Kelayakan Piala Dunia: Thailand 0-1 Malaysia

Harimau Malaya turun dalam perlawanan terakhir saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dan sudah pasti misi kemenangan menjadi sasaran dan tiga mata menjadi buruan.

Malaysia turun tanpa Corbin Ong yang digantung kerana kuota kad kuning yang mencukupi digantikan dengan Syahmi Safari dan Nur Azam Azih kembali ke kesebalasan utama.

Selain itu Tan Cheng Hoe turut menurunkan Arif Aiman, Akhyar Rashid dan juga Nazmi Faiz Mansor serta Khairulazhan Khalid menggantikan Farizal Marlias di gawang.

Perlawanan dimulakan dengan malu-malu dan sopan yang sangat kena dengan peribadi orang Asia Tenggara yang sopan dan berakhlak tinggi.

Malaysia terlebih dahulu mencuba melalui Mattew Davies pada minit ke-5 apabila berjaya memperdayakan pertahanan lawan sebelum melepaskan percubaan tepat ke arah penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom.

Tiga mini kemudian, tekanan yang dilakukan Brendan Gan memaksa penjaga gol Thailand membuat satu hantaran kepada rakan namun berjaya dibaca terlebih awal oleh Akhyar Rashid.

Akhyar Rashid berjaya merampas bola dan melarikan namun berjaya dikejar dua pemain pertahanan Thailand sebelum sempat melepaskan rembatan.

Hantaran lolos Guilherme De Paula berjaya mencari larian yang dilakukan oleh Akhyar Rashid namun sentuhan pertamanya terlalu power.

Penjaga gol Thailand sudah keluar, dan Akhyar hanya sempat menjolok sahaja bola menjauhi gawang.

Peluang Malaysia hadir lagi melalui sepakan penjuru namun tandukan Guilherme De Paula agak lemah dan tepat kepada penjaga gol.

Thailand banyak masuk disebelah kanan dan Syahmi Safari menjadi lubuk pemain Thailand, sangat mengancam dan menggerunkan setiap serangan Thailand tapi gagal menghadirkan gol.

Malaysia mendapat sepakan percuma dan Azam Aziz menghantar ke tengah kotak Thailand dan Aidil Zaquan datang menanduk, sekali lagi penjaga gol Thailand berjaya menangkap kemas.

Selepas 30 minit permainan Malaysia mempamerkan aksi terbaik yang pernah ditunjukkan dalam tiga perlawanan terakhir di kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia.

Suphanat Muenta akhirnya memecahkan kebuntuan dengan gol pembukaan, malangnya penjaga garisan telah menaikan bendera tanda offside.

Akhirnya perlawanan separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan seri tanpa jaringan dengan beraksi baik.

Separuh masa kedua Tan Cheng Hoe melakukan dua pertukaran dengan mengeluarkan Brendan Gan dan Arif Aiman Hanapi, Syafiq Ahmad dan Safawi Rasid dimasukkan.

Tujuh minit bersambung babak kedua, Safawi Rasid telah dijatuhkan oleh Ernesto di dalam kotak penalti Thailand.

Safawi Rasid mengambil sepakan dan satu sepakan ke arah kanan gawang dilakukan pemain JDT itu, penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom membuat bacaan tepat.

Mujur sepakan Safawi Rasid terlalu kencang dan bocor perut Chatchai Budprom pada minit ke-52.

Kalaulah Guillherme De Paula yang membuat sepakan pasti Malaysia akan terus terhibur dengan larian pantas Guillherme De Paula.

Thailand terus cuba memberi reaksi balas dan hampir menjaringkan gol penyamaan dua minit kemudian namun percubaan Jaroensak Vongkorn diselamatkan dengan aksi bertaraf dunia Khairulazhan Khalid.

Guillherme De Paula terus meminta maki apabila membazirkan peluang keemasan apabila membuat sepakan melambung ke tinggi ke pluto.

Sudah sempurna dan cantik hantaran Syafiq Ahmad itu tapi itu la.

Thailand terus mencari gol penyamaan dan memasukkan pemain berbahaya mereka Tristan Do dan Adisak Kraison namun tiada membuahkan hasil.

