Kitman City Mahu Lelong Kereta Yang Dihadiahkan Oleh Sergio Aguero

Range Rover milik Sergio Aguero yang dihadiahkan kepada staff Manchester City sebelum ini, telah berada dalam senarai untuk dilelong di eBay.

Sergio Aguero ketika ini sudah menandatangani perjanjian bersama Barcelona selepas meninggalkan Manchester City sebagai bebas ejen pada penghujung musim lalu.

Selepas menabur bakti selama 10 tahun di Etihad, Aguero memutuskan untuk menghadiahkan sesuatu kepada semua staff Man City yang banyak berjasa kepadanya.

Sebagai tambahan, beliau turut memberikan 60 utas jam tangan berjenama kepada semua staff Man City yang bertugas di banggunan utama.

Selain itu, beliau turut memasukkan dana yang besar dalam tabung akhir musim kelab yang mana dana tersebut akan digunakan untuk tujuan kebajikan.

Kesemua 60 staff yang dihadiahkan dengan jam tangan itu juga disenaraikan sebagai individu paling bertuah yang akan memiliki Range Rover Evoque milik Aguero yang bernilai £40,000.

Kesemua 60 nama yang disenaraikan itu telah diundi untuk menentukan siapa yang bakal memiliki kereta mewah milik legenda kelab itu.

Hasil undian yang dibuat, Range Rover Evoque tersebut telah dihadiahkan kepada Ally Marland, seorang kitman kelab yang sudah bersama City sejak 2012 yang lalu lagi.

Video Aguero menyerahkan kereta tersebut kepada kitman tular di media sosial dengan Ally Marland dilihat begitu gembira dan teruja untuk menerima kereta tersebut.

Walau bagaimanapun, Ally dan Isterinya, Nicky telah pun memiliki kereta sendiri, dan kereta yang dihadiahkan oleh Aguero itu telah diiklankan untuk dijual di eBay.

Lima peratus dari hasil jualan kereta tersebut akan disumbangkan kepada Derian House Children Hospice, sebuah badan amal yang menjaga kebajikkan kanak-kanak dan orang dewasa.

Bidaan bermula dengan nilai £23,000 dan setakat artikel ini ditulis, sudah ada 21 bidaan dari pembida yang mahu mendapatkan kereta tersebut, dengan bidaan tertinggi bernilai £29,600.

MOT Range Rover Evoque tersebut akan berakhir pada bulan hadapan dengan ia sudah berjalan sejauh 10,500 batu setakat ini.

Range Rover Evoque itu juga turut dilengkapi dengan pelbagai kelebihan lain seperti:

* Sunroof panorama

* Satellite Navigation

* Penyambungan Bluetooth

* DAB Digital Radio

* Full leather seats

* Heated Front Seats

* Parking Sensors Front And Rear

* Paddle Shift

* Stop/Start Function

* Daytime LED Running Lights*

* Cruise control with speed limiter*

* Electric Power-Folding Mirrors* Lane Keeping Aid and Alert*

* Push Button Start

* 18″ Alloy Wheels

* Air Conditioning

* Automatic Headlamps

* Automatic Wipers

* Electric Windows

* Front and Rear* Multi function steering wheel

* 8in High Resolution Touch-Screen

Begitulah ciri dan kelebihan yang dimiliki oleh Range Rover Evoque tersebut, ada yang berminat? Boleh lah pergi bida dekat eBay.

BACA:  Reaksi Teruja Aguero Melihat Foden Menjaringkan Gol Bertemu Real Madrid