Kelayakan Piala Dunia: Vietnam 4-0 Indonesia

Vietnam akhirnya kembali turun beraksi untuk meneruskan saingan yang penuh cemerlang dari anak buah Park Hang-seo untuk Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Kedua-dua pasukan turun dengan misi yang sama, Indonesia sudah pasti mahu mencari kemenangan pertama dan menjadi pengacau manakala Vietnam pasti mahu meneruskan kutipan 3 mata.

Perlawanan ini berlangsun Stadium Maktoum Bin Rashid Al Maktoum, Dubai, United Arab Emirates.

Indonesia bermain dengan permainan bertahan yang penuh semangat menentang Vietnam walaupun agak berterabur pertahanan mereka namun semangat juang mereka harus dipuji.

Permainan fizikal yang keras dan terjahan demi terjahan yang agak brutal telah disajikan oleh para pemain Indonesia.

Selepas 18 minit permainan dua kad kuning telah dikutip pemain Indonesia dan kekerasan mula mengendur.

Cara permainan bertahan secara fizikal oleh Indonesia ini berjaya mengekang kelincahan Vietnam dan mengikat kedudukan tanpa jaringan tamat separuh masa pertama.

Awal babak kedua Vietnam terus mencuba dengan satu rembatan jarak jauh namun bola telah terkena palang.

Pada minit ke-50 berpunca dari hantaran panjang, Vietnam berjaya mendahului hasil gol kontroversi Nguyen Tien Linh yang melantun masuk selepas terkena tiang.

Pemain Indonesia membantah dan mendakwa bola terkena tangan Nguyen Tien Linh namun gol itu telah disahkan oleh pengadil.

Penjaga gol Indonesia, Nadeo Argawinata telah dilayangkan kad kuning kerana membantah keputusan pengadil.

Pada minit ke-62, Quang Hai Nguyen telah menggandakan kedudukan dengan satu rembatan luar kotak penalti yang sungguh mengelirukan.

Lima minit kemudian, Cong Phuong Nguyen menjaringkan gol ketiga menggunakan perut yang berpunca daripada sepakan sudut Luong Xuan Truong yang ditanduk Tienh Linh mencari Cong Phuong Nguyen.

Indonesia memberi tindakbalas dengan satu percubaan kencang Egy Maulana Vikri namun terkena tiang yang berdentuman.

Van Thanh Vu menjaringkan gol keempat Vietnam pada minit minit ke-74 melalui gol persis yang dilakukan oleh Safawi Rasid.

Vietnam memperoleh empat gol dalam tempoh 22 minit dan kedudukan 4-0 ini kekal hingga tamat perlawanan. Permainan pantas Vietnam nyata gagal disaingi Indonesia.

Selepas enam perlawanan Vietnam mendahului kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2020 Qatar dengan 14 mata dengan 4 kemenangan dan 2 seri.

UAE pula berada ditangga kedua dengan 12 mata selepas menewaskan Thailand 3-1 dan harapan Malaysia untuk mara atau sekurang-kurang meraih tempat kedua amat sukar.

Jika difikirkan dengan permainan yang ditunjukkan ketika menentang UAE tempoh hari boleh dikatakan peluang Malaysia sudah tertutup.

Namun dalam bola sepak selagi masih ada peluang walaupun tipis tidak salah berharap.

Vietnam (4-2-3-1): Bui Tan Truong (goalkeeper), Vu Van Thanh, Do Duy Manh, Que Ngoc Hai, Bui Tien Dung, Nguyen Phong Hong Duy, Nguyen Van Toan, Nguyen Tuan Anh, Nguyen Quang Hai, Phan Van Duc, Nguyen Tien Linh.

Indonesia (4-5-1)Nadeo Argawinata; Arif Satriya, Rizky Ramadhani, Pratama Arhan, Asunawi; Evan Dimas Darmono, Syahrian Abimanyu, Rachmat Irianto, Yakob Sayuri, Kushedya Yudo; Osvaldo Haay.

BACA:  MotoGP: Pawang Hujan Lantikan Kerajaan Mendonia