Format Baru Champions League Lagi Menarik Dari ESL?

UEFA telah mengumumkan format terbaru saingan Champions League yang akan dimulakan pada musim 2024/25 nanti dan jelas sekali ia jauh berbeza dengan format yang diguna pakai pada ketika ini.

Tidak jauh bezanya dengan format yang dicadangkan oleh European Super League (ESL) sebelum ini, UEFA sepertinya menggunakan idea sama cuma ditambah baik dari beberapa segi sahaja.

Walau sudah ditambah baik, namun akan tetap ada kelebihan serta kekurangan tersendiri, dengan format baru ini akan beri peluang kepada lebih banyak pasukan untuk bertanding.

Dari 32 pasukan sebelum ini, kini UEFA bakal membenarkan 36 pasukan yang akan bertanding di pusingan awal saingan Champions League bermula pada musim 2024/25 nanti.

Antara perubahan paling besar dan ketara adalah format baru akan dilangsungkan dengan konsep liga sebelum masuk ke fasa pusingan kalah mati.

Maka, satu liga besar akan ditubuhkan berbanding sebelum ini mereka menggunakan konsep saingan peringkat kumpulan.

Setiap musim akan ada lapan kumpulan dan dalam setiap kumpulan akan ada empat pasukan yang diundi untuk berada dalam kumpulan tersebut.

Menggunakan sistem liga, lapan pasukan teratas dalam liga akan melayakan diri ke pusingan kalah mati.

Tempat lain untuk dapatkan slot ke pusingan kalah mati akan dilangsungkan secara play off, dengan kelab yang berada di kedudukan kesembilan hingga ke-16 akan berdepan kelab yang berada di kedudukan ke-17 hingga 24.

Pusingan play off juga akan dilangsungkan dengan sistem dua leg sama seperti aksi di pusingan 16 terbaik yang diguna pakai pada ketika ini.

Pasukan yang berada di kedudukan ke-25 dan ke atas pula akan terus tersingkir dan tidak ada wakil dari mereka yang akan beraksi di Europa League.

Saingan Champions League baharu bermaksud setiap kelab dijamin akan beraksi 10 perlawanan setiap musim di pusingan awal.

Hal itu secara tak langsung menjamin keuntungan yang lebih untuk setiap pasukan yang terlibat.

Untuk slot tambahan pula, ada tiga kriteria baru yang akan ditetapkan untuk tambahan 4 pasukan bagi memastikan ada 36 kelab bertanding.

Satu slot akan diberikan kepada kelab dari negara yang berada di kedudukan kelima dalam ranking coefficient UEFA.

Slot lain akan diberikan kepada Juara liga domestik dengan kelab yang ada coefficient tertinggi berbanding Juara liga domestik lain yang tak dapat kelayakan secara automatik.

Dua slot terakhir pula akan diberikan kepada dua kelab yang coefficient tertinggi dan tidak mendapat kelayakan secara automatik.

Pengumuman terbaru dari UEFA mengumumkan bahawa:

“Perubahan penting dalam pembaharuan yang diumumkan oleh Jawatankuasa Eksekutif UEFA selepas mesyuaratnya pada 19 April 2021 adalah pemansuhan aksi saingan peringkat kumpulan yang melibatkan 32 pasukan.”

“Saingan Champions League sekarang bermula dengan pembahagian lapan kumpulan dan empat pasukan dalam setiap kumpulan. Bermula musim 2024/25, akan ada satu liga besar yang disertai oleh 36 pasukan. Ini akan beri peluang kepada empat lagi pasukan untuk bersaing di pentas tertinggi Eropah.”

“Di bawah format baru, setiap pasukan akan dapat bermain lebih empat perlawanan berbanding mengikut format sekarang.”

“Tidak akan ada lagi aksi tiga kali bertemu lawan yang sama, home dan away, tapi selepas ini setiap pasukan akan lawan dengan 10 pasukan berbeza dengan lima perlawanan di halaman sendiri dan lima perlawanan lagi di halaman lawan.”

“Hal ini akan memberi kesempatan kepada kelab untuk menguji diri mereka bertemu pasukan yang lebih bagus, dan meraih prospek kehadiran penonton lebih ramai kerana pasukan besar akan bertemu sesama sendiri lebih kerap pada fasa awal kejohanan.”

Agak menarik untuk disaksikan bagaimana UEFA menganjurkan saingan Champions League dengan menggunakan konsep yang mereka cadangkan ini.

Tidak begitu jauh berbeza dengan format yang pernah dicadangkan oleh ESL sebelum ini, namun sudah tentu pengalaman yang ada menyebabkan UEFA mampu menghasilkan idea yang lebih menarik.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Champions League 2020/21: Atalanta 0-5 Liverpool