Kenapa Pemain Gantian Jaring Gol Lebih Banyak Di Qatar Berbanding Edisi Yang Lalu?

Satu statistik menarik telah dicipta di Piala Dunia Qatar 2022, apabila pemain gantian menjaringkan gol lebih banyak di Qatar berbanding edisi Piala Dunia yang lalu walaupun peringkat kumpulan masih belum tamat.

Setakat artikel ini ditulis dengan dua lagi kumpulan bakal menghabiskan perlawanan terakhir mereka pemain gantian telah menjaringkan 23 gol.

Angka ini telah jauh melepasi jumlah gol yang dijaringkan oleh pemain gantian pada Piala Dunia 2018 di Rusia secara keseluruhannya mengumpul 16 gol selepas 64 perlawanan atau sehingga final.

Secara total, Ia sudah menjadi jumlah ketiga tertinggi dalam sejarah Piala Dunia walaupun masih kurang daripada rekod sepanjang masa 32 gol pada Piala Dunia 2014.

Piala Dunia 2014 di Brazil adalah luar biasa, pemain gantian masuk dan mampu mengubah permainan mencatatkan angka tertinggi dan memecahkan rekod di Piala Dunia 2006 yang mencatatkan 24 gol.

Dan Piala Dunia Qatar bakal memecahkan rekod di Brazil di mana 171 gol dijaringkan sepanjang kejohanan dan 19 peratus daripanya adalah dari pemain gantian.

Mario Gotze adalah penjaring terakhir apabila masuk dari bangku simpanan dan menjaringkan gol kemenangan Jerman di masa tambahan bagi membolehkan Jerman menewaskan Argentina 1-0 dan muncul juara.

Jepun mencipta kejutan terbesar Piala Dunia dengan menewasakan Jerman dan Sepanyol adalah hasil daripada jaringan kemenangan pemain gantian.

Di Qatar setakat ini (baru peringkat kumpulan) 120 gol secara keseluruhan dijaringkan dan 23 daripadanya datang dari pemain gantian.

Jumlah Jaringan Pemain Gantian Di Piala Dunia Sejak 1970.

1. Piala Dunia 2014 – 32 gol

2. Piala Dunia 2006 – 24 gol

3. Piala Dunia 2022 – 23* gol

4. Piala Dunia 2002 – 21 gol

5. Piala Dunia 1990 – 20 gol

6. Piala Dunia 2018 – 16 gol

7. Piala Dunia 1982 – 16 gol

8. Piala Dunia 2010 – 15 gol

9. Piala Dunia 1998 – 14 gol

10. Piala Dunia 1994 – 13 gol

11. Piala Dunia 1986 – 12 gol

12. Piala Dunia 1978 – 6 gol

13. Piala Dunia 1970 – 5 gol

14. Piala Dunia 1974 – 5 gol

*Masih berlangsung

Apakah punca yang membawa kepada kenaikkan mendadak jaringan pemain gantian di Piala Dunia 2022 seperti harga minyak, telur dan ayam ini?

Perubahan Waktu Kejohanan

Piala Dunia Qatar 2022 menyaksikan perubahan waktu kejohanan yang luar dari kebiasaan apabila dilangsungkan pada bulan November/Disember dan sebelum ini pada Jun/Julai.

Ini merupakan Piala Dunia musim sejuk hemisfera utara yang pertama dan sudah pasti akan menjadi faktor utama untuk pasukan membuat keputusan terbaik buat pasukan.

Piala Dunia 2022 bermula dipertengahan musim dan para pemain pula telah berkerja keras dari awal musim mengejar kepadatan jadual bersama kelab dan terus ke Piala Dunia dalam tempoh yang singkat.

Kebajikan pemain adalah faktor penting yang dijaga rapi dalam bola sepak peringkat tertinggi hari ini dan kekurangan masa persediaan, digabungkan dengan jadual peringkat kumpulan yang padat di Qatar, menjadikan penggunaan pemain gantian lebih penting.

Kepadatan jadual bersama kelab dan kepadatan jadual Piala Dunia memaksa pasukan di Piala Dunia bergilir menurunkan pemain bagi memberi rehat yang cukup untuk mengurangkan risiko kecederaan.

Ramai pemain handalan dunia sudah terciduk sebelum kejohanan selepas mengalami kecederaan.

Situasi yang menekan ini membuatkan pasukan bertanding lebih peka dan kreatif dalam menggunakan pemain gantian mengikut kesesuaian persedian taktikal.

Ini menjadikan pemain gantian yang masuk mampu merubah perlawanan, lantaran itu kebanyakkan gol terhasil diseparuh masa kedua selepas babak pertama yang hambar.

Skuad 26 Pemain

FIFA telah mengesahkan bahawa skuad Piala Dunia kali akan akan diberi penambahan pemain pasukan di mana skuad tidak lagi terdiri daripada 23 pemain, tetapi pengurus antarabangsa akan dibenarkan membawa 26 orang pemain.

