Empat Pemain Uruguay Berdepan Hukuman Penggantungan 10-15 Perlawanan

gimenez siku

Empat pemain Uruguay bakal berdepan hukuman penggantungan 10 sehingga 15 perlawanan oleh FIFA jika didapati bersalah selepas berkelakuan ganas ketika perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Ghana.

Empat pemain yang dituduh bertindak di luar ketertiban perlawanan ialah Edinson Cavani, Jose Maria Gimenez, Diego Godin dan Fernando Muslera, dan empat pemain itu dalam bahaya menghadapi risiko hukuman dari FIFA.

Uruguay tersingkir daripada Piala Dunia pada peringkat kumpulan, menduduki tempat ketiga, mengumpul mata yang setara dengan Korea Selatan selepas memenangi perlawanan terakhir menentang Ghana.

Pasukan kebangsaan Korea Selatan layak hasil daripada kelebihan dua gol lebih banyak daripada Uruguay dalam kumpulan yang menjadi pilihan mereka untuk layak.

Perlawanan menentang Ghana sememangnya hangat kerana sejarah terdahulu antara kedua-dua pasukan pada Piala Dunia 2010 dan emosi itu, ditambah pula dengan ketegangan perlawanan terakhir kumpulan untuk menentukan kelayakan, mengakibatkan tindakan yang menyaksikan empat pemain itu berpotensi dihukum oleh FIFA.

Menurut media Sepanyol AS, empat pemain itu telah didakwa kerana melanggar artikel 11 dan 12 kod tatatertib FIFA dan kini menunggu keputusan daripada badan induk, dengan buku peraturan tatatertib FIFA menyatakan:

“Larangan menjalankan aktiviti berkaitan bola sepak selama sekurang-kurangnya enam bulan.”.

Keputusan muktamad Jawatankuasa Tatatertib FIFA tidak akan diketahui sehingga penghujung Februari dan terdapat risiko bahawa pemain boleh diharamkan daripada bermain untuk kelab mereka, serta negara mereka.

Terdapat dua insiden yang jelas dan telah dirakan di mana Jose Maria Gimenez telah memukul kepala pegawai FIFA dan Cavani melemparkan monitor VAR ke tanah dalam perjalanan ke terowong bilik persalinan selepas kejadian itu.

Mengambil kira tindakan mereka, kedua-dua mereka boleh berdepan penggantungan sehingga enam bulan kerana Jawatankuasa FIFA boleh melayakkan perbuatan yang dikaitkan dengan pemain sebagai hasutan awam iaitu “kebencian atau keganasan”.

Edison Cavani menyertai Valencia pada musim panas ini dan pemain berusia 35 tahun itu telah menjadi watak penting bagi negaranya sepanjang 136 penampilannya, setelah menjaringkan 58 gol dan mewakili negaranya di empat Piala Dunia.

Jose Maria Gimenez pula merupakan pemain utama untuk Diego Simeone di Atletico Madrid, ketiadaannya akan menjadi satu kehilangan besar bagi pasukan Sepanyol itu, kerana mereka ingin meningkatkan prestasi mereka untuk mengukuhkan kedudukan empat teratas mereka, tetapi dia juga penting bagi negaranya, telah membuat 81 caps sejak penampilan sulungnya pada 2013.

Penjaga gol, Fernando Muslera telah mencipta namanya di Galatasaray, telah berada di kelab itu sejak 2011 dan dia juga telah menjadi tunjang penting untuk negaranya dengan pemain berusia 36 tahun itu membuat 133 penampilan.

Akhir sekali, Diego Godin telah menjadi pertahanan terbaik di Eropah selama bertahun-tahun dan berpengaruh dalam kebangkitan Atletico di bawah Simeone pada awal 2010-an, tetapi pemain berusia 36 tahun itu masih menjadi kunci kepada negaranya.

Dengan 161 caps sejak penampilan sulungnya pada 2005, dia pastinya adalah legenda untuk Uruguay; dia kini menjalankan tugasnya di Vélez Sarsfield dalam divisyen pertama Argentina namun Godin mungkin kurang terkesan kerana karier yang sudah tiba dipenghujung.

Namun keputusan ini akan diberikan FIFA pada Februari dan pemain yang tersakiti ini pasti akan berharap untuk terlepas daripada hukuman yang berat, terutamanya memandangkan usia Cavani, Muslera dan Godin yang ke penghujung.

Apa yang pasti kini adalah Jose Maria Gimenez adalah pemain yang akan dikenakan hukuman paling berat kerana telah menyiku kepala Pengarah pertandingan FIFA yang menjalankan tugasnya ketika perlawanan.

BACA:  Piala Dunia 2022: Dua Gol Bruno Fernandes Bawa Portugal Ke Pusingan Kalah Mati