Kelayakan Piala Dunia: Jerman 3-0 Iceland

Sepertimana England, Jerman memulakan kempen Piala Dunia Qatar 2022 dengan kemenangan selesa tiga gol tak berbalas ke atas Iceland yang jauh lebih padu dari San Marino.

Jerman berada di kumpulan J kempen Kelayakan Piala Dunia bersama Romania, Armenia, North Macedonia, Liechtenstein dan Ireland.

Ini merupakan kemenangan ke-17 Jerman secara berturut-turut dalam kempen kelayakan Piala Dunia. Rekod baru dalam bola sepak Jerman. DNA Jerman tulen.

Gol pendahuluan Jerman telah dijaringkan oleh Leon Goretzka seawal minit ke-3 hasil umpanan Serge Ganbry.

Tidak sempat berpeluh lagi dan kegembiraan gol pertama masih belum habis, Kai Havertz menggandankan kedudukan pada minit ke-7.

Jaringan Goretzka dan Havertz terhasil dalam tempoh 7 minit sahaja dan sejarah telah berulang.

Ini merupakan dua gol terpantas Die Mannschaft untuk mendahului lawan dalam perlawanan kompetitif sejak Maei 1959.

52 tahun lalu Gerd Müller dan Wolfgang Overath hanay memerlukan 5 minit untuk mendahului Cyprus juga dalam kempen kelayakan Piala Dunia.

Ilkay Gundogan menjaringkan gol ketiga pada separuh masa kedua dan melengkapkan kemenangan 3-0 Jerman ke atas Iceland.

Ini merupakan gol ke-13 Ilkay Gundogan bersama kelab dan negara untuk tahun 2021.

Dalam perlawanan ini menyaksikan gol kedua peribadi dari Kai Havertz dibatalkan kerana offside.

Serge Gnabry terlepas peluang mencetak nama selaku penjaring selepas percubaannya menggegar tiang.

Pada usia 18 tahun 27 hari, Jamal Musiala menjadi pemain paling muda beraksi untuk Jerman sejak oktober 1954.

Uwe Seeler pada tahun 1954 turun beraksi untuk Jerman pada usia 17 tahun 345 hari.

Permulaan 2021 yang baik buat Jerman selepas dibelasah Sepanyol 6-0 pada tahun lalu.

Germany: Neuer, Klostermann, Ginter, RUdiger, Can, Goretzka, Kimmich, GUndogan, Havertz, Gnabry, Sane

Substitutes: Max, Tah, Musiala, Werner, Younes, Trapp, Neuhaus, Wirtz, ter Stegen

Iceland: Halldorsson, Sampsted, Arnason, Ingason, Magnússon, Gunnarsson, Palsson, Sigurjonsson, Bjarnason, Bodvarsson

Substitutes: Eyjolfsson, Sigurdsson, Gudmundsson, Sigthorsson, Sigurdsson, Fridjonsson, Kristinsson, Runarsson, Hermannsson, Gudmundsson, AF Skulason

BACA:  Pertama Kali Dalam Sejarah Jerman, Perlawanan Bola Sepak Ditangguhkan Kerana Gangguan Berunsur Perkauman