Champions League 2020/21: Atalanta 0-5 Liverpool

Liverpool mengekalkan rekod 100 peratus kemenangan di kejohanan paling agung di Eropah, Champions dengan kemenangan ketiga selepas tiga perlawanan dengan kemenangan penuh bergaya.

Kelab yang sedang dalam proses untuk menjadi kelab pencabar di Eropah, Atalanta menjadi pasukan belasahan apabila tewas mudah 5 gol tidak mampu dibalas.

Sebelum perlawanan, ramai menyangkakan bahawa Atalanta akan menjadi lawan yang sukar buat Liverpool dengan corak permainan mereka yang mempesonakan.

Namun sebaliknya yang terjadi apabila Liverpool terus menjaringkan gol demi gol dengan gembiranya. Atalanta yang ditimpa kesukaran untuk mecari gol saguhati.

Pemain baharu Liverpool yang dirembat daripada Wolves, Diogo Jota terus cemerlang dan dahagakan gol apabila mencetak hatrik pertama sejak menyertai Liverpool.

Lebih padu apabila apabila hatrik Jota ini hadir di pentas tertinggi Eropah.

Diogo Jota menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama dan gol pertama hadir dengan satu gol yang sangat nakal, Jota menyungkit cantik bola melepasi penjaga gol Atalanta.

Gol kedua pula terhasil apabila Jota menyempurnakan hantaran panjang Joe Gomez dengan kaki kirinya sebelum menggunakan kaki kanan untuk merembat.

Mohamed Salah menjaringkan gol ketiga dengan satu gerakan solo, memperdayakan pertahanan Atalanta sebelum melencongkan bola ke gawang dengan kaki kirinya. Gol tipikal Salah.

Gol keempat daripada Sadio Mane tidak kurang jahatnya juga apabila sekali lagi penjaga gol tewas dengan satu sungkitan ke gawang.

Diogo Jota melengkapkan hatrik peribadi dengan gol kelima perlawanan dan tambahan 3 gol Liverpool diseparuh masa kedua ini kurang tempoh 10 minit.

Dengan kemenangan ketiga ini boleh dikatakan secara tidak rasmi Liverpool sudah pun melangkah ke pusingan kalah mati dan mungkin akan menjadi juara kumpulan D.

Atalanta: Sportiello, Toloi, Palomino, Djimsiti, Hateboer, Pasalic, Freuler, Gomez, Mojica, Zapata, Muriel.

Subs: Lammers, Romero, Malinovskyi, Depaoli, Rossi, Pessina, Ruggeri, Miranchuk, Ilicic, Diallo Traore, Gollini, Scalvini.

Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Rhys Williams, Gomez, Robertson, Jones, Henderson, Wijnaldum, Salah, Jota, Mane.

Subs: Milner, Keita, Firmino, Adrian, Minamino, Tsimikas, Shaqiri, Origi, Matip, Kelleher, Cain, Neco Williams.

BACA:  Newcastle lawan Liverpool; Meriah, Nunez Handal, Gordon Sudah Matang Dan Mimpi Ngeri Arnold