Premier League 2021/22: Southampton 0-6 Chelsea

Skuad kendalian Thomas Tuchel hari ini berkunjung ke St Mary Stadium untuk beraksi bertemu Southampton dalam aksi saingan Premier League.

Chelsea jelas sekali sedang melalui kesukaran yang teramat sangat baik di dalam mahupun di luar padang pada ketika ini.

Selepas diaibkan 4-1 oleh Brentford di halaman mereka sendiri, skuad The Blues itu kemudiannya dibelasah 3-1 oleh Real Madrid dalam saingan Champions League.

Chelsea mungkin tidak begitu terdesak untuk mencatat kemenangan dalam perlawanan ini kerana mereka sedang selesa berada di kedudukan ketiga dalam carta saingan liga.

Walau bagaimanapun, kemenangan dalam perlawanan ini bakal membantu menaikkan semula semangat mereka, menjelang aksi timbal balik bertemu Real Madrid di Santiago Bernabeu minggu hadapan.

Southampton sementara itu telah mencatatkan empat kekalahan dan satu seri dari lima perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Jelas sekali Southampton sangat terdesak untuk mengutip tiga mata penuh supaya mereka tidak terus menjadi pasukan belasahan dalam saingan Premier League.

Chelsea memulakan perlawanan dengan sangat garang selepas mereka cemerlang melancarkan beberapa siri serangan ke kubu lawan.

Pada minit ke-8 permainan, skuad kendalian Thomas Tuchel itu berjaya mendahului permainan menerusi Marcos Alonso untuk The Blues mendahului 1-0.

Southampton kemudiannya cuba memberi saingan, namun usaha mereka berakhir dengan sia-sia dek kerana pemain midfield Chelsea bermain dengan sangat cemerlang.

Pada minit ke-16 permainan, Chelsea berjaya menggandakan kedudukan untuk mendahului Southampton dengan keputusan 2-0 selepas Mason Mount meledak gol.

Beberapa minit selepas itu, giliran Timo Werner pula untuk membuktikan yang beliau masih lagi memiliki penyudah yang tajam dengan beliau cemerlang menjaringkan gol ketiga The Blues.

Pada minit ke-31 permainan, seorang lagi pemain Jerman dalam skuad Chelsea, Kai Havertz pula cemerlang mencatat nama sebagai penjaring gol dengan gol jaringan beliau membantu kelab untuk mendahului lawan 4-0.

Southampton kemudiannya cuba mengejar namun mereka jelas sekali gagal untuk menandingi kehebatan pemain Chelsea dalam perlawanan tersebut.

Aksi babak pertama berakhir dengan pasukan pelawat mendahului pasukan tuan rumah dengan keputusan selesa 4-0.

Empat minit selepas bermulanya aksi babak kedua permainan, Chelsea berjaya memperoleh gol kelima mereka dalam perlawanan ini selepas Timo Werner cemerlang meledak gol kedua peribadinya di St Mary Stadium itu.

Melihat Timo Werner menjaringkan dua gol, Mason Mount turut sama meledak satu lagi gol peribadinya untuk Chelsea pada minit ke-54 permainan.

Gol jaringan Mason Mount itu telah berjaya membantu Chelsea untuk mendahului permainan dengan keputusan 6-0.

Walau sudah ketinggalan 6-0, Southampton tetap berusaha untuk mencari gol pertama mereka, namun sayangnya usaha mereka berakhir dengan kegagalan.

Chelsea sendiri sementara itu turut gagal untuk terus menambah jaringan dengan mereka sepertinya sudah berpuas hati dengan keputusan 6-0 itu.

Pengadil perlawanan kemudiannya membunyikan wisel penamat seterusnya mengesahkan kemenangan 6-0 Chelsea menewaskan Southampton.

Chelsea kekal berada di kedudukan ketiga dalam carta saingan Premier League dengan mengumpul 62 mata dari 30 perlawanan.

Mereka sepertinya sudah berada di kedudukan selamat untuk mengesahkan tempat layak ke saingan Champions League pada musim hadapan.

Southampton (4-3-1-2): Forster 7; Livramento 4, Bednarek 4, Salisu 3, Walker-Peters 3.5; Ward-Prowse 4.5, Romeu 4.5 (Valery 36, 5), S Armstrong 4.5; Elyounoussi 4; A Armstrong 4 (Diallo 46, 5), Adams 4.

Pemain simpanan: Caballero, Stephens, Redmond, Perraud, Smallbone, Tella, Diallo, Walcott.

Kad kuning: Bednarek

Ralph Hasenhuttl 3

Chelsea (3-4-3): Mendy 6.5; Christensen 7, Silva 7 (James 63, 6.5), Rudiger 7; Loftus-Cheek 7.5, Kante 7, Kovacic 7, Alonso 7.5; Mount 9 (Ziyech 68, 7), Havertz 7.5 (Pulisic 46, 7), Werner 8.

Pemain simpanan: Arrizabalaga, Jorginho, Chalobah, Niguez, Barkley, Sarr.

Thomas Tuchel 8

Pengadil: Kevin Friend 7

BACA:  Costa Dedah Cerita Sebenar Di Sebalik Masalah Beliau Dengan Conte