Keputusan Undian Champions League 2022/23 Round of 16

Saingan Champions League 2022/23 bagi peringkat kumpulan telah pun tamat dan pasukan yang mara ke round of 16 telah pun diketahui yang terdiri dari juara kumpulan dan naib juara kumpulan sahaja.

Kini keputusan undian UEFA Champions League Round of 16 bagi musim 2022/23 sudah pun diketahui dalam satu majlis undian yang diadakan di ibu pejabat Union of European Football Associations (UEFA) di Nyon Switzerland.

Juara Kumpulan

Bayern (GER)
Benfica (POR)
Chelsea (ENG)
Man City (ENG)
Napoli (ITA)
Porto (POR)
Real Madrid (ESP)
Tottenham (ENG)

Naib Juara Kumpulan

Club Brugge (BEL)
Dortmund (GER)
Frankfurt (GER)
Inter (ITA)
Leipzig (GER)
Liverpool (ENG)
Milan (ITA)
Paris Saint-Germain (FRA)

Selepas selesai undian inilah lawan pasukan di Round of 16:

RB Leipzig v Man City

Brugge v Benfica

Liverpool v Real Madrid

AC Milan v Tottenham

Frankfurt v Napoli

Dortmund v Chelsea

Inter v Porto

PSG v Bayern Munich

Terpaling menarik adalah perlawanan antara Liverpool dan juga Real Madrid yang merupakan finalis Champions League musim lalu di mana Real Madrid muncul juara.

Majlis undian musim ini berjalan lancar dan tiada kontroversi seperti musim lalu membabitkan pasukan Manchester United dan Villarreal. Setan Merah tak main pun musim ni.

Pada awalnya dalam majlis undian UEFA Champions League bagi pusingan 16 terbaik, Villarreal telah diundi untuk bertemu Manchester United namun undian tersebut tidak dikira.

Villarreal dan Manchester United telah berada dalam kumpulan yang sama maka mereka tidak akan bertemu kembali dalam undian pusingan kalah mati.

Selepas sejam keputusan undian diketahui, UEFA telah mengumumkan bahawa undian tersebut telah dibatalkan kerana ralat dan kesilapan teknikal berkaitan perisian.

“Berikutan daripada masalah teknikal dengan perisian daripada pembekal luar yang memberikan arahan kepada para pegawai tentang pasukan manakah yang layak untuk bermain sesama mereka, membawa kepada ralat material dalam undian Liga Juara-Juara UEFA pusingan 16-pasukan.”

Lantaran itu, UEFA telah mengumumkan masa baru untuk proses undian tersebut bagi mewujudkan satu undian yang adil kepada pasukan bertanding tanpa sebarang unsur kontroversi.

Itulah yang terjadi musim lalu dan sekadar mengungkit kembali hanya untuk memetik nama Manchester United yang tenang di Europa League.

Bagaimana Undian Champions League dijalankan?

1. Undian dibuat melalui dua balang yang diasingkan untuk juara dan naib juara yang berada dalam balang masing-masing.

2. Tiada pasukan akan bertemu kembali dengan pasukan yang berada dalam kumpulan sama ketika peringkat kumpulan.

3. Tiada pasukan dari FA yang sama akan bertemu. Contohnya pasukan dari England tidak akan bertemu sesama mereka.

4. Pasukan juara kumpulan akan bermain ditempat lawan pada perlawanan pertama sebelum bermain dilaman sendiri pada perlawanan kedua.

5. Perlawanan pertama round of 16 akan berlangsung pada 14/15 dan 21/22 Februari 2023 dan pusingan kedua pada 7/8 dan /14/15 Mac 2023.

6. Undian bagi peringkat suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir akan diadakan pada hari Jumaat pada tanggal 17 Mac 2023.

7. Buat kali keduanya peraturan gol tempat lawan tidak digunakan lagi di pusingan kalah mati UEFA Champions League 2021/22.

8. Pasukan yang terikat kedudukan agregat selepas 180 minit perlawanan akan bermain di masa tambahan tanpa mengira jumlah gol yang dijaringkan oleh setiap pasukan di tempat sendiri dan di tempat lawan.

9. Jika pasukan masih tidak dapat ditentukan pemenangnya selepas tambahan 30 minit, perlawanan akan diteruskan ke penentuan sepakan penalti.

10. Istanbul Atatürk Olympic Stadium merupakan venue perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2022/23, dengan perlawanan dijadualkan berlangsung pada 10 Jun 2023.

BACA:  Vinicius Jr Makan Lima Pemain Sebelum Meledak Gol Yang Sungguh Menakjubkan Bertemu Shakhtar Donetsk