Kekuatan Badan Haaland Menghantar Ruben Dias Ke Tanah

Prospek bola sepak paling sensasi ketika ini, Erling Braut Haaland mempamerkan kekuatan yang sangat menakutkan dengan kekuatan badannya mudah menghantar Ruben Dias terus ke tanah.

Terciduk teruk Ruben Dias yang kini sedang mengorak langkah dalam mencipta nama selaku pemain pertahanan terbaik dunia dek penangan Haaland.

Pemain tengah Borussia Dortmund, Mahmoud Dahoud telah melorongkan bola kepada Erling Braut Haaland untuk satu serangan balas selepas memotong hantaran Manchester City.

Ruben Dias berada dihadapan Haaland ketika bola datang namun dengan pecutan bak pelesit Haaland dari belakang memotong Ruben Dias.

Pertarungan kepala ke kepala antara Ruben Dias yang berusia 23 tahun yang halus badannya dan Haaland yang baru berusia 20 tahun.

Satu sentuhan badan dilakukan Haaland ke atas Ruben Dias yang cuba mencabar perebutan bola dan terus menyaksikan pemain Machester City itu tewas.

Keseimbangan badan terus hilang dari diri Ruben Dias yang terus terciduk dan rebah ke tanah lalu tergolek selepas menerima impak kekuatan badan Haaland.

Pertarungan satu lawan satu ini mudah dimenangi Haaland hanya dalam tempoh beberapa saat sahaja.

Namun usaha Ruben Dias itu sudah cukup memberi masa kepada penjaga gol Manchester City, Ederson Moraes bersedia dan menyukarkan sudut peluang Haaland.

Ederson Santana de Moraes telah keluar untuk mencabar Haaland dengan melakukan satu hadangan dan berjaya mendapatkan bola.

Usaha dilakukan Ruben Dias berjasa memberi kesukaran yang amat kepada Haaland untuk membuat percubaan walaupun tewas dengan Haaland yang Sado.

Lantaran ini menjadi sebab kenapa Haaland menjadi idaman setiap pasukan di mana beliau boleh melakukan tugas secara solo dan berkumpulan.

Walaupun tidak menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan ini, Haaland telah mencipta satu assist kepada gol yang dijaringkan oleh Marco Reus.

Gol itu berpunca daripada satu gerakan secara berpasukan dan turn dilakukan oleh Haaland untuk menghantar bola kepada Marco Reus.

Jaringan itu agak penting kerana menjadi bekalan gol tempat lawan buat Borrusia Dortmund untuk suku akhir kedua nanti.

Highlight penuh perlawanan di bawah.

Manchester City 2-1 Borussia Dortmund

Perlawanan suku akhir antara Manchester City dan Borussia Dortmund dimeriahkan dengan satu video Erling Braut Haaland yang memuji kecantikan Stadium Ethihad yang selalu kosong.

Hanya memuji kecantikan Ethihad sudah boleh menimbulkan spekulasi dan memberi harapan bahawa Erling Braut Haaland akan beraksi bersama Manchester City.

Keberadaan Haaland di bandar Manchester dan menginap di hotel berdekatan dengan Old Trafford juga tidak kurang memberi harapan dan menjadi gurauan peminat Manchester United.

Situasi ini wujud kerana Haaland merupakan prospek bola sepak paling diingini oleh semua kelab namun yang menjadi halangan adalah kewangan.

Perlawanan antara Manchester City dan Borussia Dortmund boleh dikatakan seimbang dan menarik terutamanya aksi ditunjukkan oleh Kevin De Bruyne, Phil Foden dan sudah pasti Haaland.

Gol pertama Manchester City merupakan hasil perencanaan yang dilakukan oleh Kevin De Bruyne selepas cubaan Borussia Dortmund membina serangan terkandas.

Kevin De Bruyne melarikan bola dari tengah padang sebelum membuat satu lorongan cantik kepada Phil Foden yang membuat larian di sebelah kiri.

Hantaran leret Phil Foden merentasi kotak penalti Borussia Dortmund mencari Riyad Mahrez di seberang yang kemudiannya menolak bola kepada Kevin De Bruyne.

Hancur dan rabak pertahanan Dortmund dibelah De Bryune, Foden dan Mahrez untuk gol pembukaan perlawanan.

Keperkasaan fizikal Haaland jelas ditunjukkan dalam perlawanan ini ketika dicabar oleh Ruben Dias yang nyata mudah terciduk selepas dihimpit oleh badan Haaland yang sado.

Terus tergolek ke tanah Ruben Dias namun telah bersedia untuk menafikan percubaan Haaland.

Pada minit ke-84 hantaran sedap daripada Haaland terus disudahkan oleh Marco Reus untuk gol penyamaan.

Superball daripada Kevin De Bruyne memberi gol kemenangan kepada Manchester City yang penuh bersahaja lagi tenang melambungkan bola kepada Ilkay Gundogan.

Lambungan De Bruyne disambut dengan sentuhan pertama yang kemas oleh Ilkay Gundogan yang membuat satu setting cantik untuk Phil Foden merembat.

Maka satu gol kemenangan minit akhir telah terhasil.

Manchester City: Ederson, Walker, Dias, Stones, Cancelo, Rodri, Gundogan, Bernardo, Foden, Mahrez, De Bruyne

Subs: Steffen, Trafford, Ake, Sterling, Jesus, Aguero, Zinchenko, Laporte, Torres, Mendy, Fernandinho, Garcia

Borussia Dortmund: Hitz, Morey, Hummels, Akanji, Guerreiro, Can, Dahoud, Bellingham, Reus, Knauff, Haaland

Subs: Burki, Drljaca, Delaney, Hazard, Schulz, Brandt, Reinier, Meunier, Piszczek, Tigges, Passlack, Reyna

BACA:Β  Budak Emas Haaland Jaring Empat Gol Di Separuh Masa Kedua