Kim Pan Gon Tersasul Cakap Korea, Akui Takda Duit Bayar Denda

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan Gon telah mempamerkan sisi kelakarnya walaupun sentiasa kelihatan serius dan garang apabila telah tersasul becakap dalam bahasa ibundanya Korea Selatan.

Telatah lucu Kim Pan Gon ini terjadi di sidang media selepas kemenangan 1-0 Malaysia dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Yat… Urik..” Dengan tiba-tiba Kim Pan Gon tergelak lalu meminta maaf dan memberi penjelasan.

“Maaf saya bercakap dalam bahasa Korea.”

Selepas faham apa yang digelakkan oleh Kim Pan Gon itu semua yang berada di sidang media itu pun turut sama ketawa terhibur dan Kim Pan Gon meneruskan bicara:

“Pemain Harimau Malaya, sangat bangga dengan mereka, tahniah kepada mereka. Semua peminat bola sepak Malaysia boleh berbangga dengan pemain Harimau Malaya.”

Ketika ditanya mengenai keputusan pengadil yang membatalkan gol kedua Malaysia, Kim Pan Gon menolak untuk memberi sebarang komen dan menjawab dengan nada sinis dan bergurau.

“Saya takda duit eeek. Jika saya komen pengadil saya kena bayar (denda), awak tahu kan?” Ujar Kim Pan Gon sambil tersenyum dan ada kedengaran seperti mengekek.

Sepakan percuma yang telah diambil Andrew Lee Tuck dilambungkan ke kotak Thailand yang dicabar oleh Darren Lok dan Dominic Tan serta penjaga gol Thailand, Kittipong Phoothawchuek datang menghalang.

Bola berjaya disentuh kepala Dominic Tan dan terus masuk ke gawang terbuka dan ketika Malaysia meraikan gol, aksi panas telah terjadi.

Pengadil telah membatalkan jaringan Dominic Tan itu tanpa diketahui dengan jelas alasannya, penjaga gol masuk mencabar tandukan pemain Malaysia dan situasi itu penjaga gol tiada kelebihan.

Namun pengadil kekal dengan keputusannya menyatakan pemain Malaysia menyiku pemain Thailand, Pansa Hemviboon selepas berbincang dengan semua pembantunya.

Pengulas di studio Shahrazad Sani bersama panel juga pelik dengan pembatalan gol itu. Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali menjelaskan tandukan Dominic Tan itu adalah satu gol pada mata kasar.

“Secara mata kasar adalah gol.”

Mahali Jasuli kelihatan teragak-agak untuk menyatakan bagaimana itu bukan satu gol yang sah walaupun cuba melihat dari kaca mata pengadil.

“Di mata pengadil mungkin ada sentuhan dan kekasaran ke atas pemain Thailand.”

Faiz Gurun turun bingung dengan jaringan yang dibatalkan itu kerana pengadil ada memberi isyarat siku namun dari ulang tayang tidak dapat ditemui siapa yang menyiku.

“Pengadil ada memberi isyarat siku namun saya tidak nampak di mana sikunya.”

Ketua Jurulatih Thailand, Alexandre ‘Mano’ Polking mengakui pasukannya bermain dengan bagus namun sudah pasti tidak akan gembira apabila kalah dan masih ada perlawanan kedua untuk mengubah nasib:

“Kami tidak akan pernah puas hati apabila kalah, kami bermain bagus dan hebat namun tidak menang maka kami tidak gembira dan berita baiknya kami masih ada 90 minit.”

“Kami akan bermain di tempat sendiri di depan penyokong sendiri. Penyokong (Ekor Harimau Malaya) di sini amat menakjubkan. Ketika ini kami hanya memerlukan rehat yang cukup.

Insiden penalti jelas buat Thailand apabila Nur Shamie Iszuan Amin menjatuhkan Bordin Phala namun dinafikan pengadil, namun bercakap mengenai pembatalan gol Malaysia Alexandre Polking berkata:

“Saya hanya tahu pengadil cakap ada pemain disiku dan siapa menyiku saya tak tahu, saya berada jauh dan tidak nampak apa yang terjadi namun sepakan penalti itu adalah jelas.

BACA:  Kim Pan Gon Tak Mahu Dedah Alasan Terperinci Dia Letak Jawatan Kerana Bahaya