Dipenghujung perlawanan Thailand hampir menjaringkan gol pertama melalui Suphanat Muenta namun percubaannya terlalu tinggi.

Sehingga wisel penamat jaringan penalti Safawi Rasid menjadi satu-satunya jaringan dalam perlawanan ini dan Malaysia mengutip tiga mata.

Malaysia menamatkan saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditangga ketiga kumpulan G dengan mengumpul 12 mata mengatasi Thailand ditangga keempat.

Kemenangan ini telah dan menamatkan saingan ditempat ketiga membolehkan Malaysia layak secara automatik ke Pusingan 3 Kelayakan Piala Asia 2023.

Thailand Starting XI: C. Budprom; S. Dangsri, M. Bihr, Ernesto, N. Weerawatnodom, S. Sarachat, T. Puangchan (C), T. Suengchitthawon, J. Vongkorn, P. Sukjitthammakul y S. Mueanta.

Subs: S. Tedsungnoen; J. Kaewprom, A. Kraisorn, T. Do, S. Purisai, S. Yooyen, P. Hemviboon, S. Jaided, P. Chamratsamee, E. Punya, S. Thongsong y N. Suksum.

Malaysia Starting XI: K. Khalid; M. Davies, M. Syahmi, D. Cools, A. Zafuan (C), N. Azam, M. Nazmi, B. Gan, A. Aiman, G. de Paula y M. Akhyar.

Subs:N. Idian; F. Marlias, L. Krasniqi, A. Nor, M. Syafiq, M. Safawi, D. Tan, M. Irfan, S. Somerville, R. Ghazali y L. Hakim.

Malaysia 1-2 Vietnam

Perlawanan menentang Malaysia menentang Vietnam merupakan perlawanan penentuan antara hidup nasib Malaysia untuk kempen kelayakan Piala Dunia Qatar 2022/Piala Asia 2023.

Malaysia bermain agak baik dan metakinkan pada awal permainan dan tampak berani menyerang dengan melakukan gerakan bagi mencari gol awal.

Vietnam seperti biasa yang terkenal dengan permainan penuh berdisiplin tenang menyerap asakan dan sesekali menyerang dengan kelajuan mereka yang tidak boleh bawa bincang.

Pada minit ke-16 Nguyen Tien Linh telah terlepas hantaran cantik rakan sepasukan apabila sedikit lewat menyambar hantaran tersebut.

Percubaan Malaysia hadir melalui Syafiq Ahmad namun rembatannya lemah, Syafiq mempunyai pilihan untuk menolak bola kepada rakan namun memilih untuk mencuba.

Selepas 20 minit permainan, Vietnam semakin selesa memegang bola, Malaysia mula kehilangan pedoman dan tanda-tanda huru-hara mula kelihatan.

Akhirnya Nguyen Tien Linh berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-27 yang berpunca dari situasi kucar-kacir di depan gawang Malaysia berpunca dari sepakan penjuru.

Gol itu terhasil daripada kegagalan pemain Malaysia mengawal pemain Vietnam yang sememangnya sangat bahaya dalam situasi bola mati.

Percubaan paling bahaya dari Malaysia akhirnya hadir sekali lagi melalui Syafiq Ahmad yang menanduk tajam namun berjaya ditepis penjaga gol Vietnam.

Dua sepakan penjuru berturut-turut dilakukan berjaya diperolehi skuad Harimau Malaya namun gagal membuahkan sebarang hasil apatah lagi sebuah percubaan.

Matthew Davies telah dijatuhkan pemain Vietnam diluar kotak dan sepakan percuma telah diberikan oleh pengadil perlawanan.

Safawi Rasid mengambil sepakan percuma dengan satu sepakan cantik menuju ke penjuru kanan gawang, namun berjaya ditepis keluar penjaga gol Vietnam.

Dipenghujung separuh masa pertama, Malaysia terus menekan dan bola Guilherme De Paula gagal disambar oleh Mohamadou Sumareh.

Bermula babak kedua Tan Cheng Hoe memgeluarkan Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad lalu dimasukkan Nazmi Faiz Mansor dan Akhyar Rashid.

