Kesebelasan Utama Impian EURO 2020

Kejohanan paling agung buat negara Eropah, UEFA European Football Championship 2020 (EURO 2020) sepatutnya telah pun berlangsung tahun lalu namun telah ditunda ke Jun 2021 ekoran penularan wabak dipelusuk dunia.

Selepas Piala Dunia FIFA, UEFA European Football Championship 2020 (EURO) merupakan kejohanan bola sepak yang paling ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti peminat bola sepak.

Sememangnya bola sepak Eropah tidak dapat disangkal lagi sangat menarik dari peringkat kelab sehinggalah kepada negara dan pasukan paling popular sudah pasti England.

Seperti Premier League, pasukan England juga mempunyai ramai pengikut namun populariti tidak menjamin kejayaan di padang.

England dan peminat mereka seperti biasa akan melaungkan ‘it’s coming home’ dan tidak terkecuali rasanya untuk EURO 2020 ini.

Portugal merupakan juara bertahan kejohanan ini apabila muncul juara pada EURO 2016 dan momen paling diingati sudah pasti apabila Cristiano Ronaldo berkelakuan seperti seorang pengurus.

Final EURO 2016 menemukan Portugal dan Perancis di mana Cristiano Ronaldo menangis teresak-esak selepas dicederaka Payet dan terpaksa dikeluarkan.

Eder menjaringkan gol tunggal perlawanan akhir dan membawa Portugal muncul juara EURO buat pertama kali dalam sejarah.

Menjelang kejohanan EURO 2020 yang bakal tiba pada Jun, Givemesport telah menyenaraikan kesebelasan utama terbaik EURO 2020.

Penjaga Gol: Thibaut Courtois (Belgium)

Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Curtois pada awal kehadirannya bersama Real Madrid menggantikan Keylor Navas boleh tahan aksi kelakar beliau yang tidak boleh dibawa bincang.

Namun kemudia Curtois insaf dan kembali kepangkal jalan selepas tersesar jauh ke pangkal rahim dengan membawa reputasi yang agak hebat ketika bersama Chelsea.

Hasilnya dalam 18 terakhir ini, jumlah cleansheet yang direkodkan oleh Curtois sangat membanggakan dan mengatasi dua penjaga gol Jerman untuk berada dalam senarai ini.

Jangan tanya Jan Oblak mana. Oblak merupakan pemain kelahiran Slovenia yang gagal mara ke EURO 2020.

Right Back: Joao Cancelo (Portugal)

Joao Pedro Cavaco Cancelo merupakan pemain pertahanan kelahiran Portugal di mana posisi utamanya adalah rightback namun mampu beraksi sebagai sayap kanan dan left back.

Kemampuan Joaa Cancelo yang mampu bermain di beberapa posisi berlainan merupakan satu kelebihan untuk pasukan.

Joao Cancelo mula menyertai Manchester City pada tahun 2019 dari Juventus dan mula menyerlah pada awal musim ini menjadikan Manchester City kebal.

Trent Alexander-Arnold? Euuww! Hebat di mulut peminat je.

Centre Back: Sergio Ramos (Sepanyol)

Pemain pertahanan tengah veteran dan penuh karisma, Sergio Ramos yang kaya dengan pengalaman dan masih lagi mampu beraksi diperingkat tertinggi layak untuk dilantik sebagai ketua pasukan dalam kesebelasan utama ini.

Selain kental bertahan, Sergio Ramos yang mahir dengan jurus judo yang diharamkan (tanya Mohamed Salah) juga mempunyai kemampuan untuk menjadi penjaring melalui ketajaman sundulan dan pakar sepakan penalti.

Sergio Ramos juga mahir untuk mengutip kad merah.

Centre Back: Ruben Dias (Portugal)

Pemain pertahanan Portugal yang baru berusia 23 tahun merupakan gandingan yang mantap diletakkan bersama Sergio Ramos yang sudah berusia senja dalam bola sepak.

Ruben Dias merupakan produk kelahiran Benfica yang telah dipinang oleh Manchester City pada awal musim ini dan menunjukkan aksi matang menjadikan Manchester City kebal.

Dengan usia yang masih muda, Ruben Dias bakal menjadi tonggak masa depan Portugal dan juga Manchester City untuk tempoh yang panjang.

