Kesebelasan Terbaik Pilihan Ronaldinho

Pengaruh seorang jejaka yang diberi nama Ronaldo de Assis Moreira dalam bola sepak memang tidak dapat disangkal lagi. Suatu ketika dahulu, jejaka ini pernah mencetuskan kegilaan bola sepak melalui gerakan-gerakan lincahya di atas padang, terutamanya ketika menyarung jersi Barcelona.

Sentiasa tersenyum dan tidak pernah merebahkan badan, Ronaldinho cukup dicintai masyarakat bola sepak sedunia dan tidak melampau untuk mengatakan bahawa dia telah melahirkan rasa kasih dan sayang umat manusia terhadap bola sepak.

Sempena sambutan hari kelahirannya yang ke 37 pada 21 Mac 2017, maka kami kongsikan kesebelasan utama yang pernah mewarnai pentas eropah, sama ada di Liga Juara-juara (UCL) atau Piala UEFA, pilihan lagenda Brazil ini.

Penjaga gol – Gianluigi Buffon

Buffon di Parma. Jambu kan?

Walaupun tidak pernah bermain bersama dalam satu pasukan, rekod penjaga gol lagenda ini sudah jelas membuktikan kenapa Ronaldinho memilihnya. 135 penampilan dalam UCL dan Piala UEFA sudah cukup meletakkan dirinya sebagai lagenda.

Komen Ronaldinho :

“Ada banyak penjaga gol yang bagus dalam era aku, tapi Buffon dipilih kerana dia cukup konsisten. Kebanyakan penjaga gol ada masa turun naik dia, tapi Buffon tetap steaddi atas dari dulu sampai sekarang.”

Pertahanan Kanan – Cafu

Kapten Brazil ketika Piala Dunia 2002

Pemain Brazil ini mendominasi bahagian pertahanan kanan untuk tempoh masa yang cukup lama. Dia bermain bagaikan kereta api, turun naik di atas padang tanpa ada rasa lelah dan derita. Kejuaraan UCL pada tahun 2007 mungkin menjadi momen terindahnya di peringkat kelab.

Komen Ronaldinho :

“Kau tak akan jadi pemain Brazil yang paling banyak beraksi dalam sejarah kalau kau tak istimewa. Aku cukup gembira bila dia akhirnya menang UCL dengan Milan, sebab macam tak kena je kalau pemain pertahanan terbaik dunia tak menang piala paling berprestij untuk kelab itu.”

Pertahanan Tengah – John Terry

Kalau ada janggut panjang, Terry nampak seiras Ustaz Azhar Idrus.

Kapten Chelsea ini telah memajak posisi pertahanan tengah di The Blues selama lebih sedekad dan telah terlibat dalam beberapa siri pertembungan bersama Ronaldinho. Pada tahun 2012, Terry berjaya mengemudi Chelsea untuk memenangi UCL buat pertama kali dalam sejarah kelab.

Komen Ronaldinho :

“Kami (Barcelona) ada beberapa perlawanan besar menentang Chelsea dalam UCL, dan aku faham kenapa kenapa Terry masih penting kepada mereka sampai ke hari ini. Dia ni susah kalau lawan dia, dan pada masa yang sama dia juga seorang pemimpin yang hebat – pemimpin yang kau perlukan dalam perlawanan-perlawanan penting.

Pertahanan Tengah – Paolo Maldini

Lagenda yang akan dikenang selamanya.

Seorang lagi pemain yang bermain untuk satu kelab, Maldini telah memenangi 26 trofi sepanjang karier selama 24 tahun di Milan. Pantas, tegap dan segak, pertahanan Itali ini memegang rekod penampilan terbanyak di kejohanan anjuran UEFA – 173 penampilan, di samping muncul penjaring gol terpantas di pentas akhir UCL – 50 saat ketika menentang Liverpool di Istanbul. Lima kejuaraan eropah sekali lagi membuktika pemain ini berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Komen Ronaldinho ;

“Dia adalah pemin terbaik dalam sejarah UCL, tetapi apa yang menarik pasal orang tua ni, bila dia dapat bola dia tak nampak macam pemain pertahanan. Dia nampak macam pemain tengah yang power.”

Pertahanan Kiri – Roberto Carlos

Seperti Cafu, Roberto Carlos juga seorang pemain yang membawa satu anjakan paradigma dalam seni bertahan. Tiga UCL bersama Real Madrid – 1998, 2000 dan 2002, dia dianggap sebagai Galactico sejati di Bernabeu. Tiga gol dalam 161 perlawanan di pentas eropah, Carlos mempunyai kaki kiri yang menakutkan.

Komen Ronaldinho :

“Memang berbaloi untuk diambil bermain oleh mana-mana pasukan. Dia pandai ambil tendangan percuma – malah antara yang terbaik di dunia. Selain itu, dia juga merupakn bek kiri terbaik dunia. Dia merupakan watak penting dalam semua kejuraan UCL Real Madrid.”

Pemain Tengah Bertahan – Claude Makalele

Makalele pernah mengatakan dia menyesal kerana tak pernah bermain di liga Malaysia.