Kesilapan Corbin Ong melepaskan bola mudah kepada lawan hampir mengundang padah mujur percubaan pemain Vietnam tersasar.

Sepakan percuma Nazmi Faiz Mansor sungguh cantik namun Guilherme De Paula gagal menyambar peluang terbaik. Mungkin Guilherme De Paula mahukan bola sampai betul-betul depan kaki.

Pada minit ke-65, Vietnam hampir saja menggandakan kedudukan apabila satu hantaran membelah pertahanan berjaya dilakukan memaksa Farizal Marlias keluar, mujur bola percubaan dilakukan tidak melencong dan gagal disambar.

Guilherme De Paula akhirnya ada fungsi dan berguna apabila mendapat sepakan penalti selepas rempuhan atas udara dilakukan pertahanan Vietnam.

Dion Cools meminta mahu membuat sepakan namun Guilherme De Paula berkeras mahu membuat sepakan itu. Satu sepakan deras ke kanan bawah gawang dari De Paula masuk dan satu keraian seperti menjaringkan gol kemenangan ditunjukkan oleh De Paula.

Selepas Mohamdou Sumareh dikeluarkan digantikan dengan Arif Aiman, Syameer Kutty Abba pula dikeluarkan dan Liridon Krasniqi dimasukkan untuk menambah impak dibahagian tengah.

Nguyen Van Tong telah dijatuhkan oleh Brendan Gan menurut mata pengadil dan dari ulang tayang yang tidak jelas seperti tiada sentuhan dan satu simulasi dilakukan. Jelas satu simulasi.

Que Ngoc Hai tiada masalah untuk menewaskan Farizal Marlias yang membuat satu rembatan deras walaupun bacaan yang betul dilakukann.

Penjaga gol Vietnam telah diberikan amaran dan teguran oleh pengadil kerana tidak mempamerkan semnangat kesukanan dengan mula lengah-lengahkan perlawanan.

Berbaki lima minit, Tan Cheng Hoe melakukan pertukaran kelima dengan mengeluarkan Brendan Gan dan pemain muda harapan, Luqman Hakim dimasukkan.

Lima minit masa kecederaan dan Harimau Malaya gagal melakukan apa-apa dan perlawanan di Stadium Al-Makthoum Dubai, UAE berakhir dengan Malaysia 1-2 Vietnam.

Maka tamatlah perjuangan Malaysia di saingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan perlawanan terakhir Malaysia akan bertemu Thailand.

UAE 4-0 Malaysia

Menentang UAE bukanlah satu tugas mudah buat Malaysia dan kali terakhir Malaysia menang ke atas UAE adalah 39 tahun yang lalu. UAE berada diranking 73 dunia jauh meninggalkan Malaysia ditangga 153.

Rekod 13 pertemuan Malaysia menentang UAE menyaksikan hanya dua kali sahaja Malaysia mencatatkan kemenangan dengan 1 seri dan 10 kekalahan. Namun di atas padang semua boleh terjadi.

Malaysia

Jaringan – 8 gol, 37 bolos
Rekod Perlawanan – 2 Menang 1 Seri 10 Kalah
Ranking – 153

UAE

Jaringan – 37 gol, 8 bolos
Rekod Perlawanan – 10 Menang 1 Seri 2 Kalah
Ranking – 73

Sudah pasti kemenangan diperlukan oleh Harimau Malaya ke atas UAE bagi meneruskan harapan untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia.

Dion Johan Cools terus diturunkan oleh Tan Cheng Hoe, bergandingan dengan dengan ketua pasukan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak di pertahanan tengah.

Benteng Malaysia bocor teruk diserang dengan kepantasan pemain UAE dan pada minit ke-6 peluang terbaik diperoleh UAE namun mujur Farizal Marlias berjaya membuat hadangan berkelas dunia.

Permainan pantas UAE beransur perlahan dan menjadi tenang selepas Malaysia mula menyerap tekanan dan Harimau Malaya berjaya mendapat sepakan penjuru pertama namun tiada hasil.

Minit ke-19 dengan penuh ketenangan satu hantaran jauh UAE dari kawasan sendiri berjaya mencari Ali Mabkhout untuk gol pertama yang mudah melakukan lob melepasi Farizal Marlias yang keluar dari kawasan gol.

