebih dikenali sebagai King Kenny ketawa puas nasib baik tak putih mata hitam tanda gembira amat.

North West Derby wujud kerana permusuhan dengan sejarah yang panjang antara Manchester United dan Liverpool menyaksikan Setan Merah lunyai dibelasah di Old Trafford.

Kesilapan demi kesilapan disulam dengan aksi kelakar bahagian pertahanan Manchester United menyaksikan Liverpool mendahului dengan empat gol tanpa balas.

Lima minit bersambung babak kedua menyaksikan pemain paling hebat di muka bumi ketika ini, Mohamed Salah melengkapkan hatriknya dan menjarakkan kedudukan kepada lima gol.

Dikala Mohamed Salah meraikan jaringan itu bersama rakan-rakan, kamera Sky telah menalakan lensanya ke wajah Ole Gunnar Solskjaer yang jelas kelihatan matanya mula berkaca.

Sejurus selepas itu shot terus ditukar kepada Sir Alex Ferguson yang menghembuskan nafas melalui mulut sambil terjuih lalu mengeleng-gelengkan kepala tanda tidak percaya.

Kemudian kamera terus memaparkan wajah pemain dan pengurus legenda Liverpool, Sir Kenneth Mathieson Dalglish yang kelihatan teramat gembira dan puas.

North West Derby ini sudah dilalui dan dialami oleh King Kenny selaku pemain dan juga pengurus, kemenangan satu kepuasan, menang besar dan mudah adalah satu nikmat.

Ada yang memuji Sky dan pengarah siaran langsung ini kerana telah memaparkan satu reaksi yang sangat priceless pada waktu yang tepat walaupun disiarkan secara langsung.

Selepas ketinggalan lima gol, bala terus menimpa Manchester United apabila gol Cristiano Ronaldo telah dibatalkan kerana Ronaldo terlebih dulu offside ketika menerima bola hantaran Harry Maguire.

Beberapa minit kemudian Manchester United terpaksa bermain dengan 10 pemain, Paul Pogba telah dilayangkan kad merah selepas mengasari Naby Keita.

Anthony Taylor melayangkan kad kuning pada awalnya namun selepas merujuk kepada Video Assistant Referee (VAR) keputusan itu diubah kepada kad merah.

Jelas tinggi tapak kaki yang diangkat oleh Paul Pogba, Naby Keita terus dikeluarkan dan terpaksa diusung.

Manchester United nyata lebih baik apabila bermain 10 orang apabila berjaya mengekang Liverpool dari terus melipat gandakan gol yang boleh membawa kepada kehancuran maruah.

Sir Alex Ferguson boleh dikatakan amat tidak menyukai Liverpool dan menganggap musuh terketat ketika beliau masih bergelar pengurus dan ketika itu Liverpool bukanlah sebuah pasukan yang kuat.

Sir Alex Ferguson tidak mahu menggunakan istilah ‘rivalry’ sahaja bagi perlawanan Manchester United menentang Liverpool kerana bagi beliau inilah derbi utama mereka.

Rakaman video team talk yang sangat rare dari Sir Alex Ferguson yang penuh ghairah dan bersemangat menjelang perlawanan menentang Liverpool pada tahun 1998 adalah buktinya.

Satu filem dokumentari memaparkan kisah jatuh bangun Sir Alex Ferguson bertajuk ‘The Alex Ferguson Story’ telah diberi kebenaran untuk menggunakan rakaman dari tahun 1998.

Video team talk dari Ferguson ini memaparkan satu senario yang sangat menarik tentang pemikiran dan cara kerja pengurus dari Scotland itu untuk menentang Liverpool.

Dalam video itu jelas kelihatan pemain legenda Manchester United seperti Roy Keane, Gary Neville, Peter Schmeichel, Ole Gunnar Solskjaer dan lain yang serius dan tekun mendengar penerangan Sir Alex Ferguson.

Sir Alex Ferguson jelas kedengaran mencarut demi mencarut memberi penerangan tentang apa yang perlu dilakukan oleh mereka ketika menentang musuh ketat mereka, Liverpool.

Pada ketika itu Liverpool diperkasakan oleh bekas penyerang Setan Merah, Paul Ince dan pemain kreatif yang memukau Steve McManaman. Ferguson menggesa pemainnya supaya tidak gentar dengan Steve McManaman.

“Jangan cuba beri peluang dan membenarkan dia membuli kau. Betul?”

“Kau mesti pastikan kau bersedia menghadapi dia esok. Hanya itu yang kau perlu bimbangkan tentang dia. Masa kegemilang dia semakin kurang.”

“Itu je kau perlu risau tentang dia.”

Steve McManaman pada ketika itu merupakan nadi kepada pasukan Liverpool dan selepas memberi kata-kata semangat Ferguson menerangkan secara ringkas bagaimana untuk melenyapkan kehebatan McManaman.

“Ia sangat jelas, sejauh mana yang aku fikirkan, kau jaga je McManaman dan terus merapati beliau dengan cepat.”

“Kau tak perlukan pemain yang tertentu, siapa yang paling dekat dengan dia masuk rapat ketat-ketat dan jangan beri peluang membuat sesuatu.”

“Tiga tahun lalu, kita kehilangan gelaran liga di Anfield kerana tidak dengan arahan tentang McManaman.”

Steve McManaman menyarung jersi Real Madrid

Dalam video itu ada satu suara latar belakang yang seakan mengeluh dan suara itu milik Peter Schmeichel yang telah berkata.

“Kami dengar ayat ni seitap kali kami menentang Liverpool. ‘McManaman buat itu ni.’ kami dah tahu.”

“Sebenarnya Fergie tak perlu pun bagi tahu kami, kami dah tahu pun. Aku rasa Fergie suka team talk kot.”

Dah bosan agaknya Peter Schmeichel dengar ayat tu setiap kali nak lawan Liverpool. Semusim sekurang-kurangnya dua kali jumpa Liverpool.

Ferguson tidak bosan mengulangi ayat itu setiap kali bertemu Liverpool kerana McManaman telah meninggalkan bekas dibenak fikiran Ferguson lantaran kedegilan pemain tidak mematuhi arahan.

Mana tak geleng kepada Ferguson melihat Manchester United diratah sebegitu saja selepas 50 minit permainan tambahan pula perlawanan berlangsung di Old Trafford.

BACA:  Chewing Gum Terakhir Sir Alex Ferguson Berjaya Dilelong Pada Harga £390,000 !