Gol Gelembung Buaya Mousa Djenepo Tendang City Keluar Dari Carabao Cup

Gol gelembung buaya cantik Mousa Djenepo telah menendang Manchester City keluar dari saingan Carabao Cup musim 2022/23 sekaligus membawa Southampton mara ke separuh akhir.

Pasukan tercorot Premier League itu melakar kejutan terbesar dan menjadi pasukan bawah anjing (underdog) apabila menewaskan Manchester City 2-0.

Skuad bimbingan Nathan Jones ini membuka tirai jaringan perlawanan pada minit ke-23 melalui Sekou Mara dan Mousa Djenepo menggandakan kedudukan lima minit kemudian.

Manchester City gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat dalam perlawanan ini dan bermain tidak seperti Manchester City yang dunia kenali.

Jaringan daripada Mousa Djenepo sungguh istimewa yang terhasil dari satu chip jarak jauh selepas dia menyedari penjaga gol Manchester City, Stefan Ortega telah keluar dari posisinya.

Sungguh indah jaringan Mousa Djenepo menyaksikan bola gelembung buaya telah terhasil seolah-olah masa telah terhenti ketika bola itu menjunam ke dalam gawang.

Tindakan Stefan Ortega yang langsung tidak berundur ketika Mousa Djenepo semakin menghampiri juga boleh menimbulkan tanda tanya dan keraguan, mungkin dia tidak menyangkan Mousa Djenepo akan melakukan percubaan sebegitu.

Gol itu merupakan yang pertama sejak Mac 2021 dari Mousa Djenepo yang digambarkan sebagai โ€œluar biasaโ€ oleh pengulas Sky Sports dan memang sukar untuk tidak bersetuju.

Keputusan Pep Guardiola untuk tidak menurunkan barisan terkuatnya nyata memakan diri namun pemain yang diturunkan itu lebih berkualiti dan kuat dari Southampton namun tetap terciduk.

Erling Haaland, Kevin De Bruyne, Bernardo Silva dan Ederson adalah antara pemain gantian City di St Mary dengan perlawanan liga Sabtu menentang Manchester United lebih diutamakan.

Namun dari kesebelasan utama Pep Guardiola itu hanya penjaga gol, Stefan Ortega Moreno yang mungkin tidak dikenali ramai.

Guardiola mengambil tindakan selepas waktu rehat dengan melakukan penggantian tiga kali, dengan Haaland turut dimasukkan 10 minit kemudian, tetapi terus gagal memberi tindak balas.

Kemasukan Kevin De Bruyne dan Erling Haaland memberikan City lebih banyak serangan, tetapi mereka tidak dapat mencari laluan kembali ke dalam permainan lalu mengalami penyingkiran secara mengejut di kaki Soton.

Pasukan pelawat gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat ke sasaran dan City tewas buat kali keempat dalam 28 perlawanan musim ini dan kali pertama sejak rehat Piala Dunia.

Carabao Cup ini merupakan kejohanan milik Manchester City apabila mereka telah muncul juara 6 kali dalam tempoh 9 tahun terakhir.

Kemenangan ini membolehkan Southampton meneyrtai Manchester United, Newcastle United dan Nottingham Forest ke separuh akhir.

Selepas undian dilakukan, Southampton akan bertemu Newcastle United dan Manchester United pula menentang Nottingham Forest.

Kesebelasan Utama Southampton: Bazunu, Djenepo, Lyanco, Caleta-Car, Salisu, Walker-Peters, Diallo, Lavia, Ward-Prowse, Mara, Armstrong.

Pemain Simpanan: Caballero, Perraud, Finnigan, Elyounoussi, Edozie, Aribo, Orsic, Adams, Morgan.

Kesebelasan Utama Manchester City: Stefan Ortega Moreno, Cancelo, Walker, Laporte, Gomez, Phillips, Gundogan, Foden, Palmer, Alvarez, Grealish.

Pemain Simpanan: Ederson, Ake, Haaland, Rodrigo, De Bruyne, Bernardo, Akanji, Mahrez, Lewis.

BACA:ย  Guardiola Dakwa Ditawarkan Peluang Untuk Menandatangani Pogba Januari Lalu