King’s Cup 2022 Final: Malaysia 0-0 Tajikistan (Pen. 0-3)

Skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon telah berjaya mara ke perlawanan akhir kejohanan jemputan empat penjuru, King’s Cup 2022 edisi ke-48 yang berlangsung di Chiang Mai, Thailand.

Selain Malaysia dan Thailand, Trinidad & Tobago dan Tajikistan merupakan dua lagi pasukan jemputan untuk kejohanan ini.

Malaysia berjaya menewaskan Thailand dipenentuan sepakan penalti selepas Thailand berjaya menyamakan kedudukan pada lewat permainan selepas ketinggalan satu gol.

Tajikistan yang dilihat sebagai pasukan pilihan menepati ramalan untuk menewaskan Trinidad & Tobago lalu berjaya ke final untuk bertemu Malaysia.

Kim Pan Gon telah melakukan beberapa perubahan di kesebelasan utama apabila menurunkan Nazmi Faiz Mansor, Mohamadou Sumareh, Akhyar Rashid dan Syafiq Ahmad.

Faisal Halim, Arif Aiman, Azam Azih dan Darren Lok direhatkan dan Mat Yo dan pengulas di studio menyebut kesebelasan utama ini sebagai kesebelasan taktikal.

Kerancakan perlawanan akhir ini direncatkan dengan cuaca hujan yang agak lebat sekaligus menjejaskan permukaan padang yang menyukarkan hantaran.

Situasi ini mungkin boleh menjadi satu kelebihan buat Malaysia yang tidak asing lagi beraksi di padang seperti itu.

Tajikistan tampak lebih menonjol dan yakin dari awal permainan dengan mempamerkan permainan yang kemas namun Harimau Malaya juga sedia menyerap tekanan.

Beberapa percubaan dilakukan Tajikistan namun tidak membuahkan hasil dan Akhyar Rashid berjaya melakukan percubaan dari jarak jauh.

Aksi dalam hujan lebat itu menjadi sedikit panas apabila terjadi sedikit pertelingkahan antara Brendan Gan dan penjaga gol Tajikistan.

Kemudian Harimau Malaya telah berjaya melakukan beberapa percubaan bahaya tapi tidak berbisa untuk diterjemahkan sebagai gol.

Sejak minit ke-20 Malaysia mula menguasai perlawanan dan pada minit ke-37, hantaran lambung Safawi Rasid disambung dengan sepakan akrobatik Syafiq Ahmad tetapi tersasar.

Hujan lebat seperti tidak mahu berhenti dan terus memberi kesan kepada kerancakan perlawanan.

Minit ke-40 terjadi lagi insiden panas membabitkan Sumareh yang bermain tolak-menolak yang menarik minat semua pemain untuk berkerumun.

Tiada aksi tumbuk menumbuk dan pengadil berjaya mengawal situasi, kad kuning untuk Sumareh dan pemain Tajikistan.

Tindakan kurang bijak Sumareh melakukan terjahan tak berakal hampir mengundang padah, mujur pengadil tidak melayangkan kad kuning kedua.

Separuh masa pertama tamat tanpa jaringan dan diserikan dengan aksi panas dan tegang dari pemain pemain berbanding aksi bola sepak.

Mohamadou Sumareh yang tidak memberik impak satu sen pun sejak perlawanan pertama terus dikeluarkan dan Faisal Halim masuk menjadi pengganti.

Permainan lebih kemas ditampilkan oleh Tajikistan tengan hujan mula mereda namun permainan penuh berdisiplin terus dipamerkan barisan pertahanan.

Gerakan solo penuh berhelah dari Akhyar Rashid pula dinafikan permukaan padang apabila telah tergelincir ketika mahu melakukan rembatan dari satu ruang yang cantik.

Peluang terbaik Malaysia dalam perlawanan ini akhirnya hadir melalui rembatan jauh Safawi Rasid namun berjaya ditepis penjaga gol Tajikistan.

Minit ke-63, Darren Lok dan Arif Aiman masuk menggantikan Akhyar Rashid dan Safiq Ahmad bagi memantapkan lagi jentera serangan.

Ahmad Syihan Hazmi Mohamed terus mempamerkan kekentalan dengan membuat hadangan penting percubaan dari Tajikistan untuk menyelamatkan kubu Malaysia.

Minit ke-72, Ahmad Khuzaimi Piee dikeluarkan kerana mengalami kecederaan walaupun Ahmad Khuzaimi Piee memberi isyarat dia masih boleh beraksi dan Dominic Tan dimasukkan.

Ahmad Syihan Hazmi Mohamed terpaksa bekerja keras menafikan dua percubaan Tajikistan dan Darren Lok yang baru masuk engalami kecederaan digantikan Sharul Nazeem Zulpakar yang melakukan debut.

Tajikistan akhirnya berjaya menewaskan Ahmad Syihan Hazmi Mohamed untuk gol pembukaan namun dinafikan pengadil kerana offside.

10 minit terakhir pemainan, Tajikistan berterusan menekan Malaysia bagi mencari gol kemenangan dan tiada gol terhasil.

Pemenang ditentukan melalui sepakan penalti tanpa perlu mengharungi masa tambahan sehingga ke minit ke-120.

Kapten Tajikistan membuat sepakan penuh berisiko dengan melakukan panenka, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed sudah tewas namun kerana bola terlalu perlahan, Syihan sempat bangkit untuk menangkap bola.

Dion Cools juga gagal apabila rembatan berjaya ditepis dan keluar selepas terkena tiang. Tiada kelebihan buat Malaysia.

Tajikistan berjaya disepakan kedua dan sepakan Nazmi Faiz Mansor berjaya diselematkan. Sepakan Safawi Rasid pula terkena palang.

Tajikistan muncul juara King’s Cup 2022 edisi ke-48 dengan kemenangan 3-0 dipenentuan sepakan penalti.

Kesebelasan Utama Malaysia

Malaysia XI: Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Ahmad Khuzaimi Piee, Dion-johan Cools, Matthew Davies, La’vere Lawrence Corbin-ong, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Brendan Gan, Muhammad Syafiq Ahmad, Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, Mohamadou Sumareh

Pemain Simpanan: Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, Muhammad Rahadiazli Rahalim, Dominic Tan, Sharul Nazeem Zulpakar, Darren Lok, Mohamad Faisal Abdul Halim, Zhafri Yahya, Arif Aiman Mohd Hanapi, Declan Lambert, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Muhammad Azam Azmi Murad

BACA:  Faisal Halim Terus BerSIU, Safawi Tenang Buat Kerja, Haqimi Debut Gol