Kesebelasan Utama Manchester United Jika Moyes Masih Kekal Pada 2014

Kesebelasan utama Manchester United jika David Moyes masih kekal lagi pada tahun 2014 telah didedahkan dan projek yang berada dalam perancangan Moyes untuk membawa Manchester United terus dipuncak sangat menarik.

Selepas 11 tahun cemerlang bersama Everton, David Moyes telah menjadi pengurus pilihan utama Sir Alex Ferguson sendiri untuk menggantikan beliau dengan meninggalkan legasi yang begitu agung.

Satu tugas teramat berat serta gila untuk Moyes mengekalkan apatah meneruskan legasi Alex Ferguson ke tahap yang lebih baik.

Pada 2013, Moyes telah diberikan kontrak selama 6 tahun untuk mengendalikan Manchester United dan semua tahu Moyes hanya bertahan selama 10 bulan sahaja.

Untuk menyatakan Moyes gagal sepenuhnya seperti tidak adil kerana telah dipecat selepas kurang setahun dengan kontrak sebenarnya selama 6 tahun.

Dalam tempoh itu, Moyes hanya membawa masuk Fellaini dan Juan Mata sahaja dan skuad yang ditinggalkan Alex Ferguson sudah hampir habis diperah dan Ferguson saja yang boleh mendapatkan yang terbaik dari pemain yang ditinggalkan.

Dengan tempoh 6 tahun yang ada Moyes telah pun merangkan pelannya dan hampir membawa masuk beberapa nama besar namun tidak berhasil di mana Moyes terlebih dahulu pergi.

Sejak itu karier pengurusan Moyes turut kelaut seiring dengan prestasi Manchester United sehinggalah beliau bersama West Ham dan berjaya ke separuh akhir Europa League.-

Dalam rancangan bual bicara Podcast High Performance, Moyes telah mengenang kembali waktu singkatnya di United dan pengajaran yang diperolehinya ketika itu.

Namun begitu, Moyes masih gembira untuk mengakui bahawa ada perkara tertentu yang dia akan lakukan secara berbeza jika dia boleh kembali ke masa lalu dan mengambil alih semula United.

Orang Scotland itu berkata semasa berbual dengan Jake Humphrey dan Profesor Damian Hughes:

“Saya merasakan bahawa mengekalkan sekurang-kurangnya satu atau dua kakitangan Sir Alex adalah sangat penting, yang saya cuba dan lakukan.

“Akhirnya, ia tidak berfungsi seperti itu. Saya cuba menambah Ryan Giggs, Phil Neville, orang yang mempunyai pengalaman.

“Tetapi jika saya boleh memperbaikinya dan kembali Manchester United, saya memerlukan Rene Meulensteen untuk kekal atau Mike Phelan untuk kekal. Saya telah mengaku dan berkata demikian. Jika saya mendapat peluang itu lagi, itulah yang akan saya lakukan.”

David Moyes kini semakin jelas dengan visi dan misi karier pengurusannya dengan tahap kesedaran serta kebijaksanaan berbanding ketika dilantik menjadi pengurus Manchester United

Laluan karier David Moyes selepas dipecat Manchester United agak berliku selepas cemerlang bersama Everton namun tidak sukar mendapat tawaran sehinggalah mendapat sentuhan kembali bersama West Ham United kini.

David Moyes membuktikan pembelian Juan Mata dan Marouane Fellaini adalah satu perjanjian yang berbaloi di mana kedua-dua pemain ini menjadi tonggak Setan Merah selepas itu.

Pemain muda, Saidy Janko yang dibeli dari FC Zurich membuat debut bersama pasukan senior di League Cup ketika tewas 4-0 kepada MK Dons juga menyusul pergi selepas David Moyes

David Moyes berkata jika beliau ditawarkan menjadi pengurus Setan Merah 7-8 tahun lebih lewat maka banyak perubahan yang mampu dilakukannya ketika ini.

Bukan rahsia lagi pada ketika itu, Moyes dan Manchester United cuba mendapatkan pemain bintang yang diingini seperti Gareth Bale, Toni Kroos dan Cesc Fabregas untuk digandingkan dengan pemain yang sedia ada.

Dan inilah kesebelasan utama yang mungkin ada jika Moyes masih kekal ketika itu.

Penjaga Gol – David De Gea

Pembelian David De Gea oleh Sir Alex Ferguson merupakan dengan rekod perpindahan British bagi penjaga pada Jun 2011 dengan harga £18.9 juta adalah satu pelan jangka panjang.

