Kim Pan Gon Tak Mahu Dedah Alasan Terperinci Dia Letak Jawatan Kerana Bahaya

Kim Pan Gon menyatakan bahawa dia tidak boleh terlalu berterus terang tentang sebab dia meletak jawatan kerana itu bahaya.

Penguru asal Korea Selatan, Kim Pan Gon mengejutkan peminat bola sepak apabila tiada ribut tiada angin, dan tiba tiba dia membuat sidang media lalu mengumumkan bahawa dia meletak jawatan daripada kedudukan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.

Dia menjelaskan bahawa alasan utama dia meletak jawatan adalah atas sebab peribadi. Buat masa ini jawatan ketua jurulatih akan dipegang secara interim oleh pembantunya Pau Marti.

Peminat bola sepak Malaysia mulai sayang kepada Kim Pan Gon kerana dia membantu Malaysia bangkit daripada zaman kegelapan.

Membantu Harimau Malaya mara ke Piala Asia secara merit buat pertama kali sejak 1980. Kenangan tak dapat dilupakan ketika Malaysia mengikat Korea Selatan dalam aksi Piala Asia yang lalu pada aksi ketiga peringkat kumpulan

Korea Selatan, negara kelahiran Kim Pan Gon, pada masa itu menurunkan pemain bertaraf dunia seperti Song Heung Min dan Kim Min Jae.

Tetapi kini Kim Pan Gon telah memutuskan untuk meletak jawatan. Jadi ramai yang musykil apa sebabnya.

Kim Pan Gon meminta wartawan untuk tidak bertanya soalan seperti itu kepadanya atau kepada presiden FAM. Dia sudah memberitahu segala butiran yang terperinci sebab dia meletak jawatan.

Kim Pan Gon memutuskan untuk tidak berkongsi dengan media kerana ianya bahaya atau dangerous katanya.

Ketika wartawan bertanya: “Apa sebenarnya yang telah berlaku coach.”

Kim Pan Gon menjawab: “Saya sudah bercakap dengan Datuk Presiden [Hamidin] tentang setiap butiran perkara. Saya tidak boleh bercakap tentang perkara itu kepada kamu. Di sini, sangat bahaya.

“Dia tahu segala butiran yang ada. Fina Nasrom, lebih baik jangan tanya soalan yang satu ini okay? Lebih baik kamu jangan tanya kepada Datuk Presiden.”

Laporan dari Korea Selatan menyebut bahawa Kim Pan Gon menerima tawaran daripada kelab Ulsan Hyundai. Adakah Kim Pan Gon akan menjadi pengendali baharu kelab gergasi Liga Korea itu?

BACA:  "Saya Sedia Keluar"- KPG Dedah Dia Sedar Ada Pihak Tunggu Kegagalannya Bersama Harimau Malaya