Messi Mengeluarkan €4 Juta Untuk Membebaskan Ronaldinho Dari Penjara

Ronaldinho dan abangnya, Roberto telah ditahan pihak polis di Paraguay selepas masuk ke negara tersebut dengan menggunakan pasport palsu.

Warga Brazil itu masuk ke Paraguay pada rabu lalu untuk satu acara amal.

Pihak berkuasa telah datang ke hotel penginapan Ronaldinho berdekatan bandar Asuncion, lalu telah menjumpai dokumen perjalanan palsu.

Hasil siasatan pihak polis telah mendapati pasport Ronaldinho dan Roberto tertera bahawa mereka daripada Paruguay bukan Brazil.

Ronaldinho kini tidak memegang pasport Brazil selepas dikenakan sekatan pada 2018 kerana terbabit dalam isu alam sekitar.

Pemain lagenda Brazil dan abangnya ditahan pihak berkuasa tapi masih dibenar untuk tinggal di hotel untuk siasatan.

Menteri Dalam Negeri Paraguay, Euclides Acevedo membenarkan mereka tinggal di hotel ketika siasatan dijalankan dan tidak dibenar meninggalkan Paraguay.

“Mereka telah memalsukan dokumen, mereka tidak ditahan dan penyiasatan kehakiman dijalankan untuk mendapatkan keterangan mereka.”

“Kemudian barulah diputuskan samada mereka akan ditahan atau tidak.”

Seorang ahli perniagaan daripada Brazil, Wilmondes Sousa Lira berusia 45 tahun telah ditahan kerana dipercayai sebagai dalang pemalsuan dokumen.

“Ketika ini seorang ahli perniagaan Brazil telah ditahan dan menurut kenyataan awal, beliau bertanggungjawab dalam pemalsuan dokumen ini.”

“Ronaldinho dan Roberto telah memberi kerjasama dan mengisytiharkan diri mereka tidak bersalah, mereka berkata bahawa mereka diperdaya oleh ahli perniagaan tersebut.”

“Ketika dilapangan terbang, Polis telah menyedari bahawa dokumen ini telah dipalsukan dan tiada siapa dibenarkan mempunyai dokumen palsu.”

“Maklumat yang kami ada berdasarkan penyiasatan bahawa pasport itu telah dipohon dan dikeluarkan sebulan lalu untuk Ronaldinho dan Roberto.”

Jelas Menteri Dalam Negeri Paraguay.

Pada Sabtu lalu, hakim menyatakan Ronaldinho mungkin tidak akan dipenjara. Namun beliau perlu dibicarakan terlebih dahulu sebelum diterbangkan pulang ke Brazil.

Ketika di penjara, beliau diletakkan bersama dengan anggota polis lain di satu sel khas dan bukannya penjara yang menempatkan para pesalah lain.

Ini kerana kerajaan Paraguay menghormati beliau sebagai seorang bintang bola sepak dunia. Dan kehadiran beliau ke Paraguay pun atas tujuan kebajikan.

Kali ini beliau menerima undangan untuk membantu kanak kanak kelainan upaya / OKU.

Beliau mendapat jemputan daripada rakannya untuk melakukan aktiviti amal di Paraguay. Ronaldinho memang banyak melakukan amal kebajikan dalam hidupnya.

Peminat sangat kagum dengan Ronaldinho yang sentiasa tersenyum walaupun ada masalah besar dalam hidupnya. Dia tak menolak untuk diambil gambar.

Dan ironi tentang kejadian itu hanya beberapa hari selepas Ronaldinho berada dipenjara berkenaan, pihak mereka bakal mengadakan kejohanan Futsal.

Tambahan, menurut satu sumber mengatakan bahawa pertandingan itu biasanya berlaku setiap enam bulan dan sepertinya telah dirancang sebelum ketibaan Ronaldinho lagi.

Lazimnya terdapat 194 penghuni yang terlibat (tiada pegawai polis yang turut serta) dan akan dibahagikan kepada sepuluh pasukan yang berbeza.

Legenda bola sepak seantero dunia iaitu Ronaldinho dibenarkan untuk bermain dalam pertandingan futsal di penjara Agrupación Especializada  di Paraguay.

Sebelum ini pihak penjara tidak begitu menggalakkan beliau menyertainya kerana risau akan keselamatannya.

Namun Ronaldinho berkeras juga mahu bermain. Namun pihak penjara menetapkan satu syarat khas iaitu, Ronaldinho dilarang menjaringkan gol.

Beliau dilaporkan setuju dengan syarat pelik itu. Yang penting dapat main bola. Awalnya Ronaldinho hanya dibawa menonton aksi futsal di antara banduan di situ.

Ronaldinho meminta untuk bermain. Dan akhirnya dia mendapat kebebenaran untuk bermain tetapi tak boleh menjaringkan gol.

Ini kerana pihak penjara mahu menjaga fairplay, permainan yang adil di kalangan pemain di sana. Kalau Ronaldinho boleh jaringkan gol, ianya akan membuatkan persaingan jadi tak adil.

Takut silap hari bulan ada yang koyak, kelain jadinya. Ronaldinho dibenarkan untuk menggayakan segala skil yang masih ada pada dirinya.

Sementara itu, menurut satu sumber dari 90Min, Lionel Messi dilaporkan telah bergegas mahu berusaha untuk membantu legenda bola sepak berusia 39 tahun itu.

Pemenang enam kali Ballon d’Or itu, dilaporkan bertekad untuk membantu rakannya keluar dari penjara dengan mengupah empat orang peguam untuk mengambil kesnya.

Kos yang ditanggung oleh Messi untuk mengeluarkan rakannya itu memakan belanja sekitar € 4 juta dari wang saku Messi sendiri.

Ketika Messi memulakan kerjaya di Barcelona, Ronaldinho sudah menjadi pemain terbaik dunia di zaman itu. Menurut Messi sendiri, Ronaldinho adalah pengaruh besarnya dalam sukan bola sepak dan mereka sangat akrab. Keakraban mereka berkekalan hingga ke hari ini.

BACA:  Pemain Harapan Pilihan Messi Pada 2016, Di Mana Mereka Sekarang?