Kisah Mourinho Guna Si Pembaris Schmelzer Sampaikan Arahan Taktikal Untuk Ozil Jaringkan Gol

Kisah bola sepak apabila melibatkan Jose Mourinho tentu sahaja sangat menarik dan kadang kala tidak masuk ditambah pula dengan karakter yang ada pada pengurus dari Portugal itu.

Sepanjang kariernya selaku seorang pengurus, Jose Mourinho terpalit dengan pelbagai kisah menarik, kontroversi, lucu dan panas serta keangkuhan serta ego yang kadang kala memakan diri.

Dalam aksi berdepan dengan Borussia Dortmund, skuad Mourinho sebelum itu tewas 2-1 di tangan pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu.

Borussia Dortmund yang sangat bertenaga ketika itu tampil dengan gaya bola sepak yang menggerunkan.

Mereka juga menjadi juara Bundesliga pada musim sebelumnya, menewaskan Bayern Munich.

Jadi dalam aksi di Santiago Bernabeu, Borussia Dortmund sedia untuk menang sekali lagi ke atas Real Madrid.

Pada kedudukan Real Madrid ketinggalan 1-2 di belakang, Jose Mourinho menggunakan pemain pertahana kiri Borussia, Dortmund Marcel Schmelzer untuk menyampaikan arahannya kepada perancang utamanya, Mesut Ozil.

Kisah pelik dan ajaib yang mempamerkan betapa pembarisnya Marcel Schmelzer diceritakan sendiri olehnya. Ketika mahu membuat lontaran Jose Mourinho menghampiri.

️Marcel Schmelzer:

“Ketika saya bersedia untuk melakukan lontaran ke dalam, saya terkejut Mourinho datang ke sebelah saya, bercakap dengan saya secara serius seolah-olah dia memberi saya arahan”

“Dia kata, kamu pergi kat Ozil dan beritahu dia dia kena pergi ke bahagian tengah tu lebih cepat!!” kata dia bercakap kat telinga saya.”

“Saya memandangnya dengan hairan dan tidak menjawab, tetapi selepas saya memasuki padang dan tiba di sebelah Ozil, saya memberitahunya apa yang Mourinho katakan.”

Selepas menerima arahan taktikal daripada Jose Mourinho, Marcel Schmelzer telah menyampaikan amanah itu kepada Ozil yang hanya mengangguk selepas mendengar. Jujur teruk ni.

Lebih pedih atas kejujuran dan sifat amanah yang tinggi dari Marcel Schmelzer, Ozil yang merupakan lawannya telah menjaringkan gol penyamaan.

“Apa yang paling mengejutkan saya ialah Ozil mengangguk kepada jurulatihnya bahawa dia telah memahami apa yang Mourinho mahukan, seolah-olah ia adalah perkara biasa untuk mereka.”

“Dan kemudian selepas itu Ozil mendapat gol penyamaan, saya tidak percaya, mereka menyamakan kedudukan melalui arahan yang saya sampaikan kepada Ozil. Arahan itu pula daripada Mourinho.”

Marcel Schmelzer boleh dianggap jujur namun pada zaman media sosial ini sangat sesuai jika Marcel Schmelzer dianggap sebagai pembaris. Lurus sangat takda konar-konar.

Jose Mourinho ketika itu berusaha untuk merealisasikan impian kejuaraan ke-10 UCL Real Madrid dan perlawanan ini berlangsung di peringkat kumpulan.

Insiden itu telah membuatkan ramai berpendapat, Jose Mourinho telah mencipta kaedah baru dalam menyampaikan arahan taktikal kepada pemain.

Kisah Mourinho Hampir Diperbodohkan Oleh Kembar Fellaini

Bekas Pengurus Manchester United, Jose Mourinho hampir diperbodohkan oleh kembar Marouane Fellaini sebelum pertemuan antara Chelsea menentang Manchester United pada tahun 2015.

Ketika itu Mourinho masih lagi mengurus pasukan Chelsea dan pada perlawanan tersebut Chelsea menang 1-0. Selepas perlawanan tersebut Mourinho mendedahkan bawaha beliau risau Fellaini tidak akan diturunkan.

Ini kerana Mourinho dan Chelsea telah membuat persediaan hampir seminggu untuk perlawanan tersebut dan menggunakan Ruben Loftus-Cheek yang berketinggian 6 kaki 4 inci sebagai Fellaini ketika latihan.

Kekeliruan ini timbul dan tercetus beberapa jam sahaja sebelum sepak mula selepas satu sosok tubuh yang sangat menyerupai Marouane Fellani dari segi ketinggian dan juga rimbunan rambut.

Ternyata sosok tubuh yang menimbulkan keraguan itu merupakan kembar kepada Marouane Fellaini , Mansour muncul yang muncul di hotel penginapan Chelsea.

Spesis Pokok Yang Hampir Sama. Foto | Eamon dan James Clarke

Mansour hadir ke hotel bertemu Eden Hazard untuk mengambil tiket, lapan jam sebelum perlawanan. Penjaga pintu hotel telah memaklum perkara ini kepada Mourinho bahawa Fellaini tidak akan beraksi kerana hanya memakai seluar jeans.

Kekeliruan penjaga pintu itu tentang kembar Fellaini yang berambut kembang hampir membuatkan Mourinho menukar taktikal perlawanan. Kerana persediaan telah dibuat di mana Kurt Zouma bakal mengawal Fellaini di padang.

Oleh kerana Mourinho seorang manusia berakal beliau terus membuat carian di google untuk mengetahui samada Fellaini mempunyai adik beradik yang mempunyai rupa paras seperti sepohon pokok.

Nyata carian Mourinho menjumpai maklumat yang dimahukan lagi melegakan.

Adik beradik Fellaini. Foto | HLN.be

Carian dilakukan Mourinho selepas menganalisis kembali maklumat dari penjaga pintu tersebut.

“Pokok tak main sebab dia datang amek tiket dengan Hazard tadi. Dah la pakai seluar jeans siam. Maklumat ini jelas mengelirukan. Jadi aku google imej dengan kata kunci ‘Adik beradik pokok’ dan mereka kelihatan seperti pokok yang sama'” Jelas Mourinnho.

Selepas mendapatkan gambar tersebut Mourinho kembali dan menunjukkan gambar tersebut kepada penjaga pintu sebelum mencarut.

“Jadi aku pergi tunjukkan gambar kembar pokok kat penjaga pintu. Aku tanya ‘Yang ni ke? Budak tu tengok dan jawab. ‘Yang ni la tadi, macam pokok ketum'”

“Toot toot, ni kembar dia la setan!” Mencarut Mourinho selepas mengetahui kebenaran

Tidak seperti kebanyakkan orang yang terus mengecam apabila mendapat maklumat tidak kira sah atau tidak dan kemudian meminta maaf, Mourinho bertindak bijak.

Kami Kembar Bukan Kekasih. Foto : Gossip Extra

Selepas carian itu berhasil Jose Mourinho dilaporkan meneruskan carian dengan kata kunci rahsia dengan menggunakan Incognito Window dan melayan dengan hati yang tenang.

Mungkin kerana peristiwa inilah membuatkan Fellaini menjadi anak emas Mourinho ketika beliau menjadi bos di Old Trafford.

BACA:  Baru Sehari Kendalikan Latihan, Jose Mourinho Sudah Singkir Lapan Pemain AS Roma