David De Gea yang menjadi sasaran utama Alex Ferguson dibeli dari Atletico Madrid bagi menggantikan Edwin Van Der Sar yang sudah memasuki umur persaraan.

De Gea rindukan perasaan menjulang trofi Liga Perdan Inggeris

Ketika itu De Gea sudah pun menunjukkan potensinya untuk menjadi antara penjaga gol terbaik dunia, sudah pasti David Moyes akan menagaih khidmatnya.

Malah De Gea telah memenangi anugerah Sir Matt Busby Player of the Year buat pertama kali di bawah bimbingan David Moyes dan dipilih lagi sebanyak tiga kali selepas itu.

Bek Kiri – Leighton Baines

Pada hari ini Leighton Baines pasti bukan lagi calon kegemaran tetapi di wakti itu Baines merupakan salah seorang underrated full back di Premier League.

Leighton Baines juga sering menjadi pilihan utama untuk dipanggil bagi tugasan utama bersama skuad England.

Moyes berminat membawa bekas pemainnya itu ke Old Trafford. Pada tahun 2014 Baines telah menjelaskan:

“Semua perkara yang terjadi di musim panas biarlah kekal dalam lipatan sejarah.”

“Saya boleh menandatangani kontrak pada bila-bila masa pada musim panas dan meletakkan semuanya.”

Tetapi akhirnya, Evertonlah yang memenangi perlawanan tarik tali dan Baines tidak pernah pergi dan kekal di Everton sehingga bersara pada tahun 2020

Bek Tengah – Nemanja Vidic

Pada ketika itu ada khabar angin menyatakan Phil Jagielka berada dalam radar pemantauan Manchester United namun Phil Jagielka telah menandatangani kontrak jangka panjang bersama Everton.

Nemanja Vidic yang di tahun akhir kontrak tetap menjadi pilihan David Moyes dan mula mengalami kemerosotan prestasi kerana kecederaan dialami dalam tempoh dua musim sebelumnya dan juga disebabkan faktor usia.

FILE – This is a Wednesday Dec. 6, 2006 file photo of Manchester United’s Nemanja Vidic as he celebrates scoring against Benfica during their Group F Champions League soccer match at Old Trafford, Manchester, England. Inter Milan said Wednesday March 5, 2014 Manchester United defender Nemanja Vidic will join the club for the start of next season. (AP Photo/Steven Governo, File)

Di bawah David Moyes Nemanja Vidic masih diberikan kepercayaan dengan membuat 34 penampilan di musim terakhirnya sebelum menyertai Inter Milan.

Bek Tengah – Phil Jones

Phil Jones ketika era Sir Alex Ferguson sehingga zaman David Moyes masih lagi diprestasi terbaik dan tidak dibelenggu kecederaan dan menjadi centre back terbanyak membuat penampilan di bawah David Moyes.

Phil Jones tidak kelakar seperti Harry Maguire dengan siri kesilapan tetapi raut wajahnya yang penuh bersemangat ketika beraksi menjadi bahan jenaka dan meme.

Phil Jones terpaksa menerima suntikan.

Phil Jones masih ada dalam pasukan Setan Merah hingga ke hari ini dan banyak menghabiskan masa di bilik rawatan.

Bek Kanan – Rafael Da Silva

Rafael Da Silva bukanlah seorang bek kanan yang power berkelas dunia tetapi tetap menjalankan tugasnya dengan baik dan sentiasa menjadi pilihan utama selepas Gary Neville bersara.

Seperti Nemanja Vidic, jodoh Rafael bersama Setan Merah hampir ke penghujung ketika David Moyes tiba dan pergi ke Lyon pada 2015.

Tengah – Cesc Fabregas

Cesc Fabregas begitu hampir untuk menjadi Setan Merah namun telah membuat keputusan untuk kekal semusim lagi di Barcelona sebelum menyertai Chelsea selepas itu.

Satu keputusan bijak dari Cesc Fabregas yang akhirnya merasai gelaran juara Premier League yang pertama dan terakhir dalam karier beliau di Chelsea.

Member baik sejak kecik

Peristiwa ini telah disahkan oleh Moyes sendiri pada 2016:

“Satu lagi pemain yang hampir saya dapat ialah Cesc Fàbregas, yang kami fikir kami akan dapat [dari Barcelona] sehingga minit terakhir.”

“Cerita Cesc ni sangat mengecewakan, ia sangat hampir sekali.”

Tengah – Marouane Fellaini

Satu-satunya pemain dibeli oleh David Moyes selepas dilantik sebagai pengurus Manchester United adalah Marouane Fellaini kemudian Juan Mata dibeli pada pertengahan musim dari Chelsea.

