Edison Cavani yang berjaya menjaringkan gol pertamanya bersama Manchester United meneruskan rentak jaringannya dan kali bersama pasukan kebangsaan Uruguay.
Colombia menanti kunjungan Uruguay dalam kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan atau South American Football Confederation (CONMEBOL).
Pemain penyerang Manchester United itu telah membuka tirai jaringan perlawanan seawal minit ke-5 selepas menyempurnakan umpanan Nahitan Nandez.
🇨🇴0-1🇺🇾
⚽️Cavani (5')
📱Síguelo: https://t.co/SfcLti5PmA pic.twitter.com/54sXPKmKWH
— CONMEBOL.com (@CONMEBOL) November 13, 2020
Nahitan Nandez telah berkerja keras mencuri bola di kawasan tengah sebelum membuat satu umpanan kepada Cavani yang disudahkan dengan rembatan kaki kanan.
Luis Suarez menggandakan kedudukan selepas sembilan minit perlawanan separuh masa kedua bersambung melalui satu sepakan penalti.
Jeison Murillo telah menjatuhkan Rodrigo Bentancur di dalam kotak dan tiada masalah buat Suarez menjaringkan gol.
📈Datos🧐
Luis Suárez 🇺🇾 llegó a 4⃣ goles en las #EliminatoriasSudamericanas, y todos fueron de penal; solo 9⃣ de sus anteriores 5⃣9⃣ goles⚽️ con @Uruguay habían sido por esa vía. pic.twitter.com/z5ps5lvbQy
— CONMEBOL.com (@CONMEBOL) November 13, 2020
Untuk rekod ini merupakan gol keempat Suarez dalam tiga perlawanan bersama Uruguay, Tajam menikam.
Selepas 73 minit permainan, Darwin Nunez menjaringkan gol ketiga sekaligus melengkapkan kemenangan 3-0 Uruguay ke atas Colombia.
James Rodriguez gagal memberi impak untuk Colombia melakukan kebangkitan atau sekurangnya-kurangnya memperoleh gol saguhati.
📢@Uruguay 🇺🇾 golea 3-0 a la @FCFSeleccionCol 🇨🇴 en Barranquilla.
⏱️Final: 🇨🇴0-3🇺🇾
⚽️Cavani (5') ; Suárez (54'); Núñez (73’)#EliminatoriasSudamericanas #Fecha3 pic.twitter.com/oLy3iim8mb
— CONMEBOL.com (@CONMEBOL) November 13, 2020
Yerry Mina melengkapkan kekalahan Colombia dengan kad merah apabila mengutip kad kuning kedua di penghujung perlawanan.
Kemenangan ini membolehkan Uruguay mengumpul 6 mata selepas tiga perlawanan dan berada di tangga keempat kumpulan kelayakan.
Manakala Colombia berada di tempat ketujuh dengan 4 mata selepas seri dengan Chile dan berjaya menewaskan Venuezela.
Empat pasukan teratas dalam kelayakan Amerika Selatan akan layak ke Piala Dunia Qatar 2022 dan pasukan di tempat kelima akan bermain play-off.
📌 #EliminatoriasSudamericanas #Fecha3
Los goles de la Celeste ⚽️🇺🇾
🇨🇴0⃣-3⃣🇺🇾
📹https://t.co/zP5vtcPdrI pic.twitter.com/tP01AEXQQ7
— CONMEBOL.com (@CONMEBOL) November 14, 2020
Colombia: Ospina; Cuadrado, Mina, Murillo, Mojica; Uribe (Cardona 65), Barrios (Diaz 32), Lerma; Rodriguez, Zapata, Muriel (Morelos 60)
Subs not used: Vargas, Tesillo, Campuzano, Suarez, Montero, Munoz, Fabra, Lucumi, Orejuela
Uruguay: Campana; Caceres, Gimenez, Godin, Vina; Nandez, Torreira, Bentancur (Neves 90), De La Cruz (Nunez 46); Cavani (Arambarri, 78), L. Suarez (J. Rodriguez, 70)
Subs not used: Munoz, D. Suarez, Oliveros, Irrazabal, Rolin, B. Rodriguez, Rossi