Keputusan Sebenar Undian Semula Champions League 2021/22 Round of 16

Keputusan undian Champions League musim 2021/22 bagi peringkat round of 16 (pusingan 16 terbaik) telah dibatalkan ekoran kesilapan teknikal membabitkan pasukan Manchester United.

Pada awalnya dalam majlis undian UEFA Champions League bagi pusingan 16 terbaik, Villarreal telah diundi untuk bertemu Manchester United namun undian tersebut tidak dikira.

Villarreal dan Manchester United telah berada dalam kumpulan yang sama maka mereka tidak akan bertemu kembali dalam undian pusingan kalah mati.

Bola undian yang mengandungi kertas undi tertera nama Manchester United telah diketepikan serta tidak diletakkan kembali dalam mangkuk dan undian diteruskan memilih lawan sebenar juara Europa League itu.

Dan disinilah tercetusnya kontroversi dan persoalan, kenapa bola kertas undian Manchester United tidak diketepikan dan terkeluar dari undian tersebut.

Selepas sejam keputusan undian diketahui, UEFA telah mengumumkan bahawa undian tersebut telah dibatalkan kerana ralat dan kesilapan teknikal berkaitan perisian.

“Berikutan daripada masalah teknikal dengan perisian daripada pembekal luar yang memberikan arahan kepada para pegawai tentang pasukan manakah yang layak untuk bermain sesama mereka, membawa kepada ralat material dalam undian Liga Juara-Juara UEFA pusingan 16-pasukan.”

Lantaran itu, UEFA telah mengumumkan masa baru untuk proses undian tersebut bagi mewujudkan satu undian yang adil kepada pasukan bertanding tanpa sebarang unsur kontroversi.

“Oleh sebab itu, undian terdahulu dikira sebagai terbatal dan akan dilakukan semula pada pukul 1500 CET.”

Selepas undian semula dilakukan inilah perlawanan dan siapa lawan masing-masing bagi pasukan yang bertanding.

1. RB Salzburg (AUT) vs Bayern Munich (GER)

2. Sporting CP (POR) vs Manchester City (ENG)

3. Benfica (POR) vs Ajax (NED)

4. Chelsea (ENG) vs Losc Lille (FRA)

5. Atlético Madrid (ESP) vs Manchester United (ENG)

6. Villarreal (ESP) vs Juventus (ITA)

7. Inter Milan (ITA) vs Liverpool (ENG)

8. Paris Saint-Germain (FRA) vs Real Madrid

Semoga undian ini kekal tidak bermasalah tanpa sebarang unsur meragukan lagi kontroversi seperti mana undial awal.

Bayern Munich, Benfica dan Ajax mampu menarik nafas lega mendapat lawan lebih mudah. Chelsea tidak berubah lawannya apabila tetap bertemu Lille.

Liverpool, Inter Milan, PSG dan Real Madrid mendapat laluan sukar dalam keputusan undian semula ini. Ateltico Madrid dan Manchester United pula seakan tidak berubah darjah kesukaran mereka.

Berikut merupakan keputusan undian yang telah dibatalkan:

1. Benfica (POR) vs Real Madrid (ESP)

2. Villarreal (ESP) vs Manchester City (ENG)

3. Atlético Madrid (ESP) vs Bayern Munich (GER)

4. RB Salzburg (AUT) vs Liverpool (ENG)

5. Inter Milan (ITA) vs Ajax (NED)

6. Sporting CP (POR) vs Juventus (ITA)

7. Chelsea (ENG) vs Losc Lille (FRA)

8. Paris Saint-Germain (FRA) vs Manchester United (ENG)

Bagaimana Undian Champions League dijalankan?

1. Undian dibuat melalui dua balang yang diasingkan untuk juara dan naib juara yang berada dalam balang masing-masing.

2. Tiada pasukan akan bertemu kembali dengan pasukan yang berada dalam kumpulan sama ketika peringkat kumpulan.

3. Tiada pasukan dari FA yang sama akan bertemu. Contohnya pasukan dari England tidak akan bertemu sesama mereka.

4. Pasukan juara kumpulan akan bermain ditempat lawan pada perlawanan pertama sebelum bermain dilaman sendiri pada perlawanan kedua.

5. Perlawanan pertama round of 16 akan berlangsung pada 16/17 dan 23/24 Februari 2021 dan pusingan kedua pada 9/10 dan 16/17 Mac 2021.

6. Undian bagi peringkat suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir akan diadakan pada hari Jumaat pada tanggal 18 Mac 2021.

7. Buat pertama kalinya peraturan gol tempat lawan tidak digunakan lagi di pusingan kalah mati UEFA Champions League 2021/22.

8. Pasukan yang terikat kedudukan agregat selepas 180 minit perlawanan akan bermain di masa tambahan tanpa mengira jumlah gol yang dijaringkan oleh setiap pasukan di tempat sendiri dan di tempat lawan.

9. Jika pasukan masih tidak dapat ditentukan pemenangnya selepas tambahan 30 minit, perlawanan akan diteruskan ke penentuan sepakan penalti.

10. Gazprom Arena Saint Petersburg merupakan venue perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2021/22, dengan perlawanan dijadualkan berlangsung pada 298 Mei 2022.

Pasukan Juara dan Naib Juara Kumpulan

Untuk menentukan siapa lawan pasukan yang layak di pusingan kalah mati maka satu majlis undian diadakan di ibu pejabat Union of European Football Associations (UEFA) di Nyon Switzerland.

