Messi Join Live Stream Aguero Untuk Borak Kosong

Lionel Messi menyertai strim langsung di akuan Twitch Sergio Aguero menjelang pertembungan suku akhir Argentina menentang Belanda untuk sekadar berborak kosong dan bertanya khabar.

Buat pertama kali sejak 2006, pemenang Ballon d’Or tujuh kali, Messi tanpa rakan baik dan bekas rakan sepasukan antarabangsa Sergio Aguero di sisinya di kejohanan besar.

Bekas penyerang Manchester City dan Barcelona berusia 34 tahun itu mengumumkan persaraannya daripada bola sepak enam bulan selepas menyertai kelab Catalan tersebut dari Manchester City pada tahun lalu apabila disahkan menghidap aritmia jantung.

Aguero yang baru berusia 33 tahun hanya melakukan lima penampilan buat pasukan Barcelona dek masalah kecederaan dan kesihatan sejak berpindah ke Sepanyol.

Beberapa bulan kemudian, Aguero tetap menuju ke Qatar walaupun bukan lagi seorang pemain untuk menyokong pasukan kebangsaan Argentina dan dia tidak sempat melawat pemain seperti Messi dan Di Maria.

Sejak mendarat di Timur Tengah, Argentina telah dikejutkan oleh Arab Saudi dan telah bangkit untuk menewaskan pasukan seperti Poland dan Mexico di peringkat kumpulan dan mara ke pusingan 16 terakhir.

Lionel Messi dan rakan-rakan mengesahkan tempat ke suku akhir selepas menang 2-1 menentang Australia dan Belanda menanti untuk perlawanan seterusnya.

Menjelang perlawanan pagi sabtu menentang pasukan Louis van Gaal, Lionel Messi dan rakan-rakannya berkumpul untuk berborak dengan bekas rakan sepasukan Aguero melalui perkhidmatan penstriman Twitch.

Mereka berbual panjang di dalam bilik yang biasa mereka kongsi. Malah, subjek itu muncul dalam perbualan apabila Aguero bertanya di mana Messi berada.

“Kamu di mana?” bekas penyerang Man City itu bertanya.

Messi kemudian menjawab: “Di dalam bilik kami” sebelum Aguero menjawab: “Di dalam kami…?”

Akaun Twitter @AlbicelesteTalk menterjemah sembang santai tersebut yang menjadi semakin meriah apabila pemain seperti Rodrigo De Paul, Papu Gomez dan Leandro Paredes turut serta.

Mereka membahan Papu Gomez kerana mahu membandingkan dirinya dengan David Beckham selepas mencukur rambut. Papu berkata bahawa dia mahu dipotong seperti Beckham dan dia kelihatan seperti hampir botak sepenuhnya sekarang, dan Messi berkata:

“Sasaran Papu sangat tinggi, dia mahu membandingkan dirinya dengan Beckham.”

Aguero kemudian mencadangkan kenapa tak nak jadi macam Walter Samuel:

“Papu, mengapa anda tidak mendapat inspirasi daripada penampilan Walter Samuel?”

Aguero terus membahan rambut baru Papu Gomez yang gaya rambut seperti bekas jurulatih Argentina, Jorge Sampaoli yang botak dan bukannya David Beckham.

Bekas penyerang Man City itu meluahkan kekecewaan tidak dapat bersama skuad Argentina dan menyatakan sokong kepada bekas rakan sepasukannya itu.

“Kemenangan anda juga untuk saya, saya sangat menderita, tetapi saya sangat seronok melihat anda bermain dan anda begitu bersatu.”

“Saya rasa seperti saya bersama awak, ia membuatkan saya sangat gembira kerana semuanya baik-baik saja.”

Banyak keseronokan telah dilalui sepanjang perbualan itu, tetapi pada akhir panggilan mereka, Messi ingin memberitahu rakannya bahawa mereka masih memikirkannya dan Aguero sentiasa di hati.

“Terima kasih kerana menghubungi kami, Kami sayang kamu,” katanya. ”

“Kamu tiada di sini bersama kami, tetapi kami mengingati kamu setiap hari, kamu dan Gio (Lo Celso).”

“Saya ingin memberi salam kepada semua orang yang menonton kami, selamat tinggal.”

Aguero menjawab:

“Semoga berjaya pada hari Jumaat, apa pun yang berlaku, anda adalah fenomena, sayang anda.”

Pastinya Aguero berasa sengsara kerana tidak dapat beraksi di pentas Piala Dunia lantaran masalah kesihatan yang dihidapinya.

BACA:  Messi Hampir Menghasilkan Jaringan Epik 'Hand of God' Milik Maradona