Lima minit kemudian sekali lagi hantaran jauh UAE berjaya menghasilkan jaringan namun mujur gol tersebut dibatalkan kerana offside.

Tiga puluh minit permainan Harimau Malaya semakin lesu dengan hantaran ke laut, posisi berterabur dan jelas tiada komunikasi antara pemain.

Selepas water break Malaysia sudah mampu melancarkan serangan walaupun tidak berbahaya terutamanya 10 minit terakhir. Tandukan De Paula boleh tahan kelakar.

Harapan dan sinar masih ada buat Harimau Malaya jika terus memperkemaskan permainan yang dipamerkan dalam 10 minit terakhir 45 minit pertama.

Dan itulah tang dilakukan oleh anak buah Tan Cheng Hoe yang tampak lebih yakin pada awal permainan separuh masa kedua.

UAE hanya bermain secara tunggu dan lihat sambil mengesan ruang dan peluang dan sesekali menyerang dengan ancaman yang agak menggentarkan.

Syafiq Ahmad masuk menggantikan Nor Azam Azih kemudian pada minit ke-62 Luqman Hakim masuk menggantikan Safawi Rasid yang tidak memberi impak.

Pengulas Haji Zainal Abidin Rawop mempersoalkan tindakan Tan Cheng Hoe memasukkan Luqman Hakim, Adakah ini satu keputusan yang tepat?

UAE datang lagi, namun Farizal Marlias telah bersedia dengan penyelamatan bertaraf dunia lagi. Dua lagi percubaan UAE ke laut.

Syafiq Ahmad akhirnya berjaya melakukan satu percubaan lencong tak berapa nak lencong namun cukup untuk satu jeritan dilepaskan.

Farizal Marlias terus cemerlang apabila menidakkan dua lagi percubaan UAE terutamanya percubaan satu lawan satu Ali Mabkhout.

UAE akhirnya berjaya menggandakan kedudukan dengan percubaan lencong Fabio Lima pada minit ke-83 dan Farizal Marlias tertewas buat kali kedua.

Malaysia semakin lesu untuk menyerang dan kecemerlangan dipamerkan Farizal Marlias gagal menjadi pemangkin semangat buat rakan sepasukan yang lain. Woi kesian kat Farizal.

Barai, koyak dan kecewa menyaksikan mudah UAE merobek gawang Malaysia dengan dua gol dalam tempoh dua minit masa kecederaan.

Ali Mabkhout menjaringkan gol ketiga melalui satu serangan balas pantas dan gol keempat dari Fabio Lima hasil kesilapan pemain Malaysia membuat hantaran kelaut.

Dion Cools hampir menjaringkan gol pada minit akhir perlawanan dengan sundulan terbang namun diselamatkan dengan kaki oleh penjaga gol UAE yang comel.

Apa yang dilakukan oleh De Paula dalam perlawanan ini? Syafiq Ahmad nyata memberi impak dalam perlawanan ini walaupun kurang minit bermain berbanding pemain lain.

Beraksi demi lencana di dada.

Penjaga gol – Mohd Farizal Marlias

Pertahanan – Mohd Rizal Mohd Ghazali, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak , Dion Cools , La’vere Corbin-Ong.

Tengah – Muhamad Nor Azam Abdul Azih, Safawi Rasid, Mohamed Syamer Kutty Abba, Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi

Penyerang – Guilherme De Paula Lucrecio

Malaysia 1-2 UAE

Kehangatan perlawanan kedua Malaysia di kelayakan Piala Dunia 2022 dab Piala Asia 2023 sangat dirasai apabila 20,000 tiket telah habis dijual sehari sebelum perlawanan.

Perlawanan antara Malaysia dan UAE ini diadili oleh pengadil daripada Jepun, Hiroyuki Kimura menyaksikan meja-meja dikedai mamak mula penuh seawal jam 8.

Malaysia memulakan permainan dan selepas 35 saat sundulan Syafiq Ahmad meletakkan Malaysia didepan yang nyata menjadi gol semangat buat Harimau Malaysia.

Hantaran silang Matthew Davies yang cantik lagi manis segera mencari Syafiq Ahmad yang melonjak sesedap rasa untuk jaringan pembukaan.

