Keputusan Undian Pusingan Akhir Piala Dunia Qatar 2022

Kehangatan Piala Dunia 2022 semakin dirasai dan 29 daripada 32 pasukan yang bertanding juga sudah diketahui maka tibalah masanya untuk undian akhir Piala Dunia 2022 yang bakal berlangsung di Qatar.

Majlis undian ini telah diadakan di Doha Exhibition and Convention Center (DECC), Qatar dan telah dihadiri oleh 2,000 orang jemputan yang terdiri dari pemain jurulatih dan ramai lagi.

Undian ini akan dipimpin oleh Carli Lloyd, Jermaine Jenas dan Samantha Johnson serta dibantu oleh Cafu (Brazil), Lothar Matthaus (Germany), Adel Ahmed MalAllah (Qatar), Ali Daei (IR Iran), Bora Milutinovic (Serbia/Mexico), Jay-Jay Okocha (Nigeria), Rabah Madjer (Algeria) dan Tim Cahill (Australia).

Seperti biasa 32 pasukan yang akan bertanding di pusingan akhir Piala Dunia dan ketika ini 29 negara sudah mengesahkan tempat mereka. Dua tempat lagi bakal diisi oleh pemenang play-off antara benua yang akan berlangsung pada 13 atau 14 Jun nanti.

Slot yang terakhir masih lagi tidak dapat dipastikan lagi di mana Wales masih menanti lawan di final play-off Path A lantaran pertemuan antaran Scotland dan Ukraine masih lagi tidak dilangsungkan.

32 pasukan bertanding akan dibahagikan kepada 8 kumpulan A sehingga H, di mana setiap kumpulan akan dihuni oleh 4 pasukan.

Semua pasukan yang layak diletakkan dalam 4 pot atau balang undi yang berasingan berdasarkan ranking FIFA yang telah dikeluarkan pada 31 Mac yang lalu.

POT 1 – Pasukan tuan rumah dan 7 pasukan teratas dalam ranking FIFA.
POT 2 – Ranking FIFA 8 sehingga 15
POT 3 – Ranking FIFA 16 sehingga 23
POT 4 – Ranking FIFA 24 sehingga 28 + 2 pasukan pemenang play-off antara benua + 1 pasukan pemenang play-off Eropah

Prinsip umum FIFA telah menetapkan bahawa tidak akan ada lebih satu pasukan dari zon kelayakan yang sama berada dalam satu kumpulan selepas diundi kecuali zon Eropah yang mempunyai 13 pasukan.

Bagi zon Eropah tidak akan ada lebih dari 2 pasukan Eropah dalam satu kumpulan ini bermakna 5 daripada 8 kumpulan yang diundi akan mempunyai dua pasukan Eropah.

Keputusan Undian Piala Dunia 2022

Setelah cabutan demi cabutan dibuat bersilih ganti dari Pot yang telah ditetapkan maka inilah keputusan undian Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Qatar.

Kumpulan A

1. Qatar
2. Ecuador
3. Senegal
4. Belanda

Kumpulan B

1. England
2. Iran
3. Amerika Syarikat
4. Play off Eri=opah (Wales vs Scotland/Ukraine)

Kumpulan C

1. Argentina
2. Arab Saudi
3. Mexico
4. Poland

Kumpulan D

1. Perancis
2. Play off 1 (UAE/Australia vs Peru)
3. Denmark
4. Tunisia

Kumpulan E

1. Sepanyol
2. Play off 2 (Costa Rica vs New Zealand)
3. Jerman
4. Jepun

Kumpulan F

1. Belgium
2. Kanada
3. Maghribi
4. Croatia

Kumpulan G

1. Brazil
2. Serbia
3. Switzerland
4. Cameroon

Kumpulan H

1. Portugal
2. Ghana
3. Uruguay
4. Korea Selatan

Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar ini adalah agak unik kerana tidak dilangsungkan di musim panas seperti biasa tetapi akan bermula pada 21 November 2021 dan berakhir pada 18 Disember 2022.

Pusingan akhir Piala Dunia 2022 peringkat kumpulan akan berlangsung selama 12 hari sebelum memasuki pusingan kalah mati dengan 4 perlawanan dilansungkan setiap hari.

Senarai Pasukan Mengikut Zon

Zon kelayakan Piala Dunia 2022 dibahagikan kepada 7 zon termasuklah slot selaku tuan rumah yang layak secara automatik di mana setiap zon kelayakan akan diberikan jumlah slot yang sudah ditentukan

1. Asia

Pasukan layak – Iran, Jepun, Korea Selatan dan Arab Saudi
Jumlah Slot – 4.5

Australi atau UAE berpeluang menjadi pasukan kelima dari Asia ke Piala Dunia jika berjaya menewaskan Peru di Intercontinental play-off yang merupakan wakil Amerika Selatan.

2. Afrika

Pasukan layak – Cameroon, Ghana, Morocco (Magribi), Senegal dan Tunisia
Jumlah Slot – 5

3. Amerika Utara dan Tengah serta Caribbean (CONCACAF)

Pasukan layak – Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat
Jumlah Slot – 3.5

Costa Rica akan menjadi pasukan ke-4 Concacaf ke Piala Dunia jika berjaya menewaskan wakil Oceania, New Zealand di Intercontinental play-off.

4. Amerika Selatan

Pasukan layak – Argentina, Brazil, Ecuador dan Uruguay
Jumlah Slot – 4.5

Peru berpeluang menjadi pasukan kelima dari Amerika Selatan untuk ke Piala Dunia jika berjaya menewaskan Austarlia atau UAE di Intercontinental play-off. Walaupun mempunyai 10 negara sahaja namun 4.5 slot diberikan untuk zon kelayakan Amerika Selatan.

5. Oceania

Pasukan layak – Tiada
Jumlah Slot – 0.5

New Zealand berpeluang menjadi wakil Oceania jika berjaya menewaskan Costa Rica di Intercontinental play-off. DIsebabkan jumlah slot inilah Australia memilih menyertai AFC dan keluar dari Oceania untuk mendapatkan peluang lebih besar ke Piala Dunia.

6. Eropah

Pasukan layak – Belgium, Croatia, Denmark, England, Perancis, Jerman, Belanda, Poland, Portugal, Serbia, Sepanyol dan Switzerland.
Jumlah Slot – 13

Wales hanya menanti perlawanan antara Scotland dan Ukraine di final Path A untuk ke Piala Dunia. Situasi semasa di Ukraine menyebabkan perlawanan tidak dapat dilangsungkan.

7. Tuan Rumah

Qatar yang mencipta sejarah apabila menjadi negara Timur Tengah pertama menjadi tuan rumah Piala Dunia secara automatiknya mara tanpa perlu melalui pusingan kelayakan.

Ini menjadikan 5 pasukan zon kelayakan Asia sudah melayakkan diri ke Piala Dunia. Jika Australia atau UAE berjaya mara maka akan ada 6 pasukan Asia.

BACA:Β  Queiroz Minta Bayaran Untuk Jawab Soalan Hak Wanita Iran Sebelum Angkat Kaki