Ronaldinho Juara Futsal Penjara, Jaring 5 Gol Dan 6 Assist

Ronaldinho telah berjaya membantu pasukan Futsal Penjara yang beliau wakili untuk muncul juara dalam kejohanan yang berlangsung di di Agrupacion Especializada, Asunción, Paraguay.

Ternyata Ronaldinho berada di tahap yang sebagai pemain profesional apabila membantu pasukan beliau menang 11-2. Berkicap lawan.

Lebih padu Ronaldinho telah terlibat dalam kesemua gol yang terhasil dengan menjaringakn 5 gol dan mencipta 6 assist atau bantuan gol.

Aksi padu seperti biasa Ronaldinho dengan helah dan flick yang memukau ramai. Street FIFA dalam dunia yang sebenar. Padu dan menghiburkan.

Pihak penjara pada mulanya membenarkan Ronaldinho beraksi dengan syarat bekas pemain Barcelona itu tidak boleh menjaringkan gol dalam perlawanan ini.

Namun pelik tidak masuk akal tetapi atas namun keadilan peraturan ini terpaksa disyaratkan.

Peraturan ini telah diubah pada saat akhir apabila para banduan yang menyertai perlawanan ini tidak kisah jika Ronaldinho menjaringkan gol.

Dan inilah hakikatnya, Ronaldinho mengganas.

Sebanyak 15 pasukan yang beraksi dalam kejohanan futsal penjara ini bagi merebut hadiah babi dan pasukan yang berjaya mendapatkan Ronaldinho sangat beruntung.

Satu detik istimewa buat banduan yang dapat beraksi bersama dan menyaksikan ROnaldinho menjaringkan gol dalam gelanggang yang sama.

Dengan 5 gol dan 6 assist maka tidak peliklah Ronaldinho telah dipipih sebagai Man of the match.

Babi Hadiah Kemenangan

Hadiah kemenangan kepada juara perlawanan futsal ini sangat unik, seekor babi dengan timbangan seberat 16 kilogram menjadi habuan buat Ronaldinho dan rakan-rakan.

Mungkin babi itu boleh dijadikan santapan buat para pemenang buat babi beratur(BBQ), salai ke atau kukus, grill, panggang. Lantak diorang la.

Teringat pula drama sebuah piala seekor kambing. Ni boleh buat drama non-halal, sebuah piala seekor babi 16 kilogram.

Satu pengalaman yang berharga buat Ronaldinho yang sepanjang kariernya pernah mendakap trofi La Liga, Champions League, Serie A, Copa America, Piala Dunia dan Piala Konfederasi.

Kini babi menjadi koleksi trofi terbaru Ronaldinho.

Ronaldinho akan menghadapi perbicaraan pada selasa depan dan sementara menunggu terikh pengadilan Ronaldinho ditempatkan di Agrupacion Especializada.

Ronaldinho ditahan kerana Guna Pasport Palsu

Ronaldinho dan abangnya, Roberto telah ditahan pihak polis di Paraguay selepas masuk ke negara tersebut dengan menggunakan pasport palsu.

Warga Brazil itu bersama abangnya masuk ke Paraguay untuk satu acara amal.

Pihak berkuasa telah datang ke hotel penginapan Ronaldinho berdekatan bandar, Asuncion dan telah menjumpai dokumen perjalanan palsu.

Hasil siasatan pihak polis telah pasport Ronaldinho dan Roberto yang tertera bahawa mereka daripada Paruguay bukan Brazil.

Ronaldinho kini tidak memegang pasport Brazil selepas dikenakan sekatan pada 2018 kerana terbabit dalam isu alam sekitar.

Pemain lagenda Brazil dan abangnya ditahan pihak berkuasa tapi masih dibenar untuk tinggal di hotel untuk siasatan.

Menteri Dalam Negeri Paraguay, Euclides Acevedo dibenarkan tinggal di hotel ketika siasatan dijalankan dan tidak dibenar meninggalkan Paraguay.

Kini Ronaldinho telah ditahan di Agrupacion Especializada untuk menunggu perbicaraan selepas didakwa atas tuduhan pemalsuan dokumen.

Agak power dan genius juga sebenarnya, Ronaldinho yang begitu terkenal dipelusuk dunia dan mempunyai wajah yang unik menggunakan passport Paraguay.

Sangat jelas dan nyata satu kepalsuan.

Pada 2018 Ronaldinho dan Roberto telah diharamkan meninggalkan Brazil selepas kerana menangkap ikan ditempat yang dilarang pada 2015.

Ronaldinho juga telah diarahkan membayar denda $8.5 juta dan sejak 2018 mereka berdua tidak dibenarkan meninggalkan Brazil.

Lebih kelakar, tahun lalu kerajaan Brazil telah melantik Ronaldinho sebagai duta pelancongan negara.

Messi Bayar Yuran Guaman Ronaldinho

Lionel Messi dilaporkan telah berusaha semampu mungkin untuk membantu legenda bola sepak berusia 39 tahun itu yang merupakan bekas rakan sepasukannya.

Demi memberi pembelaan yang seadilnya Messi telah mengeluarkan wang poket sendiri sebanyak €4 juta. Celah gigi Messi je ni, gaji sebulan.

Pemenang enam kali Ballon d’Or itu, dilaporkan bertekad untuk membantu rakannya keluar dari penjara dengan mengupah empat orang peguam untuk mengambil kesnya.

Ketika Messi memulakan kerjaya di Barcelona, Ronaldinho sudah menjadi pemain terbaik dunia di zaman itu.

Menurut Messi sendiri, Ronaldinho adalah pengaruh besarnya dalam sukan bola sepak dan mereka sangat akrab. Keakraban mereka berkekalan hingga ke hari ini.

Semoga kesudahan yang baik akan diterima Ronaldinho kerana kesalahan yang dilakukan ini agak berat.

BACA:  Ronaldinho Bakal Ke Pahang?