Kim Pan-gon Terkejut Kenapa Malaysia Gagal Menjuarai Saingan AFF 2020

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon mendedahkan yang beliau terkejut mengapa Harimau Malaya gagal untuk menjuarai saingan AFF lalu.

Menjelang aksi saingan Tiga-Negara FAS 2022 di Singapura, Kim Pan-gon telah membangkitkan persoalan tentang mengapa Malaysia gagal untuk menjuarai saingan AFF 2020 Disember lalu.

Pengurus dari Korea Selatan itu percaya yang Tan Cheng Hoe sepatutnya boleh membawa Harimau Malaya untuk muncul Juara pertandingan dwitahunan tersebut.

Kim Pan-gon dikatakan mengutarakan soalan tersebut kepada barisan para pemain skuad Harimau Malaya dengan pemain sayap negara, Muhammad Faisal Abdul Halim tampil mendedahkan hal itu.

Menurut laporan dari Harian Metro, Faisal Abdul Halim mendedahkan bahawa:

“Dia (Pan- gon) kata kenapa kita tak menjuarai Piala AFF, dia kata kita sepatutnya juara, dia cakap kita pasukan yang bagus dan dia datang ke sini bukan untuk melatih atau mengajar kita, dia datang sini untuk menyokong kita dan beri satu perubahan,”

Jelas Faisal Abdul Halim dalam laporan tersebut.

Faisal dikatakan mendedahkan hal tersebut ketika beliau ditemui pada sesi latihan terakhir skuad kebangsaan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum mereka berlepas ke Singapura esok.

Faisal Abdul Halim turut mendedahkan yang beliau yakin Pan-gon bersungguh-sungguh mahu membantu skuad Harimau Malaya dan banyak memberi nasihat berguna kepada pemain.

Pan-gon juga dikatakan telah memberi amaran kepada para pemain supaya sentiasa menjaga nama baik negara ketika mereka ke sana sebagai pemain Harimau Malaya.

Menurut laporan sama dari Harian Metro, Faisal Abdul Halim menyatakan bahawa:

“Saya orang Korea saya boleh latih awak semua begitu tegas tetapi saya tak nak sebab awak semua profesional, awak boleh fikir you’re a father, a son, you’re a man and you’re a boyfriend.”

Faisal Abdul Halim turut mendedahkan yang Pan-gon telah menyenaraikan senarai denda seandainya para pemain melanggar peraturan dengan menyatakan:

“Kita ada senarai yang kena buat sekarang kalau tak buat kena denda, jadi pemain semua dapat ikut dengan baik. Dalam senarai itu contohnya kalau kita salah pakai kasut pergi latihan pun ada dia punya denda dalam RM50 hingga RM100 dan pada hari perlawanan kita tak boleh main telefon,”

Nampak dari cara Pan-gon, beliau sepertinya memang bertekad mahu membantu skuad Harimau Malaya, dan aksi saingan Tiga-Negara FAS ini bakal jadi medan untuk beliau buktikan sesuatu.

Senarai Akhir 25 Pemain Malaysia Ke FAS Tri-Nations Series 2022

Senarai akhir 25 pemain bola sepak pasukan Malaysia yang dikendalikan oleh Kim Pan Gon untuk ke Football Association of Singapore (FAS) Tri-Nations Series 2022 yang akan berlangsung di Singapura telah pun dimuktamadkan.

FAS Tri-Nations Series 2022 merupakan perlawanan persahabtan antarabangsa tiga penjuru yang membabitkan pasukan tuan rumah, Singapura, Malaysia dan Filipina.

Perlawanan ini akan berlangsung dari 23 Mac 2022 sehingga 26 Mac 2022 di mana setiap pasukan akan bermain dua perlawanan yang berstatus Perlawanan Antarabangsa Tier 1.

Sebelum ini Kim Pan Gon telah memanggil 30 orang pemain untuk kem latihan pusat yang bermula pada 14 Mac yang lalu berserta 10 orang pemain dalam senarai bersedia menunggu till jannah.