Selepas jaringan itu Malaysia terus melancarkan serangan demi serangan dan membuatkan UAE tidak seperti UAE yang dikenali sebelum ini.

Beberapa percubaan terbaik hadir melalui Sumareh dan Sapawi Rasid namun peluang Norshahrul Idlan Talaha gagal disudahkan dengan baik apabila cubaan melencongkan bola tidak menjadi lalu bola ke langit.

Pada minit ke-27 barulah UAE memperoleh peluang terbaik mereka dan berdepan dalam situasi 1 lawan 1, nasib baik percubaan beliau sempat ditepis Farizal marlias dan terkena tiang.

Harimau Malaya terus mengasak dan mengasak namun gagal mencari sebarang gol tambahan apabila dinafikan dengan sentuhan penyudah.

UAE akhirnya berjaya memperoleh gol penyamaan sebelum tamat separuh masa pertama hasil sundulan Ali Ahmed Mabkhout pada minit ke-43.

Malaysia nyata mempamerkan prestasi cemerlang gemilang terbilang lagi luar biasa pada separuh masa pertama.

UAE kembali mendapat permainan mereka secara perlahan-lahan pada separuh masa kedua dan mula menekan Malaysia tetapi Harimau Malaya masih bersemangat walaupun tampak mulai letih.

Mohamadou Sumareh dikeluarkan kerana kecederaan dan digantikan dengab Syamer Kutty Abba. Permainan tekanan tinggi UAE membuahkan hasil.

Ali Ahmed Mabkhout berjaya meletakkan UAE didepan selepas berjaya lolos dan gagal dikejar pertahanan Malaysia.

Safawi Rasid hampir menjaringkan gol penyamaan namun rembatan sedap beliau sekadar menyinggah tiang dan bola muntah gagal disambar Syamer Kutty Abba.

Harimau Malaya mempamerkan aksi yang jarang-jarang dapat dilihat apabila berterusan menyerang untuk mencari sekurang-kurangnya satu mata dengan semangat tidak mengenal kalah.

Corak permainan dan semangat yang ditunjukkan pemain Harimau Malaya melepasi jangkaan dan terbaik yang pernah ditunjukkan.

Starting XI MALAYSIA vs UAE

MALAYSIA: 1. Farizal Marlias (GK)(C); 2. Matthew Davies, 3. Shahrul Saad, 5. Adam Nor Azlin, 7. La’Vere Corbin-Ong; 6. Brendan Gan, 8. Nor Azam Abdul Azih; 13. Mohamadou Sumareh, 20. Syafiq Ahmad, 11. Safawi Rasid; 9. Norshahrul Idlan Talaha.

Subs: 4. Syahmi Safari, 10. Shahrel Fikri Md Fauzi, 12. Akram Mahinan, 14. Syamer Kutty Abba, 15. J Partiban, 16. Danial Amier Norhisham, 17. Irfan Zakaria, 18. Dominic Tan, 19. Akhyar Rashid, 21. Nazirul Naim Che Hashim, 22. Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (GK), 23. Ifwat Akmal Chek Kassim (GK).

UAE: 17. Khalid Eisa (GK), 2. Mohamed Saleh Almenhali, 3. Walid Abbas (C), 5. Ali Hassan Al-Blooshi, 7. Ali Ahmed Mabkhout, 11. Jassim Yaqoob Al-Balooshi, 12. Khalifa Al Hammadi, 13. Ahmed Barman, 14. Khalil Ibrahim, 19. Mohammed Omar Al Attas, 20. Ali Saleh Amro.

Subs: 1. Ali Khasif (GK), 4. Habib Al Fardan, 6. Majid Ibrahim, 8. Hassan Al-Moharrami, 9. Bandar Al-Ahbabi, 10. Omar Abdulrahman, 15. Ismail Al Hammadi, 16. Al Hassan Saleh, 18. Zaid Al-Ameri, 21. Tareq Ahmed, 22. Mohamed Al Shamsi (GK), 23. Salem Rashid.

BACA:Β  Sorakan Penyokong Punca Malaysia Tewas - Menteri Belia Dan Sukan