Marouane Fellaini dibeli pada harga £27.5 juta di hari terakhir jendela perpindahan sebelum ditutup dan mempunyai klausa pelepasan yang lebih rendah dari harga dibayar. Benda last minit kan?

Membuatkan Ketiadaan Pogba Tidak Dirasai.

The Daily Telegraph telah meletakkan Fellaini dalam senarai 10 pembelian terburuk musim itu dan hanya melakukan 15 penampilan dari kesebelasan utama.

Moyes tidak sempat mendapat yang terbaik dari Fellaini seperti di Everton dan pemain yang digelar pokok itu mempamerkan aksi terbaiknya ketika di bawah Louis Van Gaal dan Jose Mourinho.

Tengah – Toni Kroos

Dalam senarai ini, inilah kehilangan yang paling menyakitkan dari kumpulan pemain diatas dan di bawah, Toni Kroos mampu menjadi tunjang masa depan Manchester United.

Jurulatih dan Pemain terbaik Jerman

Moyes mendedahkan bahawa Kroos sebenarnya yang terus kekal di Bayern Munich sehingga berpindah ke Real Madrid pada 2014 telah bersetuju dengan perpindahan untuk bersama Manchester United.

“Toni Kroos telah bersetuju untuk datang pada musim panas,” kata Moyes.

“Saya telah mencapai persetujuan dengan Toni sendiri dan ejennya. Ia adalah perjanjian yang telah selesai, jadi itu adalah tahap yang saya sasarkan – tetapi kadangkala anda tidak menyelesaikan tawaran.”

Walaupun kata sepakat telah dicapai tanpa tandatangan Kroos perjanjian tidak akan berlaku dan Kroos cemerlang bersama Real Madrid hingga ke hari ini.

Sayap Kiri – Wayne Rooney

Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Manchester United ini pasti ada dalam skuad David Moyes kerana mampu beraksi di mana-mana posisi jika diletakkan.

Wayne Rooney merupakan penjaring terbanyak ketika Moyes berkuasa dengan 17 gol di Premier League.

Penyerang – Robin van Persie

Ketika Moyes tiba, Robin van Persie memegang status sebagai pemenang kasut emas dua musim berturut-turut bersama Arsenal dan di musim pertamanya di Old Trafford.

Sudah pastilah Robin Van Persie menjadi pilihan utama David Moyes, walaupun gagal mengekalkan gelaran kasut emas, Van Persie berjaya jaringakan 12 gol liga untuk Moyes.

Sayap Kanan – Gareth Bale

Gareth Bale dikaitkan dengan Manchester United bukan perkara baru selepas mereka kehilangan Cristiano Ronaldo kepada Real Madrid dan Moyes mengakui bali menjadi sasaran utamanya.

“Apabila saya mula-mula masuk ke United sasaran sebenar saya ialah Gareth Bale.”

Bale pernah kurus keding suatu masa dahulu

“Saya rasa selama ini Gareth Bale adalah pemain Manchester United dan saya berjuang untuk mendapatkannya [dari Tottenham] sehingga minit terakhir.”

“Kami sebenarnya menawarkan dia tawaran yang lebih besar daripada Real Madrid tetapi Gareth telah membuat keputusan untuk pergi ke Madrid. Dalam fikiran saya, Bale pemain yang saya mahukan.”

Cristiano Ronaldo?

David Moyes juga telah mendedahkan bahawa Sir Alex Ferguson telah memberitahu beliau bahawa terdapat kebarangkalian agak besar untuk Cristiano Ronaldo kembali ke Old Trafford.

“Sir Alex telah memberitahu aku peluang dan kemungkinan untuk Ronaldo kembali dari Real Madrid sentiasa terbuka.”

Selepas meraih kegemilangan bersama Real Madrid Ronaldo telah menyertai gergasi Itali selepas tamat kempen Piala Dunia 2018 dan jika Manchester United masih dikemudi David Moyes dengan barisan pemain yang dimahukannya ini tidak mustahil untuk Ronaldo kembali.

Pada ketika itu juga, Moyes masih mempunyai pemain seperti Evra, Valencia, Smalling

Namun ini semua adalah perancangan David Moyes semasa menjawat jawatan pengurus Manchester United yang kini hanya menjadi buah kalau dan kalau dan kalau.

Apa yang pasti disini adalah David Moyes mempunyai rancangan yang besar ketika bersama Setan Merah namun impiannya tidak tercapai kerana tidak diberikan peluang dan tempoh masa yang mencukupi.

BACA:  Ten Hag Sebenarnya Anggap Maguire Pemain Penting Yang Tiada Galang Ganti