Kenali LASK, Kelab Austria Yang Meraikan Perlawanan Menentang Liverpool

Ada yang mengganggap LASK sebagai singkatan kepada Lebuhraya Shah Alam Kemuning (LASK). Ada juga yang secara berseloroh menganggap kelab itu sebenarnya adalah kelab bola yang mewakili Lembaga Air Sarawak.

LASK sebenarnya bukan kelab asing di Eropah dan pernah berhadapan dengan kelab-kelab utama Eropah yang lain seperti Manchester United dan Tottenham.

Pada awal pagi tadi LASK sempat membuatkan jaguh Eropah Liverpool ketar lutut apabila mendahului lawan mereka itu 1-0 pada minit ke-14 sebelum jaringan Luis Diaz, Darwin Nunez dan Mohamed Salah memberikan kemenangan 1-3 kepada Liverpool.

Hakikatnya tidak ramai yang tahu LASK hampir-hampir sahaja tidak wujud pada hari ini apabila berpotensi muflis beberapa musim lalu.

Siapa sebenarnya LASK?

LASK sebenarnya dikenali sebagai Linzer ASK dan ditubuhkan pada 1908. Ini bermakna LASK sebenarnya adalah antara kelab tertua di Eropah.

Beraksi di Bundesliga Austria, pasukan ini beraksi di Raiffesisen Arena yang memiliki kapasiti 19,080 tempat duduk dan terletak di bandar Linz.

Kelab ini kali pertama bergelar juara Bundesliga Austria pada 1963, dan sejak daripada itu adalah antara peserta tetap pertandingan eropah sejak 35 tahun lalu.

Antara momen bersejarah dan penting kewujudan LASK di pertandingan Eropah ialah apabila pasukan itu menewaskan Inter Milan di Piala UEFA pada 1985.

Walaupun mempunyai penampilan yang banyak di pertandingan Eropah, LASK gagal meraih sebarang kejuaraan. Malah gelaran liga pada 1065 adalah satu-satunya kejayaan utama yang mereka mampu capai sehingga pada hari ini.

Saat sukar LASK

Memasuki tahun 2000, segalanya menjadi sukar buat LASK. Selepas 18 tahun tidak  beraksi di pentas Eropah perancangan kelab semakin tidak menjadi pada ketika itu.

Menjelang 2010, LASK tersingkir ke divisyen dua Liga Austria dan dua tahun kemudian lesen bertanding turut ditarik menyebabkan LASK tidak dibenarkan bertanding di dua divisyen bola sepak Austria.

Sehingga ke satu tahap, kelab itu tidak mampu untuk menganjurkan perlawanan di stadium mereka sendiri!

Mujurlah pada musim 2013/14 sekumpulan pelabur tempatan yang menggelar diri mereka ‘Sahabat LASK’ mengambil alih kelab tersebut sekaligus menyelamatkan kelab yang hampir muflis itu.

Dari situlah bermulanya era baharu LASK.

Perlahan-demi perlahan, LASK berjaya kembali ke divisyen dua Liga Austria sebelum kembali ke Bundesliga Austria tiga musim kemudian.

Kembali ke Eropah

Pada 2018 LASK akhirnya kembali bertanding di pertandingan Eropah apabila melayakkan diri ke pusingan kelayakan Europa League.

Mereka gagal mara ke pusingan peringkat kumpulan tetapi momen itu dianggap sebagai kepulangan semula LASK untuk mencapai perkara lebih tinggi.

Sejak daripada itu LASK adalah antara pasukan yang bermain hamoir setiap musim di pertandingan Eropah.

Pada 2020, LASK mara sehingga pusingan 16 terbauk Europa League, setelah disingkirkan oleh Manchester United yang dikendalikan oleh Ole Gunnar Solskjaser.

Setahun kemudian mereka berhadapan Tottenham di Europa League, dan kemudiannya mara ke pusingan 16 pasukan terbaik Conference League pada 2022.

Selepas setahun tidak beraksi di pentas Eropah, LASK kembali pada musim ini dan diundi bersama jaguh Eropah Liverpool.

Tidak hairanlah mengapa LASK berjaya membuatkan Liverpool menghadapi malam yang sukar walaupun tewas kepada skuad kendalian Klopp pada malam tadi.

Tahun ini mereka bakal meraikan ulang tahun peringatan kelab itu hampir terkubur dan peluang menentang salah sebuah kelab terhebat dunia adalah sesuatu untuk diraikan.

BACA:  RB Salzburg 1-0 Liverpool