Sebanyak 9 pasukan bekas juara UEFA Champions League termasuk juara bertahan, Chelsea berjaya mara ke pusingan 16 terbaik ini.

Maka juara dan naib juara daripada 8 kumpulan A-H yang telah mara ke pusingan kalah mati untuk 16 pasukan terbaik (Round of 16) diletakkan dalam dua pot berbeza.

Juara Kumpulan :

1. Ajax (NED)

UEFA ranking: 17
Kumpulan C: Juara (W6 D0 L0 F20 A5)
Musim Lepas: Peringkat kumpulan (UEFA Europa League suku akhir)
Rekod Terbaik: Juara (1970/71, 1971/72, 1972/73, 1994/95)

2. Bayern Munich(GER)

UEFA ranking: 1
Kumpulan E: Juara (W6 D0 L0 F22 A3)
Musim Lepas: Suku akhir (L on away goals vs Paris)
Rekod Terbaik: Juara (1973/74, 1974/75, 1975/76, 2000/01, 2012/13, 2019/20)

3. Juventus (ITA)

UEFA ranking: 8
Kumpulan H: Juara (W5 D0 L1 F10 A6)
Musim Lepas: Round of 16 (L on away goals vs Porto)
Rekod Terbaik: Juara (1984/85, 1995/96)

4. Liverpool (ENG)

UEFA ranking: 3
Kumpulan B: Juara (W6 D0 L0 F17 A6)
Musim Lepas: Suku Akhir (L 1-3 agg vs Real Madrid)
Rekod Terbaik: Juara (1976/77, 1977/78, 1980/81, 1983/84, 2004/05, 2018/19)

5. LOSC Lille (FRA)

UEFA ranking: 62
Kumpulan G: Juara (W3 D2 L1 F7 A4)
Musim Lepas: UEFA Europa League round of 32 (L 2-4 agg vs Ajax)
Rekod Terbaik: Round of 16 (2006/07)

6. Manchester City (ENG)

UEFA ranking: 2
Kumpulan A: Juara (W4 D0 L2 F18 A10)
Musim Lepas: Naib Juara (L 0-1 vs Chelsea)
Rekod Terbaik: Naib Juara (2020/21)

7. Manchester United (ENG)

UEFA ranking: 9
Kumpulan F: Juara (W3 D2 L1 F11 A8)
Musim Lepas: Peringkat kumpulan (UEFA Europa League Naib Juara)
Rekod Terbaik: Juara (1967/68, 1998/99, 2007/08)

8. Real Madrid (ESP)

UEFA ranking: 5
Kumpulan D: Juara (W5 D0 L1 F14 A3)
Musim Lepas: Separuh akhir (L 1-3 agg vs Chelsea)
Rekod Terbaik: Juara (1955/56, 1956/57, 1957/58, 1958/59, 1959/60, 1965/66, 1997/98, 1999/2000, 2001/02, 2013/14, 2015/16, 2016/17, 2017/18)

Naib juara kumpulan :

1. Atlético Madrid (ESP)

UEFA ranking: 10
Kumpulan B: runners-up (W2 D1 L3 F7 A8)
Musim Lepas: Round of 16 (L 0-3 agg vs Chelsea)
Rekod Terbaik: Naib Juara (1973/74, 2013/14, 2015/16)

2. Benfica (POR)

UEFA ranking: 29
Kumpulan E: Naib Juara (W2 D2 L2 F7 A9)
Musim Lepas: Kelayakan pusingan ketiga (L 1-2 vs PAOK)
Rekod Terbaik: Juara (1960/61, 1961/62)

3. Chelsea (ENG)

UEFA ranking: 4
Kumpulan H: Naib Juara (W4 D1 L1 F13 A4)
Musim Lepas: Juara (W 1-0 vs Man. City)
Rekod Terbaik: Juara (2011/12, 2020/21)

4. Inter Milan(ITA)

UEFA ranking: 24
Kumpulan D: Naib Juara (W3 D1 L2 F8 A5)
Musim Lepas: Peringkat kumpulan
Rekod Terbaik: Juara (1963/64, 1964/65, 2009/10)

5. Paris Saint-Germain (FRA)

UEFA ranking: 7
Kumpulan A: Naib Juara (W3 D2 L1 F13 A8)
Musim Lepas: Separuh akhir (L 1-4 agg vs Man. City)
Rekod Terbaik: Naib Juara (2019/20)

6. RB Salzburg (AUT)

UEFA ranking: 22
Kumpulan G: Naib Juara (W3 D1 L2 F8 A6)
Musim Lepas: Peringkat Kumpulan (UEFA Europa League round of 32)
Rekod Terbaik: Peringkat Kumpulan (1994/95, 2019/20, 2020/21, 2021/22)

7. Sporting CP (POR)

UEFA ranking: 28
Kumpulan C: Naib Juara (W3 D0 L3 F14 A12)
Musim Lepas: UEFA Europa League play-offs (L 1-4 vs LASK)
Rekod Terbaik: Suku akhir (1982/83)

8. Villarreal (ESP)

UEFA ranking: 21
Kumpulan F: Naib Juara (W3 D1 L2 F12 A9)
Musim Lepas: UEFA Europa League Juara (W on penalties vs Man. United)
Rekod Terbaik: Separuh akhir (2005/06)

BACA:  Real Madrid Anggap Undian Semula Champions League Satu 'Skandal'