Seramai 15 pemain dari skuad 24 pemain Harimau Malaya ke Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura pada Disember lalu dipanggil semula untuk kem latihan pusat pertama di bawah kendalian Pan Gon ini.

Syahmi Safari tidak dapat melapor diri selepas beliau meminta pengecualian kerana menyambut kelahiran cahaya mata kembar tiga dan tempatnya telah digantikan oleh pemain pertahanan Negeri Sembilan FC, Ahmad Khuzaimi Piee dari Senarai Bersedia.

Darren Lok yang hadir terpaksa digugurkan keran positif COVID-19 dan senarai lagi pemain dari senarai bersedia jadi pengganti iaitu pemain Kuala Lumpur City FC, Zhafri Yahya dari .

Nazmi Faiz Mansor juga digugurkan mengalami kecederaan pangkal paha dan penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim juga disahkan positif COVID-19 dan tiada pengganti untuk kedua-dua pemain ini.

Hakimi Abdullah (Terengganu FC), Sharul Nazeem Zulpakar (Selangor FC) dan Shio Hong Wan (JDT) merupakan tiga pemain yang digugurkan untuk senarai akhir dan tidak dibawa ke Singapura.

Malaysia akan bertemu Filipina pada hari rabu, 23 Mac 2022 dan pada hari sabtu, 26 Mac 2022 Harimau Malaya akan bertemu Singapura dan perlawanan berlangsung di Stadium Nasional, Singapura pada jam 8 malam.

Siaran langsung perlawanan ini akan anda dapat saksikan di saluran Astro Arena.

Sebelum pulang Malaysia akan menjalani satu lagi perlawanan persahabatan secara tertutup menentang kelab Liga Singapura, Albirex Niigata FC Singapore di Stadium Jalan Besar, Singapura pada 28 Mac 2022 (Isnin).

Berikut merupakan senarai akhir pemain yang dipanggil Kim Pan Gon untuk perlawanan persahabatan FAS Tri-Nations Series 2022.

1. Mohd Farizal Marlias, 36 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc

2. Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, 35 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc

3. Shahrul Mohd Saad, 29 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc

4. Corbin-ong La’vere Lwarence, 31 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc

5. Mohamed Syamer Kutty Abba, 25 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc

6. Safiq Rahim, 35 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc

7. Arif Aiman Mohd Hanapi, 20 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc

8. Muhammad Safawi Rasid, 25 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc

9. Muhammad Akhyar Abdul Rashid, 23 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc

10. Mohamadou Sumareh, 28 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc

11. Muhammad Ramadhan Saifullah Usman, 22 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc

12. Mohd Khairulazhan Mohd Khalid, 33 tahun – Selangor Fc

13. Quentin Cheng Jiun-ho, 23 tahun – Selangor Fc

14. Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, 27 tahun – Petaling Jaya City Fc

15. Kogileswaran Raj A/l Mohana Raj, 24 tahun – Petaling Jaya City Fc

16. Khair Muhammad Jefri Jones, 33 tahun – Negeri Sembilan Fc

17. Ahmad Khuzaimi Piee, 29 tahun – Negeri Sembilan Fc

18. Mohamad Faisal Abdul Halim, 24 tahun – Terengganu Fc

19. Muhammad Syafiq Ahmad, 27 tahun – Kedah Darul Aman Fc

20. Dominic Tan Jun Jin, 25 tahun – Sabah Fc

21. Muhamad Nor Azam Abdul Azih, 27 tahun – Sri Pahang Fc

22. Luqman Hakim Shamsudin, 20 tahun – KV Kortrijk

23. Dion-johan Cools, 26 tahun – SV Zulte Waregem

24. Liridon Krasniqi, 30 tahun – Odisha Fc

25. Zhafri Yahya, 28 tahun – Kuala Lumpur City Fc

Sumber: Harian Metro

BACA:  Piala AFF 2022: Malaysia 4-1 Singapura