Centre Back: Andrew Robertson (Scotland)

Disebalik kemerosotan prestasi Liverpool yang mungkin bakal menjadi penyandang paling teruk dalam sejarah, Andrew Robertson masih konsisten permainan beliau dan menjadi nadi Scotland di perlawanan antarabangsa.

Anfrew Robertson berada dalam senarai ini dan mengetepikan pemain Austri David Alaba yang serba boleh dan mampu bermain dipelbagai posisi bagi menjadi hati penyokong Liverpool.

Centre Midfielders: Joshua Kimmich (Germany)

Joshua Kimmich pemain serba bola dari Jerman yang beraksi bersama Bayern Munich boleh beraksi di beberapa posisi dan juga mempunyai kemampuan untuk menjaringkan gol.

Ketika di RB Leipzig Joshua Kimmich diterapkan dengan permainan menyerang yang agak extreme walaupun posisinya lebih kepada bertahan.

Kemampuan serta kualiti Kimmich dalam memenangi bola, terjahan kemas lagi tepat dan mampu menggelecek membuatkan Kimmich mampu bermain sebagai pemain tengah dan juga pertahanan.

Centre Midfielders: Bruno Fernandes (Portugal)

Bruno Fernandes pemain tonggak Manchester United yang mempunyai rekod jaringan dan bantuan gol yang agak mengagumkan dan Setan Merah akan hilang punca tanpa pemain ini.

Setakat hari ini, aksi Bruno Fernandes bersama pasukan Portugal kurang menonjol mungkin kerana Portugal mempunyai skuad yang seimbang dan tidak berharap kepada Bruno Fernandes.

Ilkay Gundogan yang kini berada di kemuncak prestasi yang agak luar biasa terutama pada tahun 2021 pemain yang boleh merebut tempat ini jika tiada Bruno Fernandes.

Centre Midfielders: Kevin De Bruyne (Belgium)

Kehadiran Kevin De Bruyne tidak perlu dipertikaikan lagi kemampuannya samada di peringkat kelab atau negara dan sentiasa berada dalam senarai pemain tengah terbaik dunia sejak beberapa musim lalu.

Kreativiti dalam mencipta peluang dan ruang menjadi senjata Kevin De Bruyne serta kepaduan rembatan dari kaki kiri dan kanan membolehkan De Bruyne menjadi seorang penjaring.

Right Wing: Kylian Mbappe (France)

Pemain muda paling sensasi di muka bumi ini dan memegang gelaran sebagai pemain termahal dunia walaupun usianya masih agak mentah namun tidak aksinya.

Belum mencecah usia 20 tahun, Kylian Mbappe telah pun berjaya menjulang trofi Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Russia.

Kylian Mbappe juga menyematkan namanya selaku penjaring pada perlawanan akhir Piala Dunia. Apa lagi kau nak?

Left Wing: Cristiano Ronaldo (Portugal)

Seorang lagi pemain veteran yang mampu memimpin pasukan namun kadang kala ada penampakan perangai pentingkan diri dan lebih baik lilitan kapten itu diberikan kepada Sergio Ramos.

Mesin gol yang tidak dapat disangkal lagi dalam dunia bola sepak samada diperingkat kelab mahukan negara dengan rekod jaringan yang pecah muka pecah kepala.

Mengumpul puluhan gol setiap musim di liga yang berlainan di Eropah juga membuktikan bahawa Ronaldo mampu menjaring tidak kira di mana saja beliau beraksi.

Ronaldo kini hanya menghitung hari sahaja untuk menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman di peringkat antarabangsa dan bakal merampas kedudukan Ali Daie.

Harap takde yang tanya mana Lionel Messi? Untuk makluman semua Argentina bukan negara Eropah.

Penyerang: Robert Lewandowski (Poland)

Robert Lewandowski, pemain yang sentiasa dibayangi oleh Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi untuk menjadi pemain terbaik dunia akhir dinobatkan pemain terbaik dunia FIFA bagi tahun 2020.

Ketajaman Robert Lewandowski di depan gol tidak dapat di bawa bincang lagi dan kini telah membuat rekod agak gila menjaringkan 35 gol dalam 25 perlawanan Bundesliga.

Ada lagi tak pemain paling layak selain Lewandowski di Eropah?

BACA:  CIES Keluarkan Senarai Pemain Paling Bernilai, Rashford Gayat Dipuncak