Khabib Nurmagomedov Sah Menjadi Pemain Bola Sepak Profesional

Khabib Nurmagomedov secara rasminya kini telah menjadi salah seorang pemain bola sepak profesional, selepas beliau menandatangani perjanjian bersama FC Legion Dynamo dalam aksi saingan division ketiga liga Rusia.

Khabib merupakan salah seorang petarung terhebat sepanjang zaman dalam sejarah UFC dan telah mengumumkan persaraannya secara rasmi pada tahun lalu.

Beliau bersara dengan rekod 29-0 selepas menewaskan Justin Gaethje dan beliau juga meninggalkan UFC sebagai Juara lightweight dunia.

Petarung berusia 32 tahun itu menghabiskan masanya sebagai jurulatih, dalam usahanya untuk melahirkan lebih ramai bintang handalan dalam dunia sukan MMA.

Walaupun sudah bersara, namun beliau sehingga ke hari ini masih lagi berseteru dengan petarung lightweight UFC, Conor McGregor.

Khabib sepanjang kariernya sebagai jurulatih, beliau sehingga kini masih belum mencatatkan sebarang kekalahan dengan anak buahnya, Islam Makhachev dianggap bakal menjadi penggantinya satu hari nanti.

Petarung yang dilahirkan di Dagestan itu sebenarnya merupakan salah seorang peminat tegar sukan bola sepak, dan beliau juga sebenarnya boleh bermain dengan sangat baik.

Khabib mendedahkan dalam satu sesi soal jawab pada Jun lalu yang beliau adalah menerima tawaran dari kelab, namun ia hanya mimpi.

Walau bagaimanapun, kini mimpi beliau sudah menjadi kenyataan dengan Khabib benar-benar menerima tawaran dari Dynamo.

Satu kenyataan rasmi telah disahkan oleh pihak kelab, dengan mereka menyatakan bahawa:

“Pertempuran dasyat menanti legion, dengan kita bakal menyambut kedatangan pahlawan sejati.”

“Kita sedang bersedia untuk bekerjasama dengan Khabib Nurmagomedov.”

Sepertinya Khabib Nurmagomedov akan mengikuti jejak langkah idolanya, Ronaldo Nazario dengan beliau baru-baru ini turut meniru keraian legenda Brazil itu ketika menjaringkan gol.

“Saya boleh nampak Khabib sebagai seorang penyerang yang berkualiti. Dia boleh letakkan nilai yang dia mahu dalam kontrak bersama kami.”

Jelas Presiden Legion Dynamo.

“Khabib selain handal bermain bola sepak, dia juga sangat memahami ilmu bola sepak dan bagaimana perkembangannya.”

Tidak mengejutkan ketika melihat kelab pertama Khabib kagum dengan ilmu bola sepaknya dengan semua peminat sememangnya sedar ilmu bola sepak Khabib sungguh luar biasa menakjubkan.

Melihat kepada fakta bole sepak yang ada dalam kepalanya, tak hairanlah mengapa Khabib mengaku dirinya merupakan peminat tegar sukan bola sepak.

Beliau berkemungkinan akan lebih memberi tumpuan pada karier bola sepaknya dan mungkin akan turut menjaga anak buahnya di gelanggang UFC.

Khabih sepertinya benar-benar tidak akan kembali ke gelanggang Octagon untuk bertarung dengan Dana White sendiri mengakui hal tersebut.

Khabib boleh bermain di posisi sayap dan penyerang

Seteru beliau, Conor McGregor yang sebelum ini tidak henti-henti mencari pasal dengan beliau juga sudah mengalihkan perhatiannya kepada sahabat Kabib, Daniel Cormier.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Khabib Ramal Hasbulla Akan Tewaskan Cejudo Seandainya Mereka Bertarung