Bekas pemain Manchester United, Mark Hughes telah dipecat Southampton berikutan keputusan hambar yang dicatatkan pasukan tersebut sejak kebelakangan ini.
Berikutan keputusan seri 2-2 menentang Manchester United di gelanggang sendiri hujung minggu lalu, Southampton kini tersadai di kedudukan ke-18 dalam Liga Perdana Inggeris.

Southampton hanya mampu mengutip 9 mata dari 14 perlawanan dengan hanya menang sekali dan tewas sebanyak 7 kali.
Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak kelab, Southampton mengucapkan terima kasih kepada Hughes dan buat sementara waktu, tugas menguruskan pasukan akan digalas buat sementara oleh pembantu jurulatih pasukan utama, Kelvin Davis.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Mark dan staff-staff beliau atas segala usaha ketika berada di kelab ini.”
“Pencarian untuk mencari pengurus yang baru sudah pon bermula bagi membawa kelab ini terus ke hadapan.”

“Pembantu jurulatih pasukan utama, Kelvin Davis akan memimpin pasukan untuk menghadapi perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Rabu ini menentang Tottenham Hotspurs di Wembley Stadium.”
Hughes mengambil alih tampuk pengurusan kelab pada March tahun ini dan berjaya membimbing Southampton untuk terus kekal beraksi di Liga Perdana Inggeris. Hughes juga berjaya membawa The Saints ke peringkat separuh akhir Piala FA musim lepas tetapi tumpas di tangan juara Piala FA, Chelsea.
Musim ini menyaksikan Southampton gagal mempamerkan prestasi seperti yang dikehendaki pihak pengurusan dan Hughes terpaksa membayar harga yang mahal apabila hilang jawatan yang disandangnya.
#SaintsFC can today confirm it has parted company with First Team Manager Mark Hughes.
Full statement: pic.twitter.com/EisJf8c2gb
— Southampton FC (@SouthamptonFC) December 3, 2018
?#SaintsFC boss Mark Hughes was pleased by his side's performance in the 2-2 draw with #MUFC:
— Southampton FC (@SouthamptonFC) December 1, 2018