Permintaan Aneh Ronaldinho Ketika Mahu Sertai Flamengo

Ronaldinho pernah meminta klausa aneh dalam kontraknya ketika beliau menyertai Flamengo pada tahun 2011.

Klausa aneh yang dimaksudkan adalah, Ronaldinho meminta Flamengo untuk menerima permintaan beliau untuk tidak menghalang beliau untuk ke kelab malam.

Ikon Brazil yang kini berusia 40 tahun itu pulang ke negara asalnya selepas menghabiskan musim yang cemerlang bersama AC Milan.

Ketika di Itali, Ronaldinho terkenal dengan sikap liarnya yang suka berhibur dan berparti di kelab-kelab malam.

Bekas bintang Barcelona itu mahu berhibur di kelab-kelab ternama di Brazil dan kerana itu beliau telah memasukkan klausa tersebut dalam kontraknya bersama Flamengo.

Ronaldinho meminta kelab untuk melepaskan beliau pergi berhibur sekurang-kurangnya dua kali seminggu dan Flamengo bersetuju dengan permintaan beliau yang aneh itu.

Pemenang Piala Dunia dan Copa Amerika itu teruk dikritik kerana gaya hidup yang beliau pilih walaupun sering dipuja kerana kehandalan beliau beraksi dalam padang.

Menurut seorang pemegang pass bermusim di San Siro, Paolo, beliau mendedahkan kepad Bleacher Report bahawa Ronaldinho terlalu kuat berparti hingga ketika Milan tewas pon beliau mahu berhibur.

“Menang, kalah, main cantik, main buruk, Ronaldinho tak peduli. Dia tetap akan mencari tempat untuk berparti dan menghiburkan dirinya sepanjang malam.”

Jelas Paolo.

“Kami di Milan sayang dia, tapi dia suka merosakkan diri sendiri dan kerjaya dia, dia tak peduli pon siapa nampak dia.”

Bekas pemain Arsenal, Alexander Hleb baru-baru ini mendakwa Ronaldinho dan Deco pernah turun ke padang latihan Barcelona dalam keadaan mabuk dan menyebabkan kelab terpaksa menjual mereka untuk melindungi Messi.

“Ronaldinho dan Deco pernah datang latihan dalam keadaan mabuk.”

Jelas legenda berusia 38 tahun itu.

“Sebab itulah Ronaldinho dan Deco dijual pada tahun 2008. Pihak kelab takut mereka akan pengaruhi Messi dan merosakkan masa depan bintang Argentina itu.”

Jerome Leroy pernah beraksi bersama pemenang Ballon d’or itu ketika di Paris Saint Germain dan beliau mendedahkan bahawa rakan sepasukannya itu hanya turun latihan sekali sahaja dalam seminggu kerana kehidupan sosialnya.

“Ronaldinho tidak turun ke padang latihan dan hanya akan muncul pada hari jumaat untuk hadapi perlawanan pada hari sabtu.”

Jelas legenda Perancis berusia 45 tahun itu.

“Saya rasa dia cuba mengikut jejak langkah Romario yang suka keluar berhibur setiap malam. Tapi dia tak mampu mencapai kejayaan sama.”

BACA:  Ronaldinho Kini Suspek Aktiviti Scammer Melibatkan Skim Piramid Kripto