Kesebelasan Utama Pilihan Kim Pan Gon, Malaysia vs Filipina

Kesebelasan utama dalam perlawanan Malaysia menentang Filipina yang disenaraikan oleh Kim Pan Gon menjadi satu perkara yang ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak tanah air.

Ini kerana kejohanan FAS Tri-Nations Series 2022 yang melibatkan Malaysia, Singapura dan Filipina menjadi medan ujian pertama buat jurulatih dari Korea Selatan itu.

Kim Pan Gon menjadi calon pengganti Tan Cheng Hoe yang melepaskan jawatannya selepas kegagalan di Piala AFF Suzuki yang lalu di mana Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan.

Kim Pan Gon telah menzahirkan rasa terkejut beliau apabila Malaysia gagal untuk muncul juara Piala AFF Suzuki selepas mengendalikan latihan pusat pertamanya.

Cerita-cerita positif bertebaran dalam tempoh latihan itu dengan corak latihan intensif diperkenalkan oleh Kim Pan Gon bagi membolehkan Harimau Malaya beradaptasi dengan permainan pantas.

Kesebelasan utama Malaysia vs Filipina

Sebelum ini Kim Pan Gon memanggil 30 orang pemain untuk latihan pusat yang bermula pada 14 Mac 2022 dengan 10 pemain diletakkan dalam senarai bersedia.

Dan untuk senarai akhir hanya 25 pemain sahaja yang dibawa Kim Pan Gon ke Singapura untuk kejohanan FAS Tri-Nations Series 2022 selepas ada yang digugurkan dan menggugurkan atas pelbagai alasan.

Inilah senarai kesebelasan utama untuk perlawanan pertama Kim Pan Gon:

Penjaga Gol

Mohd Farizal Marlias, 36 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc

Pertahanan

Corbin-ong La’vere Lwarence, 31 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Dion-johan Cools, 26 tahun – SV Zulte Waregem
Shahrul Mohd Saad, 29 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Ahmad Khuzaimi Piee, 29 tahun – Negeri Sembilan Fc

Tengah

Safiq Rahim, 35 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Mohamed Syamer Kutty Abba, 25 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Kogileswaran Raj A/l Mohana Raj, 24 tahun – Petaling Jaya City Fc

Penyerang

Muhammad Syafiq Ahmad, 27 tahun – Kedah Darul Aman Fc
Arif Aiman Mohd Hanapi, 20 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Muhammad Akhyar Abdul Rashid, 23 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc

Pemain Simpanan

Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, 35 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Muhammad Safawi Rasid, 25 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Mohamadou Sumareh, 28 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Muhammad Ramadhan Saifullah Usman, 22 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Mohd Khairulazhan Mohd Khalid, 33 tahun – Selangor Fc
Quentin Cheng Jiun-ho, 23 tahun – Selangor Fc
Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, 27 tahun – Petaling Jaya City Fc
Khair Muhammad Jefri Jones, 33 tahun – Negeri Sembilan Fc
Mohamad Faisal Abdul Halim, 24 tahun – Terengganu Fc
Dominic Tan Jun Jin, 25 tahun – Sabah Fc
Muhamad Nor Azam Abdul Azih, 27 tahun – Sri Pahang Fc
Luqman Hakim Shamsudin, 20 tahun – KV Kortrijk
Liridon Krasniqi, 30 tahun – Odisha Fc
Zhafri Yahya, 28 tahun – Kuala Lumpur City Fc

Lilitan kapten di lengan menjadi milik Farizal Marlias.

Kim Pan Gon Mahu Bawa Malaysia ke Piala Dunia

Sejak menjawat takhta ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon telah membuat beberapa kenyataan yang berani mati dan sangat mengujakan apabila mendengarnya.

Pada Februari yang lalu,Kim Pan Gon menyasarkan untuk membawa skuad kebangsaan ke satu tahap baharu dan melebihi rantau Asia Tenggara pada masa hadapan.

“Kami (termasuk pasukan pengurusan) akan bina asas yang kuat dahulu dan bergerak kehadapan dengan memfokuskan kepada suatu yang lebih besar, iaitu layak ke peringkat akhir Piala Dunia.”

“Piala Dunia pada masa hadapan, Asia boleh dapat sembilan slot, bagi layak ke akhir, jadi saya rasa saya nak sediakan untuk itu,” katanya dalam sidang medianya yang pertama selepas dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya bulan lepas.”

Dalam menjadikannya kenyataan, Pan Gon yang memulakan tugasnya di Kelana Jaya hari ini, merancang untuk meletakkan asas yang kukuh selain membantu pemain muda dibangunkan dengan baik, dalam usaha membantu pasukan kebangsaan layak ke Piala Dunia suatu hari nanti.

Tanpa menyatakan edisi Piala Dunia yang mana, Pan Gon percaya beliau mampu untuk membawa Malaysia ke kejohanan bola sepak utama itu, kerana rantau Asia akan diberikan sehingga sembilan slot pada masa hadapan.

Piala Dunia FIFA 2026 yang akan berlangsung di tiga negara iaitu Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat merupakan edisi pertama mempunyai 48 pasukan bertanding, berbanding 32 pasukan pada masa ini.

Dengan penambahan pasukan di Piala Dunia kepada 48 pasukan dari 32 pasukan dan slot rantau Asia bertambah dari 4.5 kepada 9 slot maka secara matematiknya peluang Malaysia untuk ke Piala Dunia bertambah hampir sekali ganda.

Oleh kerana Piala Dunia akan menjadi sasaran jangka panjangnya, jurulatih kelahiran Korea Selata itu berkata beliau akan cuba untuk membuatkan peminat gembira dengan memberikan keputusan yang baik untuk pasukan kebangsaan.

Beliau yang melihat bahawa pasukan Harimau Malaya mempunyai potensi untuk membuat impak yang besar di masa hadapan, namum menyatakan bahawa pemain masih lagi kekurangan tahap keyakinan apabila mereka di padang.

“Mereka (pemain) perlu percaya yang mereka adalah cukup baik, boleh capai lebih daripada peringkat Asia Tenggara… Saya akan bantu mereka untuk dapatkan keyakinan dan buatkan pasukan kuat sebagai satu pasukan dan bersatu,” katanya.

Ditanya mengenai apa yang menarik beliau untuk mengambil alih pasukan kebangsaan, bekas ketua jurulatih Hong Kong itu menyatakan bahawa projek baharu beliau ini sebagai menarik kerana pasukan Malaysia berpotensi besar untuk pergi jauh.

“Sebaik saya menerima tawaran ini, saya tidak teragak-agak untuk menerimanya dan ia amat menarik kerana walaupun saya boleh ke Piala Dunia 2022 di Qatar bersama pasukan kebangsaan Korea Selatan, tetapi apa yang paling menarik bagi saya saya ialah untuk bersama Malaysia.”

“Saya boleh katakan, terdapat satu ruang penambahbaikan yang besar dan saya boleh lihat potensi yang banyak jika kita boleh perbetulkan beberapa perkara, untuk Malaysia meningkat ke satu tahap yang lain,” kata bekas Pengarah Pasukan Kebangsaan Persatuan Bola Sepak Korea Selatan.

Pan Gon juga akui bahawa menjadi ketua yang baharu kepada Harimau Malaya menjadi suatu perkara terbesar dalam karier pengurusannya kerana beliau tahu peminat tentunya meletakkan harapan tinggi untuk beliau mengembalikan pasukan negara ke zaman kegemilangannya.

Sumber: — BERNAMA

BACA:  Perlawanan Antarabangsa Tier 1: Bahrain 2-0 Malaysia