22 Gol Terhasil Dalam Perlawanan Roberto Carlos XI 12-10 Ronaldinho XI

Sebanyak 22 gol telah terhasil dalam perlawanan pertunjukan yang menemukan pasukan pilihan Ronaldinho menentang Roberto Carlos yang dibarisi pemain bintang handalan dunia serta legenda bola sepak.

Perlawanan pertunjukan yang berlangsung di Miami, Amerika Syarikat ini juga mendapat jolokan ‘The Beautiful Game by R10 & RC3’ atau dalam bahasa Melayunya ‘Permainan Cantik oleh R10 & RC3’

Siri perlawanan pertunjukan ‘The Beautiful Game’ mempunyai tujuan yang sama dengan perlawanan membabitkan pemain bintang, selebriti dan legenda yang lain adalah untuk mengumpul dana bagi kerja kebajikan.
.

Inilah nama legenda, bintang dan selebriti yang beraksi iaitu Cafu, Carlos Valderrama, Rivaldo, Hristo Stoichkov, Radamel Falcao, David Trezeguet, René Higuita, Rafa Márquez, Deco, Patrick Kluivert. Paulo Dybala, Éder Militão, Arturo Vidal, Paul Pogba, Vinicius Jr, Weston McKennie, Alphonso Davies. Jimmy Butler, Chad Ocho Cinco, Leandro Barbosa, Steve Nash. Dan sudah pasti ada Ronaldinho dan juga Roberto Carlos.

Pasukan Ronaldinho R10 memulakan permainan dengan barisan pemain yang menggiurkan iaitu Higuita, Aldair, Rafa Marquez, Lugano, Ronaldinho, Dybala, Pogba, Matuidi, Rauw Alejandro, Vinicius Jr, Kluivert.

Manakala pasukan Roberto Carlos juga tidak kurang tarikannya apabila bermula dengan Mimmo Conte, R. Carlos, Cafu, Militao, Vidal, Valderrama, Rivaldo, Alphonso Davies, Falcao, Nani, Trezeguet.

Dilihat kepada barisan pemain ini sudah mampu membuatkan peminat bola sepak menggila dan menjerit, ternyata perlawanan ini tidak mengecewakan walaupun sekadar perlawanan pertunjukkan.

Legenda disegenap pelusuk padang.

Pasukan Ronaldinho yang terlebih dahulu membuka tirai jaringan perlawanan pada minit ketujuh melalui Ronaldinho dengan sentuhan penyudah penuh bergaya lagi berkelas dari dalam kotak.

Radamel Falcao tidak menunggu lama dan memberi reaksi balas menyamakan kedudukan tidak lama selepas itu dan gol-gol terus disajikan dan terhasil tanpa batas di Stadium DRV PNK Inter Miami.

Pemain-pemain seperti Rivaldo, Cafu, Paulo Dybala semuanya mencetak nama mereka dalam senarai penjaring sebelum separuh masa, manakala Vinicius Jr juga menjaringkan gol selepas menyudahkan umpanan oleh Ronaldinho.

Gabungan dua pemain legenda Brazil telah menghasilkan detik-detik ajaib apabila Rivaldo dan rakan senegaranya Cafu bermain dengan hantaran 1-2 yang berakhir dengan Rivaldo meletakkan Pasukan Roberto Carlos di depan 3-2.

Untuk tempoh 45 minit pertama sahaja 13 gol terhasil di mana pasukan Roberto Carlos mendahului pasukan Ronaldinho yang terlebih dahulu membuka tirai jaringan dengan kedudukan 8-5.

Separuh masa pertama : Roberto Carlos XI 8-5 Ronaldinho XI

Drama itu tidak akan berhenti di situ, Pasukan Ronaldinho bertindak balas dalam beberapa minit apabila Vinicius Jr menyerbu pertahanan lawan untuk mengumpan bagi membolehkan Diogo Snow melakukan satu penyudah yang mudah melepasi Sebastien Frey.

Aksi itu juga menyaksikan Rene Higuita membuat penyelamatan di garisan gol yang heroik, Ryan Babel mengejar bola hantaran lolos yang cantik dari Paul Pogba untuk menjaringkan gol untuk Pasukan Ronaldinho.

Bekas Superstar NFL Chad “Ocho Cinco” Johnson menjaringkan dua gol dan Ariana Dos Santos yang berusia sebelas tahun membuat assist untuk legenda AC Milan dan Brazil, Cafu.

Perlawanan babak kedua menyaksikan 9 gol lagi terhasil di mana salah satu gol itu telah dihasilkan oleh legenda The National Basketball Association (NBA), Steve Nash.

Keputusan akhir berpihak kepada pasukan Roberto Carlos yang mempamerkan aksi ‘comeback sensasi’ menewaskan pasukan Ronaldinho dengan jaringan 12-10.

Team Ronaldinho XI: Higuita, Aldair, Rafa Marquez, Lugano, Ronaldinho, Dybala, Pogba, Matuidi, Rauw Alejandro, Vinicius Jr, Kluivert.

Team Roberto Carlos XI: Mimmo Conte, R. Carlos, Cafu, Militao, Vidal, Valderrama, Rivaldo, Alphonso Davies, Falcao, Nani, Trezeguet.

BACA:  Permintaan Aneh Ronaldinho Ketika Mahu Sertai Flamengo