Salah sebuah kelab bola sepak di Perancis tersingkir dari salah satu kejohanan di sana kerana tersesat ke bandar lain.
Mereka tersesat kerana GPS membawa mereka pergi ke bandar yang berbeza dan ia merupakan salah satu alasan paling lucu untuk melihat sebuah kelab tersingkir atas alasan tersebut.
Tarbes merupakan sebuah kelab bola sepak yang beraksi dalam division keenam saingan bola sepak Perancis, dengan mereka ditubuhkan pada tahun 2006 yang lalu.
A sixth-tier French team named Tarbes Pyrénées, were this Saturday knocked out of the Coupe de France after a Sat-Nav typo sent them to the wrong town.
They eventually arrived 45 mins late for their match and were therefore given a 3-0 loss in the tie.
(France Bleu)
— Footy Accumulators (@FootyAccums) October 5, 2021
Tarbes telah diundi untuk bertemu Vabres-L’Abbaye di pusingan awal saingan Coupe de France malam semalam.
Pusingan keempat dalam pertandingan tersebut telah dilangsungkan di halaman Vabres-L’Abbaye di Selatan Perancis.
Walau bagaimanapun, dek kerana pemandu bas ‘typo’ ketika menulis alamat dalam GPS, mereka telah tersesat dan tiba di lokasi yang betul selepas terlewat 50 minit.
Coupe de France: the unusual elimination of Tarbes https://t.co/SoG9qgOEjk ⚽️⚽️ 📲 Bet now via ⟶ https://t.co/0I4IIflkwI √ pic.twitter.com/Mwo6QPXWx2
— Bitcoin Sportsbook 🥇 (@SportsbookBTC) October 4, 2021
Menurut sumber laporan 20 Minutes, mereka sebenarnya boleh sampai tepat pada masanya, namun berubah menjadi lebih lewat kerana tersesat pergi ke Vabre.
Vabre merupakan sebuah bandar berbeza di Selatan Perancis, dengan mereka perlu patah balik sejauh 90 KM untuk sampai ke destinasi yang sepatutnya.
Tarbes disqualified from Coupe de France after GPS typo sends team coach to wrong town for 4th round tie.https://t.co/thFmOghQGh
— Get French Football News (@GFFN) October 4, 2021
Mengikut waktu sebenar permainan, Tarbes tiba ketika rehat separuh masa (kalau perlawanan berlangsung ikut waktu ditetapkan).
Sebaik sampai, para pemain segera berlari masuk ke stadium dan bersiap untuk beraksi, namun dek kerana sudah terlambat, maka mereka secara rasminya disingkirkan dari pertandingan.
Beberapa tahun dahulu, segelintir penyokong Benfica turut melalui peristiwa yang hampir sama dan ia dianggap antara detik terhebat dalam sejarah dunia bola sepak.
Para penyokong Benfica mahu ke Frankfurt untuk menonton aksi perlawanan dalam saingan Europa League.
Walau bagaimanapun, mereka tiba di Frankfurt yang berbeza di Jerman dengan Frankfurt sebenar yang mereka mahu pergi 600KM dari tempat yang salah.
Benfica fans travelled to the wrong City of Frankfurt ahead of today's Europa League clash. They went to Frankfurt (Oder) in Eastern Germany instead of Frankfurt (Main)
They're 375 miles apart 🤣 https://t.co/rUoki04UYx
— SPORTbible (@sportbible) April 18, 2019
Dek kerana gagal membuat ulang kaji perjalanan dengan betul, mereka sebenarnya memerlukan enam jam perjalanan untuk sampai ke Frankfurt yang betul.
Dengan masa yang tidak mencukupi, maka harapan mereka untuk menyaksikan Benfica beraksi secara langsung berakhir dengan kegagalan.
So some Benfica fans are traveling to the wrong City of Frankfurt. They went to Frankfurt (Oder) in Eastern Germany instead of Frankfurt (Main). Oh boy. #SGEBenfica pic.twitter.com/NotG37jft3
— Alex Truica (@AlexTruica) April 18, 2019
Perjalanan yang mengambil masa sekitar 37 jam itu didokumentarikan oleh salah seorang penyokong yang memuat naik video tersebut di laman instagram.
Mereka bermula dengan sangat teruja untuk berkunjung ke halaman lawan demi memberi sokongan padu kepada kelab kesayangan mereka.
Walau bagaimanapun, selepas tiba ke destinasi, ia sebenarnya mimpi ngeri untuk mereka kerana sudah tersalah lokasi dan sudah tidak mempunyai masa yang cukup untuk patah balik.
So some Benfica fans are traveling to the wrong City of Frankfurt. They went to Frankfurt (Oder) in Eastern Germany instead of Frankfurt (Main). Oh boy. #SGEBenfica pic.twitter.com/NotG37jft3
— Alex Truica (@AlexTruica) April 18, 2019
Baru-baru ini pula, ketua pasukan Aston Villa, Tyrone Mings turut melakukan kesilapan yang hampir sama, dengan beliau tertinggal bas ketika aksi kekalahan 2-1 bertemu Tottenham Hotspur.
🚨⚽️ | NEW: Tyrone Mings missed the bus back home from the Spurs vs Aston Villa game pic.twitter.com/6S1HGHJq1b
— Football For All (@FootballlForAll) October 3, 2021
Beliau awalnya pergi ke bas yang berbeza, dan bas Aston Villa meninggalkan kawasan tersebut tanpa membawa pemain kebangsaan England itu bersama.
Sumber: SPORTbible