Bernardo Silva telah melakukan kesilapan dungu selepas beliau gagal untuk menjaringkan gol walau gawang gol sudah terbuka luas untuknya.
Ia merupakan kesilapan yang paling teruk dari keseluruhan aksi dalam perlawanan yang menemukan antara Paris Saint Germain bertemu Manchester City itu.
Kedua-dua pasukan dipertemukan dalam aksi peringkat kumpulan A saingan Champions League di Parc des Princes awal pagi tadi.
Bernardo Silva doing his best Timo Werner impression. 😭😂 pic.twitter.com/LHXeB2byY6
— Footy Humour (@FootyHumour) September 28, 2021
Bernardo Silva melakukan kesilapan mengerikan itu pada aksi babak pertama permainan, dan ia merupakan aksi terburuk beliau sejak beberapa musim kebelakangan ini.
Bola padu tandukan dari Raheem Sterling terkena palang gol sebelum bola tersebut melantun kembali menemui Silva yang ada dalam kotak enam ela.
Bernardo ketika itu langsung tidak di kawal dan ketika beliau mendapat bola tersebut, gawang gol Paris Saint Germain sudah terhidang luas untuk dirobek olehnya.
Walau bagaimanapun, entah apa yang ada dalam fikiran Silva pada ketika itu, beliau gagal menolak bola masuk ke dalam gawang gol, sebaliknya percubaan beliau naik tinggi seterusnya sekali lagi mengenai palang gol.
Muy mío el remate de Bernardo Silva. pic.twitter.com/MyA7irc3vm
— Lassana (@_Lassana_) September 28, 2021
This is the same Bernardo Silva https://t.co/yeQZq6vEIL pic.twitter.com/wdxltgwcL3
— Tobi 🇳🇬 (@txbi_1) September 28, 2021
El que anda clarito para definir es Bernardo Silva. pic.twitter.com/VMQTtNh6WN
— El colo de la suerte (@elcolodlsuerte) September 28, 2021
Ia merupakan satu hal yang sukar untuk dipercayai memandangkan Bernardo Silva sebenarnya mempunyai kualiti penyudah yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Paris Saint Germain ketika itu berjaya mendahului permainan hasil jaringan dari Idrissa Gueye dan Bernardo Silva sebenarnya mempunyai peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan.
Namun sayangnya beliau gagal untuk menyudahkan kesempatan itu, dan menyebabkan Manchester City terus tertekan ketinggalan 1 gol dibelakang PSG walau mereka mendominasi permainan.
Penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma yang sudah terbaring berjaya menarik nafas lega selepas melihat bola percubaan dari Bernardo Silva sekadar mengenai palang gol.
Fairs! pic.twitter.com/Piyp09rRuE
— .’’ (@Wrzzer10) September 28, 2021
Manchester City dilihat sedikit dominan pada aksi babak pertama permainan, namun sayangnya mereka gagal untuk menjaringkan sebarang gol.
Aksi babak pertama berakhir dengan Paris Saint Germain mendahului perlawanan dengan keputusan 1-0.
Masuk aksi babak kedua, perlawanan berlangsung dengan lebih seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.
Pada minit ke-74 permainan, Lionel Messi berjaya membuka akaun golnya bersama PSG, selepas menyempurnakan hantaran cantik dari Kylian Mbappe.
Watch the City chance that saw Raheem Sterling and Bernardo Silva somehow both hit the bar in the first half #mcfc #PSGMCI https://t.co/dpYoaQlUmZ pic.twitter.com/l32mMt9K3k
— Manchester City News (@ManCityMEN) September 28, 2021
Ia merupakan gol pertama Messi dari empat penampilannya pertamanya dengan beliau menyudahkan hantaran Kylian Mbappe yang dimulakan olehnya sendiri.
Perlawanan tamat dengan Paris Saint Germain berjaya menewaskan Manchester City dengan keputusan 2-0.
Jika Bernardo Silva berjaya memanfaatkan kesempatan emas yang beliau miliki pada aksi babak pertama permainan, keputusan perlawanan tentu bakal berubah.
Paris Saint Germain ketika ini berada di kedudukan pertama dalam saingan kumpulan A, selepas mencatatkan satu kemenangan dan satu keputusan seri.
Half time in a very entertaining clash in Paris.
PSG lead, but City will be wondering how they aren't level – somehow this Bernardo Silva effort didn't end up in the back of the net #mcfc #PSGMCI https://t.co/dpYoaQDvex pic.twitter.com/R2qNEQ2V2b
— Manchester City News (@ManCityMEN) September 28, 2021
Sementara Manchester City pula kini berada di kedudukan ketiga selepas mereka hanya mencatatkan satu kemenangan dan turut merekodkan satu kekalahan.
Sumber: GMS