Ia adalah format yang serupa dengan Euro 2020 kerana penggubal dasar mengambil langkah berhati-hati di tengah-tengah pandemik Covid-19 dan ini merupakan kali pertama peraturan itu dilaksanakan pada Piala Dunia.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa hanya 23 pemain akan dibenarkan untuk disenaraikan dalam pada skuad hari perlawanan dan ini bermakna tiga pemain lagi akan sekadar menjadi penonton.

Penambahan ini ada kelebihan dan kekurangannya, antara kelebihan adalah pengurus boleh mengambil risiko dengan membawa pemain yang kurang cergas menjelang Piala Dunia seperti Dybala di Argentina dan Varane di Perancis.

Kekurangannya seperti diakui oleh Gareth Southgate yang pening dan bimbang mempunyai lebih banyak pemain untuk dipilih kerana Harry Maguire di hati.

Lima Pertukaran

Selain mempunyai skuad yang lebih besar, pengurus antarabangsa juga boleh membuat sehingga lima pemain gantian semasa perlawanan, memberikan mereka kebebasan yang lebih besar untuk membuat perubahan taktikal.

Peraturan era pandemik yang memberi pilihan kepada penganjur pertandingan untuk membenarkan pasukan menggunakan lima pemain gantian dalam satu perlawanan dilanjutkan hingga 2022.

Pasukan boleh menggunakan lima pemain gantian dan bukannya tiga dalam peraturan 90 minit dan tambahan lagi satu dalam masa tambahan permainan kalah mati.

Kedua-dua pasukan berentap akan mendapat satu lagi pertukaran dalam kes melibatkan concussion atau gegaran kepala otak.

Jika diikutkan secara asas adalah 5 pertukaran dan tambahan satu di masa tambahan dan satu untuk kes concussion yang agak mengerikan untuk melihat perkara ini terjadi.

Masa Kecederaan

Masa kecederaan di Piala Dunia 2022 sangat mewah dan melazatkan sehingga boleh mencecah belasan minit dan masa tambahan 7 minit kini sudah jadi terlalu biasa dan diseparuh masa pertama juga melimpah ruah.

Situasi ini terjadi sebagai satu langkah untuk tidak menggalakkan pembaziran masa dan memastikan ketepatan yang lebih tinggi dalam mengimbangi rehat dalam permainan pastinya dilihat sebagai sesuatu yang positif.

Pierluigi Collina menyatakan bahawa terdapat purata masa kecederaan selama 10 minit dalam 32 perlawanan pertama di Qatar, meningkat pada purata enam setengah minit dalam semua perlawanan di Rusia 2018.

Dalam perlawanan England menentang Iran secara keseluruhan masa kecederaan diberikan oleh pengadil adalah selama 27 minit untuk kedua-dua paruh.

14 minit diambil kira oleh kecederaan; 11 minit untuk merawat penjaga gol Iran Alireza Beiranvand kerana gegaran — manakala terdapat lapan gol, satu kelewatan permainan untuk pemeriksaan VAR dan satu lagi reaht untuk semakan di atas padang.

Situasi ini nampak lebih adil buat pasukan yang selalu menjadi mangsa lawan yang melengah-lengahkan permainan dan memberi peluang kepada pemain gantian untuk memberikan sesuatu.

Senarai Pemain Gantian Jaring Gol Di Piala Dunia 2022

Berikut merupakan senarai 22 pemain gantian yang menjaringkan gol di Piala Dunia 2022 di peringkat kumpulan dan senarai ini akan bertambah lagi sehingga selesai 64 perlawanan:

1. Marcus Rashford: ENGLAND vs. Iran

2. Jack Grealish: ENGLAND vs. Iran

3. Davy Klaassen: NETHERLANDS vs. Senegal

4. Ritsu Doan: JAPAN vs. Germany

5. Takuma Asano: JAPAN vs. Germany

6. Carlos Soler: SPAIN vs. Costa Rica

7. Alvaro Morata: SPAIN vs. Costa Rica

8. Rafael Leao: PORTUGAL vs. Ghana

9. Osman Bukari: GHANA vs. Portugal

10. Mohammed Muntari: QATAR vs. Senegal

11. Bamba Dieng SENEGAL vs. Qatar

12. Rouzbeh Cheshmi: IRAN vs. Wales

13. Vincent Aboubakar: CAMEROON vs. Serbia

14. Alvaro Morata: SPAIN vs. Germany

15. Niclas Fullkrug: GERMANY vs. Spain

16. Zakaria Aboukhlal: MOROCCO vs. Belgium

17. Lovro Majer: CROATIA vs. Canada

18. Enzo Fernandez: ARGENTINA vs. Mexico

19. Kai Havertz: GERMANY vs. Japan (2)

20. Niclas Füllkrug: GERMANY vs. Japan

22. Ritsu Doan: JAPAN vs. Spain

23. Hwang Hee-chan: KOREA vs Portugal

BACA:  Senarai 10 Pemain Terbaik Sepanjang Zaman EPL Pilihan The Mirror