Kehebatannya bersama Real Madrid dan Chelsea menyaksikan satu posisi dinamakan dengan namanya – Makalele Role. Kalau dah nama posisi tu dinamakan dengan nama kau, maknanya kau terlebih hebat lah tu. Kejayaan dalam UCL Makalele hadir pada tahun 2002, bersama Real Madrid. Mourinho mencipta kejayaan bersejarah Chelsea juga berpusat kepada pemain ini.

Komen Ronaldinho :

“Pemain pertahanan akan berasa nyaman dan selamat kalau Makalele berada di depan mereka. Pemain di bahagian serangan pula dengan tenang mampu menjana serangan kerana mereka tahu Makalele akan menjaga pertahanan dengan baik. Kau tak pernah tengok dia bermain dengan teruk kan.”

Pemain Tengah Perancang – Frank Lampard

Pemain tengah terbaik dalam sejarah England dan Chelsea

Lampard merupakan pemain tengah yang banyak menjaringkan gol, di mana dia akan tiba sedikit lambat ke kotak penalti lantas menjaringkan gol. Kejuaraan UCL buatnya hadir pada tahun 2012 bersama Chelsea, setelah menewaskan Bayern Munich.

Komen Ronaldinho :

“Aku ada bagitahu Frank Rijkaard yang kita (Barcelona) kena ambil dia, tapi dia tak nak tinggalkan Chelsea. Tapi aku rasa Chelsea pun tak nak lepaskan dia, yang mana masa tu dia adalah antara yang terbaik di eropah. Rekod jaringan dia sebagai pemain tengah memang menterbeliakkan mata aku.”

Pemain Tengah Serangan – Kaka

Gambar : Youtube

Ketika Ronaldinho meninggalkan Barcelona untuk menyertai Milan, dia bertemu kembali rakan senegaranya – Kaka, yang juga merupakan pemenang Ballon d’Or ketika itu. Walaupun perpindahannya ke Real Madrid tidak seindah yang diharapkan, pengaruh Kaka di tengah padang buat AC Milan cukup untuk membawa pasukan Rossoneri tersebut untuk layak ke perlawanan akhir UCL dua kali dalam tempoh tiga tahun, iaitu pada 2005 dan 2007.

Komen Ronaldinho :

“Kaka di Madrid memang tak menjadi sangat, tapi kita jangan lupa bahawa di Milan, Kaka ialah Kaka sebenar, bukan Kaka Azraf. Selama dua atau tiga musim dia jadi pemain terbaik dunia, maksudnya Kaka boleh buat apa sahaja di atas padang.”

Penyerang – Leo Messi

Ramai tak tahu Messi pernah edit gambarnya sendiri untuk bermain dengan pasukan bakal juara

Ronaldinho boleh dikatakan sebagai mentor kepada pemain terbaik dunia ketika ini, Messi. Memandangkan pemain ini cukup dikenali dengan rekod demi rekod yang dipecahkannya, maka tidak perlulah penulis mencoret panjang lebar cerita pemain ini.

Komen Ronaldinho : 

“Aku dah menang semua benda yang ada dalam dunia bola sepak dan mustahil aku kecewa dengan karier aku, kecuali satu benda. Aku selalu berharap aku dapat bermain dengan Messi di Barcelona lebih lama. Tiada ayat yang mampu aku gubah untuk menceritakan perihal Messi, dia mempunyai magis di kakinya. Tak pun dia guna khidmat Raja Bomoh Malaysia. Power bomoh tu.”

Penyerang – Thierry Henry

Gabungan kelincahan dan kepantasan di samping penjaring gol tegar, Thierry Henry layak untuk berada dalam senarai ini. Dia hampir memenangi UCL bersama Arsenal. Hampir je lah. Selepas menyertai Barcelona, barulah Henry dapat merasai kenikmatan menjulang Piala UCL. Dia juga sempat bermain bersama Ronaldinho, walaupun dalam tempoh yang singkat.

Komen Ronaldinho : 

“Kawan baik aku ni masa aku di Barcelona, dan sebenarnya kami hampir bermain bersama di New York. Dia ni dalam bahasa mudah adalah mimpi ngeri kepada semua pertahanan yang ada dalam dunia ni. Dia ada skill, laju dan kuat pula tu. Hebat kan dia?”

Penyerang – Ronaldo

Ronaldo adalah seorang lagi mimpi ngeri para pertahanan. Dia juga merupakan antara pemain yang paling hebat yang pernah bermain di atas muka bumi. Dia menjaringkan gol tanpa belas kasihan merentasi beberapa kelab – Ajax, Barcelona, Inter Milan, Real Madrid dan AC Milan. Dia berjaya menjaringkan 49 gol dalam 93 penampilan di pentas eropah, tapi sayang, dia senasib dengan Arsenal – tidak pernah menjulang UCL. Ketika Real Madrid menjulang UCL, Ronaldo masih lagi membedal penjaga gol di Itali bersama Inter.

Komen Ronaldinho ;

“Dia merupakan idola aku, dan kami sempat bermain bersama dan menang Piala Dunia bersama. Dia adalah penyerang yang cukup sempurna dalam sejarah ketamadunan manusia. Tapi tu lah, macam tak percaya pula dia tak pernah menang UCL.”

BACA:  Penjara Yang Menempatkan Ronaldinho Menganjurkan Pertandingan Futsal