Aksi Ronaldinho Ketika Bertemu Legenda Real Madrid Bukti Beliau Pemain Terhebat Sepanjang Zaman

Ronaldinho telah mempamerkan aksi permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan untuk Barcelona ketika bertemu legenda Real Madrid di Tel Aviv semalam.

Handalan bola sepak yang sudah berusia 41 tahun itu merupakan salah seorang dari dua legenda Brazil yang memakai jersi nombor 10 untuk Barcelona bersama Rivaldo.

Kalau dalam saingan La Liga, pertemuan antara dua pasukan ini dianggap sebagai ‘El Clasico’ memandangkan kisah perseteruan yang hebat antara kedua-dua pasukan.

Namun dalam aksi pertemuan di Israel semalam, legenda kedua-dua pasukan telah turun beraksi dalam satu perlawanan pertunjukan yang dipanggil ‘Peace Clasico’ walau lokasi mereka bermain tak begitu peace.

Handalan bola sepak seperti Luis Figo, Roberto Carlos, Deco dan ramai lagi legenda turun beraksi dalam perlawanan tersebut.

Ronaldinho berjaya menjadi pemain terbaik dan antara pemain paling menonjol dalam perlawanan yang memperlihatkan lima gol berjaya dihasilkan itu.

Pemenang anugerah Ballon D’or pada tahun 2005 itu tidak berada ditahap fizikalnya yang sempurna, namun beliau tetap berjaya menghiburkan peminat seluruh dunia dengan aksi permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan itu.

Beliau berjaya memukau 29,400 penonton yang datang menyaksikan perlawanan tersebut demgan mempamerkan hantaran menakjubkan dan skill-skill yang luar biasa mengagumkan.

Ekoran dari aksi hebat yang beliau pamerkan dalam perlawanan ini, salah seorang Youtuber dari saluran SVMM telah membuat kompilasi aksi Ronaldinho dalam perlawanan tersebut.

‘R10’ dilihat sangat terhibur dan menikmati perlawanan tersebut dan beliau jelas bahagia dapat kembali bermain bersama legenda Barcelona selepas hampir setahun berehat kerana gangguan wabak pandemik.

Beliau berjaya membuka tirai jaringan dalam perlawanan tersebut menerusi sepakan penalti dan meraikan gol jaringannya dengan gaya keraian terkenal beliau.

Beliau menunjukkan yang dirinya masih mempunyai kemampuan yang luar biasa menakjubkan, dengan bekas bintang AC Milan itu turut sempat menggegar palang gol lawan selepas melakukan percubaan yang sungguh mengagumkan.

Ronaldinho turut hampir untuk menjaringkan gol yang sungguh cantik dari garis tengah padang selepas melihat penjaga gol lawan terkeluar dari kawasannya.

Boleh dikatakan tidak ada pemain lain di atas padang yang menikmati dan bergembira dalam perlawanan tersebut seperti mana Ronaldinho merasakannya.

Senyuman di wajah beliau(memang sentiasa tersenyum) menunjukkan betapa legenda bola sepak itu benar-benar menikmati perlawanan pertunjukan ini.

Ronaldinho sebelum ini berdepan dengan masalah selepas beliau bersama abangnya pernah ditangkap di Paraguay kerana memalsukan passport dan sempat dipenjarakan atas kesalahan itu.

Ibu nya, Dona turut meninggal dunia pada awal tahun lalu selepas disahkan positif C0V-19 jadi Ronaldinho mengharungi dua tahun terakhir ini dengan penuh kedukaan.

Beberapa tawaran untuk muncul dalam iklan membantu beliau untuk mendapatkan dana tambahan untuk kelangsungan hidupnya selepas Ronaldinho menghadapi masalah kewangan teruk sebelum ini.

Sebuah filem berkait kisah kehidupan beliau dan tentang kariernya yang dinamakan sebagai ‘The Happiest Man In The World’ turut akan disiarkan tidak lama lagi.

Di usia 41 tahun dan telah lama menggantung boots, tidak menghalang Ronaldinho untuk beraksi dengan sangat cemerlang dalam perlawanan tersebut.

Skill dan kemampuan yang beliau tunjukkan membuktikan Ronaldinho sememangnya legenda terhebat sepanjang zaman dalam dunia bola sepak.

Video rangkuman aksi beliau dalam perlawanan itu mengukuhkan bukti yang Ronaldinho sentiasa hebat dulu, kini dan selamanya.

Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan legenda Real Madrid 3, legenda Barcelona 2.

Ronaldinho, Munitis, Alfonso, Jofre dan De La Red masing-masing berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ‘Peace Clasico’ itu.

Jarang untuk melihat aksi sehebat ini ketika perlawanan pertunjukan melibatkan legenda kelab, dan Ronaldinho berjaya menghiburkan penonton yang datang dengan mempamerkan kehebatan luar biasanya beliau.

Tidak keterlaluan juga untuk katakan yang beliau sepertinya masih mampu untuk beraksi dalam perlawanan kompetetif dan mungkin boleh beraksi jauh lebih baik berbanding pemain muda masa kini.

Ronaldinho melakukan keraian ikoniknya

Pemain muda seharusnya merasa tercabar melihat kemampuan dan persembahan Ronaldinho dan belajar sesuatu dari menonton aksi permainan beliau.

Tentunya ramai peminat yang tidak sabar untuk menanti perlawanan legenda seterusnya dan mahu melihat Ronaldinho kembali menghiburkan dunia bola sepak walau bukan dalam perlawanan kompetetif.

Sumber: SB

SVMM

BACA:  Messi Mengeluarkan €4 Juta Untuk Membebaskan Ronaldinho Dari Penjara