Ronaldinho Kini Suspek Aktiviti Scammer Melibatkan Skim Piramid Kripto

Ronaldinho berkemungkinan akan kembali ke tirai besi sekali lagi jika legenda Brazil itu terus gagal menampilkan diri untuk berhadapan dakwaan penipuan di Brazil.

Bekas bintang PSG, AC Milan dan Barcelona itu berhadapan dakwaan terlibat dengan skim piramid melibatkan mata wang kripto di negaranya.

Selepas bekas pemain itu gagal tampil dalam sebutan kes melibatkan dirinya, pihak pendakwaan di Brazil memberikan peluang terakhir untuk Ronaldinho berbuat demikian pada hari ini, atau terpaksa menggunakan waran untuk meminta pihak polis mengheretnya ke mahkamah untuk tampil memberi kenyataan.

Apakah tuduhan dihadapi Ronaldinho?

Bekas pemain antarabangsa Brazil itu menjadi suspek selepas salah satu syarikat miliknya turut berada di dalam siasatan melibatkan aktiviti penipuan.

Syarikat tersebut 18kRonaldinho menawarkan keuntungan 2% sehari untuk pelabur yang meletakkan modal lebih $30 sehari – yang dianggap sebagai penipuan.

Pada asalnya penglibatan Ronaldinho di dalam syarikat adalah sebagai duta (tujuan promosi), dan syarikat tersebut sebenarnya hanya menjual barangan kemas dan jam mewah.

Pihak pendakwa di Brazil kini mendapati syarikat tersebut menjalankan aktiviti skim piramid melibatkan mata wang kripto dan Ronaldinho turut didakwa menyeleweng dana yang diberikan pelabur.

Apa kata peguam Ronaldinho?

Peguam ikon bola sepak itu menegaskan anak guamnya itu telah menjadi mangsa syarikat tersebut, dan yakin syarikat telah menggunakan nama dan imej Ronaldinho secara tidak salah.

Peguam turut menegaskan pihak syarikat tidak pernah meminta kebenaran anak guamnya untuk menggunakan nama dan imej denga niat menarik pelabur baru.

Ronaldinho mulai terpalit selepas ada di kalangan pelabur mendapati diri mereka tertipu dengan janji manis pelabur sebelum memutuskan untuk mengambil tindakan perundangan.

Pelabur turut membuat tuntutan USD61.2 juta sebagai ganti rugi daripada 18kRonaldinho

BACA:  Xavi Buat Tiga Permintaan Sebelum Diumumkan Sebagai Pengurus Barcelona