Kelayakan Piala Dunia: Andorra 0-5 England

England meneruskan saingan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 peringkat Eropah di kumpulan I dengan perlawanan ketujuh bertemu Andorra yang pasti menjadi santapan.

Sehari sebelum perlawanan Estadi Nacional d’Andorra yang akan menjadi medan perlawanan ini telah terbakar namun perlawanan tetap diteruskan seperti dijadualkan.

Menurut kenyataan dari Andorra FA kejadian tersebut tidak membabitkan sebarang kecederaan dan hanya terdapat kerosakkan serta sedikit kesan hangus di pdadang tiruan sahaja.

Menentang Andorra menyaksikan Gareth Southgate tidak menurunkan barisan terkuat England dan memberik peluang kepada pemain seperti Sam Johnstone, Conor Coady
James Ward-Prowse dan Tammy Abraham bermula dari kesebelasan utama.

England membuka tirai jaringan pada minit ke-16 melalui pemain pertahanan kiri mereka, Ben Chilwell dengan rembatan kaki kiri jarak dekat.

Gol berpunca dari hantaran Phil Foden yang disambar Jadon Sancho yang kemudian melorongkan bola kepada Ben Chilwell.

Namun gol tersebut pada awal dibatalkan kerana offside, selepas pemeriksaan kembali dilakukan oleh Video Assistan Referee (VAR) yang memakan masa agak lama, gol itu disahkan.

Ini merupakan gol pertama Ben Chilwell untuk pasukan kebangsaan England.

England menggandakan kedudukan lima minit sebelum tamat separuh masa pertama melalui Bukayo Saka hasil bantuan gol Phil Foden.

Tammy Abraham yang kembali mendapat panggilan daripada Gareth Southgate sejak November 2020 dan diberikan peluang beraksi di kesebelasan utama terus membuktikan ketajaman.

Pada minit ke-59, umpanan Jadon Sancho dengan liarnya pantas disambar Tammy Abraham dihadapan muka penjaga gol Andorra, Josep Gomes untuk gol ketiga.

England mendapat sepakan penalti selepas Jack Grealish telah dijatuhkan oleh Chus Rubio didalam kotak penalti.

James Ward-Prowse menggalas tugas mengambil sepakan, Jordan Henderson dibangku simpanan pasti membuak-buak mahu berebut malangnya tidak diberikan peluang beraksi.

Bacaan yang tepat dilakukan Josep Gomes dengan melayangkan badan ke kiri menghadang sepakan James Ward-Prowse, namun bola kembali ke kaki James Ward-Prowse.

Dengan tenang James Ward-Prowse meletakkan bola ke gawang.

Pada minit ke-86 sepakan percuma penjaga gol England, Sam Johnstone berjaya menemui Jack Grealish yang tenang melakukan aksi penyudah untuk kemenangan penuh bergaya, lima gol tanpa belas.

Ini merupakan gol pertama Jack Greaslish untuk England dan Sam Jonstone mencatat nama sebagai pencipta bantuan gol.

Selepas tujuh perlawanan kelayakan Piala Dunia benua Eropah, England mengemudi kumpulan I dengan 19 mata selepas mencatatkan 6 kemenangan dan satu seri. Emapat mata di hadapan Albania.

Kesebelasan Utama Andorra : Gomes, Jesus Rubio, Christian Garcia, Llovera, Marc Garcia, Jordi Rubio, Rebes, Vales, Xavier Vieira, Cristian Martinez, Sanchez.

Pemain simpanan : Emili Garcia, Iker, Moreno, Cervos, De Pablos, Fernandez, Pujol, Pires, Lima, Alaez.

Kesebelasan Utama England : Johnstone, Trippier, Stones, Coady, Chilwell, Foden, Ward-Prowse, Lingard, Saka, Abraham, Sancho.

Pemain simpanan: Rice, Mings, Tomori, Ramsdale, Kane, Henderson, Sterling, Watkins, Mount, Walker, Grealish, Pickford.

Pengadil Perlawanan : Kateryna Monzul (Ukraine).

BACA:  Gareth Southgate Bakal Ketepikan Marcus Rashford Dari Skuad Utama England